Pembodek PAS Harus Sedar

Posted on
  • Thursday, April 21, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • “Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

    “Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

    “Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

    Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

    “Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

    Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

    “Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif.


    Nampaknya ulasan Tuan Ibrahim Tuan Man lebih adil dan lebih positif kali ini terhadap kritikan yang diberikan oleh Prof Abdul Aziz Bari berbanding dengan beberapa ulasan beberapa pimpinan dan ahli PAS (termasuk blogger) yang lebih banyak melakukan serangan balas kepada Prof Abd Aziz.

    Malah Presiden PAS, TG Haji Hadi sendiri tidak pula menunjukkan sebarang riaksi negatif terhadap kritikan pedas Abdul Aziz, sebaliknya menyambutnya dengan menyatakan beliau sedia ditentang jika ada calon layak. Beliau menambah faktor usianya yang telah semakin tua dan perlunya barisan pelapis untuk meneraju parti.

    Yang peliknya yang lain pula menyerlahkan ketidak-matangan mereka mengulas dengan penuh emosi menghentam semula pandangan Abdul Aziz tersebut.

    p/s Markah positif untuk TITM bagi Muktamar nanti berbanding negatif untuk para penyerang intelektual. Take note about it! [SELANJUTNYA]


    Fortran@
    kahkahkah
    ahli pas yang pembodek harus sedar
    pas memerlukan undi semua rakyat malaysia
    bukan setakat undi ahli pas je
    orang luar tegur terus bising
    siap ada ahli pas yang cakap kat gua macam ni
    lu orang luar jangan dok masuk campur
    pergi mampus la orang macam ni. kahkahkah

    4 comments:

    ABU NAWAS said...

    ITULAH HAKIKAT DAN KENYATAANNYA ORANG PAS..

    pasulukinta said...

    banyak lagi pimpinan dan ahli yang tidak boleh dikomen atau ditegur, kita bukan maksum, kesilapan kerap berlaku dan perlu di perbetulkan

    Anonymous said...

    HAKIKAT AHLI DAN PEMBODEK UMNO HANG TAK TAU LAGI?
    HJ HADI TAK KISAH PON DIA DITENTANG SBB DIA TAK NAK JD PRESIDEN SEPANJANG USIA.SO,XSEMUA PIMPINAN XLEH DITEGUR..LU CKP MCM ORG UMNO JER NK PERLEKEHKN PAS

    zul said...

    awat la yg prof aziz bari ni nk sgt suruh tukar presiden pas ni...bg la kritikan yg elok2 skit...tau la prof...org susah pyh berusaha, dia bknnye tau pn...usaha dan tawakal tu bleh same2 buat..tapi dh kalau Allah tk bg menang, nk kate ape lagi?? hadoyaii...ape2 pn..thumbs up untuk tuan ibrahim tuan man...satu ulasan yg amat2 la matang..tak yah ade prof kat depan name pn xpe...

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint