Najib Akan Pastikan Pek Mo Letak Jawatan

Posted on
  • Friday, April 15, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • "Kami mahu sebuah kerajaan lebih kuat yang diwakili oleh semua kaum di Sarawak agar kita dapat bekerja bersama-sama demi masa depan Sarawak," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

    Turut hadir ialah calon BN, Datuk Lee Kim Shin bagi kerusi DUN Senadin, Andy Chia (DUN Pujut), Rosey Yunus (DUN Bekenu) dan Ripin Lamat (DUN Lambir).

    Najib turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku dan ia akan dilaksanakan dengan cara yang baik memandangkan pemimpin negeri ini telah mengumumkan rancangan untuk melepaskan jawatan apabila tiba masanya.

    "...dan beliau (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) perlu menyediakan pemimpin pelapis seterusnya untuk mengambil alih kepimpinan dalam memastikan kestabilan yang berterusan di negeri ini.

    "Saya boleh beri jaminan ia akan berlaku. Ia akan berlaku. Jangan jadikan ini isu," tegas Perdana Menteri.

    Beliau berkata kerajaan persekutuan akan turut membantu dan memberi sokongan kepada penduduk Sarawak dalam membuat persiapan ke arah masa depan mereka. [SELANJUTNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    taib dah lama berenti jadi ketua menteri
    sekarang ni bukan taib tapi pahim@pek mo. kahkahkah
    sebabnya tengok keratan akhbar kat atas
    tu pada tahun 1995
    dah lama rakyat sarawak dan malaysia kena kencing sama pahim@pekmo
    sekarang ni pahim@pekmo nak kencing skali lagi rakyat sarawak dan najib dengan modal sama. kahkahkah

    peringatan untuk pahim@pekmo
    jangan letak jawatan
    jangan dengar cakap najib
    jika letak jawatan sprm sedang menunggu
    dan akan disiasat sampai mati. kahkahkah

    najib cakap sarawak ada masa depan yang cerah bawah bn
    memang lah cerah
    yang cerahnya bukan rakyat sarawak
    tapi kroni dan hutan sarawak yang jadi cerah
    dan yang pasti
    kepala najib akan jadi bertambah cerah. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint