Bertimbang Rasalah Sesama Insan

Posted on
  • Wednesday, April 13, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a:

    “Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk.” Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku: “Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapa pun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”

    (Riwayat Bukhari)

    Huraian

    1.  Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan ataupun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya.

    2.  Sikap “egois” akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ia belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan.

    3.  Jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

    4.  Begitu juga dengan keperluan yang sepatutnya majikan sediakan pada orang bawahan nya mengikut keperluan tempat yang dikerjakan atau pembelajaran harus lah secukupnya , berjimat cermat memang lah dituntut tetapi jangan lah sampai menyusahkan orang lain sehingga terbantut sesuatu perkerjaan atas sebab tidak mencukupi bahan atau pun keperluan yang sepatutnya disediakan kan oilh majikan .

    KITA SAMA MEMERLUKAN

    Letakkan di tempat yang wajar

    Ada pepatah yang mengatakan dirt are not dirt – only matter in the wrong place. Suatu yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak berguna’ boleh menjadi bermenafaat dan berfaedah andai di letakkan diletakkan pada tempatnya. Najis yang menjijikkan sekalipun, andai diletakkan ditanah pertanian menjadi baja menyuburkan hasil tanaman. 

    Kenapa menyampah?

    Renungkan siapakah orang yang kita menyampah melihatnya. Perhatikan dengan jujur, adakah orang lain juga menyampah terhadap orang ini? Renungkan juga apakah perkara-perkara yang kita menyampah melakukannya. Perhatikan dengan jujur, adakah orang lain juga menyampah terhadap pekerjaan ini? Adakah sebab yang wajar untuk kita menyampah melihatnya?

    Timbang rasa bukan perkara yang senang. Ia adalah perbuatan yang amat sensitif kepada perasaan orang, mengambil kira kepentingan orang sambil memikirkan kita tidak menjadi punca masalah orang yang mana dalam istilah umumnya adalah ultruism.

    Orang Melayu amat ultruistic sifatnya kerana sentiasa mempertimbangkan kepentingan, perasaan dan pemikiran orang lain, sebelum membuat keputusan sendiri. Dia sentiasa bertanya apa kata orang, apa pandangan orang, apa jadi pada orang. Sifat ini adalah nilai yang paling asasi dalam kebudayaan dan masyarakat Melayu. Ia bukan berkait rapat dengan rasional tetapi dengan perasaan orang

    JANGAN BUAT ORANG LAIN MARAH

    Kita lebih mempertimbangkan perkara yang affective daripada yang rasional atau akliah (akal). Tetapi aspek akal ini kemudiannya timbul dalam masyarakat Melayu hasil hubungannya dengan Islam. Jadi akhirnya kita menggunakan konsep akal tentang pertimbangan yang rasional, berdasarkan pemikiran, tidak lagi perasaan. Akal menjadi konsep kepada pemikiran yang rasional, berasaskan pertimbangan hukum dan suatu yang patut dan wajib dari sudut hukum syarak.

    Kedua-duanya sekali sebenarnya yang kita gunakan dalam kehidupan moden. Ada bahagian yang kita gunakan pertimbangan rasa dan ada bahagian yang kita gunakan pertimbangan akal.

    Misalnya dalam perhubungan manusia kita lebih banyak menggunakan pertimbangan rasa tetapi dalam hal lebih besar kita banyak menggunakan akal... berdasarkan hukum. Ini berlaku kerana kita sudah mempunyai sikap kenegaraan, kita tidak dapat lagi menggunakan rasa dalam bidang lebih besar seperti jenayah, ekonomi atau politik, tetapi terpaksa menggunakan akal. Kadang-kadang kita mempunyai rasa yang lebih dan kadang-kadang akal yang lebih.

    Wallahu a'lamu bi al-shawab......

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint