Melayu Suka Diperbodohkan

Posted on
  • Tuesday, April 26, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  •  Munsyi Abdullah dalam bukunya "Hikayat Abdullah" telah menceritakan bagaimana kelicikan dan kebijaksanaan strategi golongan penjajah dalam menguasai musuhnya. Usaha british menguasai Singapura bermula dengan tindakan Stanford Raffles membawa balik Tengku Long ke singapura dari kg penyengat, Riau dan menabalkannya sultan Singapura dgn gelaran Sultan Husin Syah Ibnul Marhum Sultan Mahmud Syah. 

    Pihak British menawarkan gaji RM416 sebulan kpd Sultan Husin dan RM208 kpd Temenggung Abdul Rahman. Atas desakan dari Sulatan Husin dan Tememnggung maka gaji mereka kemudiannya dinaikkan kpd RM1,000 sebulan utk Sultan Husin dan RM700 sebulan utk Temenggung. Dengan itu ditubuhkan jawatankuasa Bersama antara Sultan Husin dan British bagi memerintah singapura. 

    Tetapi hakikatnya Britishlah yg lebih banyak berkuasa sehinggakan kediaman Temenggung sendiri boleh dipindahkan British ke Teluk Belanga bagi mengelakkan pergaduhan antara org org Temenggung dgn org dari Melaka. Kemudian British mengeluarkan pelbagai peraturan baru seperti larangan membawa senjata (kecuali 12 org pegawai sultan dan 12 org pengawal temenggung), larangan berjudi ("ORG BRITISH PUN TAK KASI MELAYU BERJUDI") larangan pemakaian hamba dan sebagainya.

    Di zaman Tuan Crawford, beliau telah meminta Sultan Husin menyerahkan Singapura sepenuhnya dibwah pentadbiran british dgn menawarkan gaji yg lebih lumayan RM1,300 sebulan utk Sultan Husin dan RM700 utk Temenggung disamping imbuhan segera RM30,000 utk Sultan Husin dan RM15,000 utk Temenggung diatas persetujuan tersebut. Sekiranya Sultan Husin bersetuju untuk berpindah kenegeri lain maka imbuhan tambahan RM30,000 lagi akanj diberikan kepadanya. 

    Akibat dari sikap mementingkan diri, tamakan wang ringgit dan ketidakcerdikan Sultan Husin dan Temenggung maka mereka bersetuju menyerahkan Singapura kpd British. Apa yg menarik ialah Sultan dan Temenggung hanya mendapat bulanan dan sedikit sahaja imbuhan dari British bagi menyelesaikan hutang Sultan dan Temenggung kpd British. 

    Akhirnya Sultan dan Temenggung sedar bahawa mereka telah diperdaya oleh British. Tetapi semunya telah terlambat seperti pepatah melayu "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna". Tinggallah Sultan Husin dan Temenggung di Singapura dgn bergelaran tetapi tiada kuasa sehinggalah akhirnya Sultan Husin berhijrah ke Melaka dan mangkat disana.

    Menurut Munsyi Abdullah antara sebab utama bangsa Melayu menjadi bangsa yang "diperbodohkan" di masa lalu adalah disebabkan oleh kezaliman dan penganiyaan yg dilakukan oleh pemerintahnya iaitu raja-raja yg memerintah pada masa tersebut sehinggakan rakyatnya menjadi seumpama tanah yang tiada berbaja lagi. Akhirnya rakyat menjadi seperti pohon kayu didalam hutan di mana ditiup angin disitulah ia rebah. Seperti ikan ikan kecil menjadi makanan pula kepada ikan ikan besar.

    Pada tahun 1965, Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah mnegulangi kesilapan yang sama seperti yang telah dilkukan oleh Sultan Husin dan Tmenggung Abdul Rahman dengan mengeluarkan Singapura dari Malaysia dan menyerahkanya kpd Lee Kwan Yew atas alasan Cina telah menguasai Singapura dgn 75% penduduknya adalah cina dan hanya 15% adalah melayu. Orang Cina juga dikatakan memiliki kekayaan dan telah menguasai ekonomi negeri tersebut.- sumber

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint