TM Dan Jaring Dalang Serang MalaysiaKini

Posted on
  • Tuesday, April 12, 2011
  • by
  • Prolog
  • in



  • Sepertimana dilaporkan perakite.blogspot.com beberapa hari lepas, semua blog dan portal pro Pakatan Rakyat akan menghadapi masalah apabila semakin hampir dengan hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak .. sama ada dilencongkan, diserang (hacked) atau sukar dilayari kerana sekatan bandwidth dalam usaha UBN menyekat aliran maklumat kepada rakyat.

    Tarikh mengundi masih ada empat hari lagi, namun tempoh tiga hari berkempen inilah yang kritikal bagi sesuatu pilihanraya dan kini UBN dipercayai sedang berusaha menyekat aliran maklumat kepada rakyat menjelang tarikh-tarikh akhir berkempen.

    Talian hayat rakyat ini mula disekat agar maklumat tidak diperolehi oleh rakyat kecuali melalui media arus perdana.. yang merupakan pencacai UBN..

    Hari ini nampaknya, laman Malaysiakini berhadapan masalah teknikalserius  apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd dikhabarkan mula mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik laman itu.

    Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.

    Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.

    "Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini," kata Premesh

    Fortran@
    kahkahkah
    tiada apa yang dapat dibuat 
    bila bayang-bayang bn sarawak akan berkubur
    habis semua laman down
    nasib baik masih ada yang alternatif.. kahkahkah
    malaysiakini masih boleh di akses dilaman ni

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint