TGHH Pemimpin Agung PAS

Posted on
  • Monday, April 18, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • “Kepimpinan Presiden Pas tidak lemah bahkan makin baik, makin terserlah. Presiden mampu menangani isu dalam negara bahkan luar negara yang kian mencabar hari ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

    Beliau berkata demikian me-ngulas Pas Bukit Bintang yang mencalonkan Datuk Husam Musa bertanding sebagai Presiden Pas dipegang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abu Hadi Awang sekali gus mencetuskan persepsi bahawa kepimpinan Abdul Hadi dipertikai.

    Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sebenarnya tiada pimpinan lain dalam parti itu dapat menangani masalah umat Islam dengan lebih baik berbanding Presiden Pas dan ia turut diakui oleh Husam sendiri. 

    “Ia juga perkara yang jarang berlaku, macam tidak ada dan saya fikir pencalo-nan itu pun tidak perlu berlaku. Tetapi saya tidak melihat ia adalah perpecahan tetapi hanya sebagai satu perhatian daripada (Pas) Bukit Bintang,” katanya kepada Sinar Harian.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang merasmikan Himpunan Muslimat (Himat) peringkat negeri di Masjid Rusila di sini.

    Terdahulu, Abdul Hadi ketika berucap sebelum merasmikan Himat yang dihadiri lebih 5,000 ahli dan pengikut Pas mengajak seluruh rakyat negeri ini bangkit dan berjuang habis-habisan bagi melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

    Usaha itu, kata beliau, bagi merampas semula pemerinta-han negeri ini daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Menurutnya, kerajaan BN jelas menolak Islam apabila menentang habis-habisan usaha Pas untuk meletakkan al-Quran dan as-Sunnah, Imak serta qias sebagai hukum tertinggi bagi Kerajaan Negeri yang telah mendapat restu Sultan Negeri Terengganu.

    “Namun, apabila kerajaan BN mengambil alih pemerintahan daripada Pas pada 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan,” katanya.. SINAR

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint