Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat daripada sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASAtidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.
"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.
"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka. - Bernama
Fortran@
kahkahkah
30000 ramai tu
yang ramai nya bukan melayu yang berhimpun
tapi banyak duit yang akan keluar
sebab kena angkut melayu-melayu kat negeri lain
biasanya itu lah kerja umno dan perkasa bila ada majlis
nak harapkan penduduk tempatan je yang datang
jangan harap la seramai tu
betul ke 30000 yang datang tu semua melayu?
gua ingat yang melayu cuma 3000 jer
selebihnya kaum eee. kahkahkah
Fortran@
kahkahkah
30000 ramai tu
yang ramai nya bukan melayu yang berhimpun
tapi banyak duit yang akan keluar
sebab kena angkut melayu-melayu kat negeri lain
biasanya itu lah kerja umno dan perkasa bila ada majlis
nak harapkan penduduk tempatan je yang datang
jangan harap la seramai tu
betul ke 30000 yang datang tu semua melayu?
gua ingat yang melayu cuma 3000 jer
selebihnya kaum eee. kahkahkah
0 comments:
Post a Comment