Eskay Nak Jadi Kambing Hitam

Posted on
  • Monday, April 18, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • “Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.

    Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

    Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

    Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

    “Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

    Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

    Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh Abdul Rahim, Shazryl dan Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

    Dalam ulasannya hari ini Shazryl juga menekankan tentang kepentingan mengesan pemilik jam tangan Omega.

    “Jam tangan Omega adalah sangat penting. Kita harus mengesan siapa pemiliknya. Saya merasakan ia bukti yang sangat penting, tetapi terpulang kepada polis. Saya tidak mahu terlibat,” katanya lagi.

    Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

    “Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan. [SETERUSNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    padan muka
    jam omega pun polis dah tak ambil pot. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint