Perkasa melakukan rombakan kepimpinan dengan melantik Dr Marzuki Ibrahim sebagai bendahari agung bagi menggantikan Datuk Shuaib Lazim — salah seorang “Datuk T” yang bulan lalu mengaku terlibat dalam pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, Marzuki dilantik bagi menggantikan Shuaib yang melepaskan jawatan kerana masalah kesihatan.
“Pertukaran jawatan Bendahari Perkasa adalah kerana Datuk Shuaib Lazim tidak berapa sihat sejak kebelakangan ini,” kata beliau.
Shuaib bersama dua “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mendedahkan video seks itu yang menggemparkan negara.
Ketiga-tiga mereka telah memberi keterangan kepada polis empat hari selepas mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.
Syed Hassan juga berkata mesyuarat Perkasa pusat hari ini juga telah melantik Ketua Wira Perkasa yang baru iaitu Irwan Fahmi Ideris yang merupakan Naib Ketua Wira Perkasa sebelum ini.
Dia menggantikan Arman Azha Abu Hanifa yang telah meletakkan jawatan baru-baru ini.
“Begitu juga bagi jawatan Ketua Wiranita yang telah dikosongkan Raihan Suleiman, digantikan dengan Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin,” katanya.
Perkasa juga melantik Yang Dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan yang baru Sharifuddin Abdul Hamid bagi menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang melepaskan jawatan atas alasan sibuk dengan tugasnya sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia. [SELANJUTNYA]
Fortran@
kahkahkah
perjuangan belum berakhir
takkan dah mengaku kalah
ni semua arman punya pasal
sejak dia letak jawatan
kacau bilau perkasa
gua malas nak tulis panjang-panjang
boleh baca SINI. kahkahkah
Fortran@
kahkahkah
perjuangan belum berakhir
takkan dah mengaku kalah
ni semua arman punya pasal
sejak dia letak jawatan
kacau bilau perkasa
gua malas nak tulis panjang-panjang
boleh baca SINI. kahkahkah
0 comments:
Post a Comment