Sah.! Ibrahim Ali Jaguh Kampung - Arman Wira Negara

Posted on
  • Friday, April 8, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • MASA SAMBUT JAGUH KAMPUNG

    WIRA NEGARA
    NGO Melayu bisu sejak saya lepas jawatan Perkasa, kata Arman

    KUALA LUMPUR,  6 April — Arman Azha Abu Hanifah mendakwa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam seolah-olah tidak ‘cergas’ dalam membawa isu berkaitan dengan orang Melayu dan Islam sejak beliau melepaskan jawatan ketua Wira Perkasa minggu lalu.

    Katanya, ia termasuklah isu berkaitan dengan kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang menjadi ‘polemik’ sejak kebelakangan ini.

    “Sejak satu minggu kebelakangan ini, kita tengok isu-isu yang ada kepentingan orang Melayu, misalnya dalam isu Alkitab tak nampak NGO yang tampil mempertahankan isu Alkitab, di mana NGO yang pernah bersuara dengan saya dulu,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider di sini.

    Sehubungan itu, Arman Azha yang lazimnya akan berada di garisan depan dalam kebanyakan demonstrasi dan protes ketika menyandang jawatan ketua Wira Perkasa berkata, beliau rasa kecewa dengan perkembangan semasa.

    “Saya marah dan terkilan kerana tiada suara dalam isu-isu sepanjang satu dua minggu ini, di mana suara panglima-panglima Melayu?” kata Arman Azha lagi. [SELANJUTNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    pemimpin macam ni la yang dicari-cari sejak lebih 50 tahun merdeka
    tapi kenapa?
    kenapa letak jawatan?
    masih ramai kaum melayu yang lemah dan suka  ditipu oleh umno
    yang perlukan dorongan dan bimbingan 
    untuk terus bersaing dengan kaum lain

    lihat lah arman
    selepas kau pergi
    kemana semua panglima-paglima melayu 
    yang dulu dibarisan hadapan dengan mu
    sembunyikan diri dan menjadi setan bisu sekarang

    lihat lah arman
    selepas kau pergi
    perkasa yang dulunya gah
    kini longlai termasuklah pak presiden
    yang mengaku jaguh melayu
    jatuh tersungkur tanpa tempat untuk bergantung

    bukan itu saja
    hanya satu kenyataan saja yang dikeluarkan oleh naib presiden
    seperti kata orang tua-tua
    bak melepaskan batuk di tangga

    gua cuba bayangkan
    jika masa ini engkau masih lagi perkasa
    tentu lunyai si bacul ni di kerjakan
    tapi sayang sejuta kali sayang
    bayangan ini sekadar difikiran gua

    ayuh arman 
    nasib bangsa melayu di tangan mu sekarang
    lupakan sengketa
    tarik balik surat peletakkan jawatan mu itu
    marilah kembali bersama-sama panglima yang bersembunyi itu
    naikkan semula semangat mereka yang telah mati
    yang telah engkau bunuh dengan surat peletakkan jawatan mu itu

    ayuh arman
    hidupkan semula semangat mereka
    dengan kata-kata mu
    dengan demonstrasi mu
    dengan launganan suara keramat mu

    ayuh arman
    apa lagi yang nak dinantikan 
    masa tak menanti kita
    jangan sampai bangsa melayu merempat dibumi sendiri
    dek kerana pemimpim-pemimpin umno yang kianat
    kepada bangsa melayu itu sendiri

    ayuh arman
    lihatlah berita hari ini
    selepas engkau bersuara
    sibuk pak presiden mengalahkan pak menteri
    dok mengeluarkan kenyataan
    yang tak penting untuk bangsa melayu

    tiada lagi kata yang dapat diucapkan
    jika keputusan untuk letak jawatan itu muktamad
    hanya lagu kat bawah ini sajalah
    sebagai perpisahan perjuangan engkau dengan melayu

    hidup arman.!
    hidup arman.!
    hidup arman.!

    kahkahkah
    kahkahkah
    kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint