Lawak Politik

Posted on
  • Thursday, April 14, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • Papan iklan "Saya sayang Pek Mo" yang didirikan oleh DAP pagi ini dikatakan menghantui dan memberangkan presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan dan dua calon parti itu.

    Menurut ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau pada sidang akhbar di hadapan papan iklan itu seorang peguam SUPP - David Siaw - telah menghantar sms yang bernada keras kepada pengarah pilihan raya DAP.

    Dalam satu daripada sms yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, peguam SUPP itu mahu DAP menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

    "Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka. Harap ambil perhatian, kami akan menyaman fitnah.”

    Dalam satu lagi mesej, pengirimnya memberi amaran parti komponen BN akan bertindakbalas jika papan iklan itu tidak diturunkan. [SELANJUTNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    terguling dog gua tengok gambar ni
    gua puji cara kempen dap
    gua dok perhati cara kempen parti gabungan pr dan bn
    hanya dap je yang dapat menarik minat gua
    cuba cari video, gambar. fb dan lain-lain
    yang dihasilkan oleh dap dan bandingkan dengan parti lain
    dap parti yang paling kreatif dalam menghasilkan bahan kempen
    sepatutnya parti-parti lain belajar dari dap. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint