Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu juga gagal menyediakan bekalan air mencukupi sehingga memaksa pihak pengurusan UUM membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan bagi kos lori mengangkut air ke universiti tersebut.
Menurutnya, ini jelas menunjukkan sikap kerajaan negeri yang tidak serius dalam menjayakan sektor pengajian tinggi negara bagi memenuhi keperluan melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi.
“Kita harap kerajaan negeri Kedah tidak mengenakan cukai terlampau tinggi kerana wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan.
“Kerajaan negeri sebaliknya cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi sedangkan mereka sepatutnya faham bahawa UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan.
“Di Selangor, kerajaan negeri tolak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan di Kedah isu bekalan air dan cukai tanah pula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pascasiswazah untuk ahli Parlimen, di sini hari ini.
Hadir sama Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Mohamed Khaled menambah, kerajaan negeri Kedah hanya tahu mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat menaikkan harga gula dalam ceramah politiknya sedangkan mereka sendiri menaikkan cukai tanah pada kadar cukup tinggi.
Sementara itu, Dr. Mohamed Mustafa berkata, beliau telah menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak awal tahun ini untuk berbincang mengenai isu air dan merayu agar kadar cukai tanah dikurangkan. [SETERUSNYA]
Fortran@
kahkahkah
padan muka
universiti kat malaysia bukannya nak lahirkan modal insan
tapi universiti itu sendiri di lahirkan sebab politik
hasil keranda 152 maka lahirlah ukm
dan banyak lagi universiti kerajaan yang bersepah sekarang
semuanya atas dasar politik
kuantiti ada
kualiti yang tak ada
habis semuanya hancur. kahkahkah
menteri bangang bercakap tanpa fakta
cakap hanya ikut sedap mulut
dan percaya cakap kangkung yang nak bodek
akhirnya buat malu diri sendiri
tapi tak apa sebab memang menteri ni bodoh dan bangang. kahkahkah
mungkin sejak dari azali lagi menteri ni
dilahirkan untuk jadi bangang dan bongok. kahkahkah
kangkung ni memang dah tugas dia untuk bodek
atau dengan erti kata lain
dia dilahirkan untuk jadi pembodek
dan penjilat mana-mana pemimpin kerajaan
mungkin juga kangkung ni sedang berkira-kira nak jadi ketua bahagian. kahkahkah
punya la panas tajuk yang utusan guna
gua yakin kalau melayu bebal yang suka baca tajuk dan muka depan jer akan marah
dan berbakul-bakul lah maki hamun mereka kat kerajaan negeri kedah
biarkan melayu bebal itu dengan bebal nya
bila sampai masa maka mati lah mereka itu. kahkahkah
dan tak lupa kita semua akan mati.
yang gua hairannya apasal utusan ni gila tak bertempat
kat muka depan tajuk dah berapi
apasal masuk berita kat bawah ni
tak boleh ke tunggu sehari dua lagi baru masukkan berita kat bawah ni
tunggu la dulu melayu bebal kat atas tu bersuara
kesian lah kat mereka. kahkahkah
___________________
"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.
"Rebat tamat tempoh pada 2008, sebab itu cukai tanah yang dibayar sebelum ini RM100,000 berbanding terkini lebih RM1 juta," katanya selepas perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azizan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah di UUM sehingga 10 kali ganda, berbanding ketika negeri ini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mukhriz mendakwa, tindakan itu tidak wajar dan membebankan pengurusan UUM kerana sebelum ini cukai tanah yang dikenakan sekitar RM100,000 setahun.
Azizan berkata, setelah rebat berakhir, bermula tahun 2009, bayaran cukai tanah yang perlu dijelaskan ialah lebih RM1 juta.
"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta setelah diberi rebat, UUM bayar RM100,000 sahaja. Apabila perjanjian berakhir, kenalah bayar penuh.
"Ini amalan biasa dalam urus tadbir, bila ada pihak minta bantuan, kita beri atas dasar timbang rasa," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Mukhriz kerana kemungkinan Ahli Parlimen Jerlun itu tidak mendapat maklumat tepat.
Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dialami warga UUM, Azizan berkata, ia perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.
"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya. [SETERUSNYA]
0 comments:
Post a Comment