PAS telah kalah di kesemua kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata walaupun kalah pihaknya akan meneruskan agenda perjuangan di Sarawak.
“Meskipun PAS kalah di semua kerusi yang disertainya, namun Dewan Pemuda PAS Malaysia akan tetap meneruskan agenda perjuangannya di bumi Kenyalang ini,” katanya.
PAS tanding di Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS, parti komponen Pakatan Rakyat, gagal merampas kerusi Beting Maro daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).
Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS hanya meraih 2,758 undi berbanding BN yang memperoleh 3,014 undi untuk mengekalkan kerusi itu.
Calon PAS Abang Amad Kerdee Ahmad Masagus berkata walaupun kalau beliau berpuas hati dengan pencapaiannya.
“Walaupun kita kalah terutama di Beladin, kalah 1,000 lebih namun masyarakat Cina dan Iban tetap memberi sokongan penuh,” katanya.
0 comments:
Post a Comment