DATUK DATIN YANG BOROI
Aku tercari cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Kalau di Soho London setiap lorong aku ketahui. Malah di wilayah Soho ini aku pernah bekerja sebagai penjual pita video bertanda XXX. Tapi bukan kesah pita XXX ini yang ingin aku kesahkan. Disini aku ingin membawa kesah lain. Ini kesah aku di Kuala Lumpur.
Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan. Cilaka. Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.
Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya : Di mana Galeri le Atalier ?
' Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?’ Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya. Tak sangka purtan-purtan ini telah bersusu - tajam dan montok. Bentuk susunya betul-betul mengacam kejantanan aku.
Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini mentelunjukkan bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini dengan sekelip mata menyelok sarong susunya dan terus menghulurkan kad niganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kaseh.
Dada aku gedak gedubuk. Aku berahi nak mencium kad ini. Tetapi aku merasa segan kerana saekor anjing sedang memerhatikan tepat pada muka aku. Anjing ini betul betul potong stim. Projek aku gagal. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan ke bangunan.
Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Agak 'chic' juga susunan perabut di ruang tamu pejabat ini. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk kesaorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar. Dengan cepat aku mencium kad niaga Si Purtan tadi. Aku menyedut udara dan merasa puas. C'est la vie.
Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi.
' Kau tahu… aku dapat panggilan talipon... bukan sekali.. tiga kali ... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar.
' Apa hal dengan Gombak pulak?' Jawab suara lelaki yang agak halus.
' Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun disana. Kau keletong buat di Los Angles. Hei….Hei Mama Juwie dan Pancaindera kau boleh goreng.. dengan aku kau jangan nak kelentong.'
' Kita rekordring di LA laaa.. Kami Syarikat Bumi pertama buat rekodring disana..'
' Bukan rekordring... laaa... cakap orang putih pun tak tahu. R-E-C-O-R-D-I-N-G - tahu eja ke?. Kalu tak tahu cakap guna bahasa Melayu : rakaman.' Suara Jantan ini marah dan menyindir.
' Kami Syarikat Bumi yang pertama buat rakaman di LA..'
' Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Semenjak bila Anwar boroi. Tak cukup dengan itu... susu Anwar tergantung bergoyang goyang.. lebih besar dari susu Rosmah. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang vcd aku nak tunjuk.'
Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin dvd sedang berputar. Cilaka. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem.
' Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem? Ini budak crew ke atau budak Kru? Kau ingat kalau kau nak pergi menutuh kau akan ajak kawan kau masuk bilik sama? Kau ingat ini geng bang? ' Suara jantan ini makin marah.
' Tak dapat potong yang ini... itu pasal si Pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.'
'Tengok.. tengok.. perut Anwar boroi... ini yang jadi isu besar oleh blogger. Kenapa kau tak cari yang slim. Pasal apa? Kau tak tengok filem Forest Gum? Kau tak tengok filem Zeliq. Woody Allen kau tahu tak? Kau ni lulusan mana buat filem? Dari Finas ke? Patutlah bangang macam ini. Tetek Anwar bergoyang goyang. Semasa pengembaran kau tak sedar? Kenapa tak morph badan pelakun ini sikit. Morphing tau...kau tahu apa teknik morphing… cakap belajar di Los Angles...morphing pun tak tahu. Tak tahu tanya Google. Lain kali gunalah teknik morphing... kasi Pak Sheikh tu slim sikit. Bukan gedebab macam Bik Mama.'
Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa disini sarangnya. Aku marasa bagitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe.
Dari apa yang aku dengar filem-filem xxx mereka cukup hebat. Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat Jangan Tinggalkan Jandaku. Mereka dikatakan cuba malamar Toh Puan Julia Roberts untuk memainkan peranan Mak Janda. Tetapi Toh Puan Julia Roberts telah menolak peranan ini kerana Toh Puan Julia tidak mahu dilihat membadak dalam filem ini. Toh Puan Julia mencadangkan Datin Seri Paduka Rossene. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur.
‘ Kau kenal Datuk SK…. ini pun satu Datuk Bangang. Entah dimana dibelinya title Datuk. Kenapa dia buat heboh diakhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Datuk ini bangga buka cerita yang dia pun sama menutuh di sebelah bilik Anwar. Gila…mana oraang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Bangang. Gila. Kalau nak menipu… tipu betul betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkuci… ada Al-Kitab didalamnya. Bodoh macam telor.’
Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab. ‘Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu.’
‘ Siapa jaga kostume? Apa pasal Anwar berkemban. Yang berkemban betina. Jantan tak berkemban. Kau ingat Anwar ini macam Puteri Gunung Ledang.. berkemban? Susu Anwar macam susu lembu bunting. Kau ingat buat filem ini senang. Kau belum jumpa Mansor Puteh lagi. Kalau Mansor Puteh tibai filem ini. Berak kau jadi batu’.
‘ Baguslah kalau jadi batu boleh jual ke Singapura’. Jantan suara halus cuba melawak.
‘ Kau ingat ni main main. Nanti Bik Mama kepit kapala kamu baru kamu sedar. Kau tak sedar… projek ini kerjasama Bik Mama dengan Le Petit Tambi. Kau tahu apa hubungan mereka berdua? Ini projek bukan kecik anak.’
Kemudian semua senyap. Aku cuba cuba memdengar tak ada suara lagi. Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk.
Lelaki yang duduk disebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut. Dia terus bersuara. “ Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?’
Aku mengeleng kepala.
'You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Ummi. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.’
Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu.
‘Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?’ Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak.
‘ Hoi! … kau orang bertiga ini kalau nak berlakun kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi sangat. Watak boroi ada….. filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir . Siapa diantara kamu bertiga ini boleh jadi Amah Indon? Nak pegang watak Wan Azizah? (TT)
0 comments:
Post a Comment