Akhirnya Zahid Hamidi Akui Utusan Meloya Adalah Alat Umno

Posted on
  • Monday, April 25, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sepatutnya memberi fokus kepada akhbar berbahasa Cina agar ia tidak diperalatkan oleh DAP dan bukan hanya memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akhbar Utusan Malaysia (Utusan) merupakan wadah pemikiran yang menterjemah denyut nadi orang Melayu bagi memastikan kepentingan kaum itu sentiasa terpelihara tanpa mengetepikan hak-hak kaum lain di negara ini.

    Sambil membidas pihak yang cuba memburukkan Utusan, beliau berkata, selaku akhbar yang menerapkan nilai nasionalisme, adalah wajar baginya untuk memperjuangkan kepentingan kaum tersebut kerana hal-hal yang melibatkan orang Melayu adalah isu nasional dan ia sentiasa relevan.

    Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang menggesa rakyat memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

    Menteri Pertahanan itu berkata, sebelum pemimpin MCA mengkritik dan memboikot akhbar itu, mereka terlebih dahulu perlu memastikan akhbar berbahasa Cina tidak memainkan isu yang menyentuh perkauman sebagaimana pendekatan politik yang dilakukan DAP.

    Katanya, akhbar arus perdana yang cukup berpengaruh itu juga bertindak sebagai sebuah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan semangat nasionalisme Melayu dan bukannya akhbar perkauman.

    "Salahkah Utusan membangkitkan apa yang menjadi keresahan orang Melayu? Isu Melayu merupakan isu yang sentiasa relevan dan berkait rapat dengan isu nasional.

    "Jadi, tidak berbangkit apa yang disuarakan Utusan selama ini kononnya perkauman. Utusan hanya memperjuangkan 'keindukan' kaum Melayu tanpa mengetepi hak kaum lain. [Selanjutnya]


    Fortran@
    kahkahkah
    baca perenggan pertama
    akhirnya si zahid hamidi mengaku yang utusan meloya adalah alat umno untuk terus berkuasa
    lebih membanggakan si zahid ni menyeru mca supaya bijak mperalatkan akhbar cina...


    nota ; OBJEKTIFNYA AMAT JELAS
    kahkahkah...
    Utusan Melayu adalah wadah pemikiran denyutan nadi kepala kentot ?


    Jika wadah pemikiran , apa pasal dibuat bungkus nasi ?
    Jika wadah pemikiran , apa pasal dibuat bakar sampah ?
    Jika wadah pemikiran , apa pasal dibuat penyendal pintu ?
    Jika wadah pemikiran , apa pasal dibuat layang layang ?
    Jika wadah pemikiran , apa pasal dibuat lap taek cicak ?
    Jika dan jika dan jikang ...

    ah ah ah !

    Objektifnya amat jelas yang kertas akhbar ini tidak membawa nilai apa - apa . Jika ianya bernilai , barangkali soklan soklan di atas tidak akan muncul . Masyarakat mampu untuk menilai sendiri berdasarkan kefungsian kertas akhbar masa kini .

    Mari kita lebih jelas . Sesuatu kertas yang bernilai wajib disimpan . Sebagaimana kertas kertas ilmu yang dilampirkan sebagai buku , umumnya akan disimpan karena memiliki nilai yang amat baik . Manusia membaca dan simpan karena percaya ianya memberikan nilai dan ilmu yang boleh dirujuk pakai . Itu adalah hukum bagi barangan bernilai . Adalah gila membuang barangan yang diketahui bernilai !

    Di dalam kes ini , kertas akhbar bertindak songsang . Masyarakat sendiri memperlaku sedemikian rupa ke atas kertas yang dilabonkan wadah pemikiran . Tidakkah ini gila ? Yang gila bukanlah masyarakat , akan tetapi si mulut longkang yang berkata kertas akhbar adalah wadah pemikiran . Ini betul betul terbarai . Jika lotong boleh ketawa , sudah lama hutan rimba gegak gempita !

    *objektifnya amat jelas . jangan cuba menjadi gila mengatakan akhbar adalah wacana pemikiran atau pencetus minda . sebelum berkata itu dan ini , jawab dulu soklan soklan itu . ah ah ah !


    ( Tulisan ini disiarkan di akhbar Kerajaan Langit Ayah Pin Pin Pong. kah kah kah )

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint