sumber: Jalan Pulang
KEPUTUSAN TIDAK RASMI KERUSI DUN YANG DIMENANGI SETAKAT JAM 550 PETANG
KEPUTUSAN YANG DIKEMASKINI DARI PUSAT BERITA, KUALA LUMPUR DAN KUCHING, SARAWAK
PAKATAN RAKYAT - 13 KERUSI
BARISAN NAJIS - 8 KERUSI
SNAP - 0 KERUSI
PARTI CINTA MALAYSIA (PCM) - 0 KERUSI
BEBAS - 0 KERUSI
PAKATAN RAKYAT MENANG DI KERUSI BERIKUT:
1) BA'KELALAN
2) KEDUP
3) TARAT
4) MERADONG
5) KOTA SENTOSA
6) PENDING
7) PELAWAN
8) KALAKA
9) NANGKA
10) PADUNGAN
11) BATU LINTANG
12) KRIAN
13) MELUAN
5.44pm: Berikut keputusan tidak rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:
Bawang Assan
DAP - Alice Lau - 1161
BN - Wong Soon Koh - 2723
Dudong
DAP - Yap Hoi Liang - 2082
BN - Tiong Thai King - 2862
Bukit Assek
DAP- Wong Ho Leng - 301
BN - Chieng Boon Tuong 265
Meradong
DAP - Ting Tze Fui - 1969
BN - Ling Kie King - 1170
5.32pm: Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.
5.30pm: Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie Kiong.
Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.
5.27pm: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedang mendahului di Balingian.
Dengan lima pusat mengundi dikira, beliau mendapat majoriti 641 undi.
Taib dicabar oleh dua pupunya, bekas timbalan menteri, Datuk Salleh Jafaruddin, yang bertanding sebagai calon Bebas manakala PKR pula meletakkan ahli perniagaan wanita Suriati Abdullah dari PKR.
5.00pm: Semua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.
4.50pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di beberapa kerusi yang ditandinginya.
Di Meradong daripada 12 saluran yang telah dikira, calon DAP Ting Tze Fui mendahuli lawannya dari Supp, Ling Kie King dengan 800 undi.
Pecahan pengundi di Meradong adalah Melanau: 3.08 peratus, Cina: 56.18 peratus, Iban: 35.60 peratus dan bangsa lain 5.16 peratus.
Di Bukit Assek, selepas peti undi di tiga saluran dibuka, DAP mendahului dengan hanya 26 undi.
DAP diwakili oleh pengerusi Sarawak, Wong Ho Leng yang juga MP Sibu. Beliau dicabar oleh Chieng Buong Toon dan seorang calon Bebas.
0 comments:
Post a Comment