Melayu Mampu Bina Kapal Selam Yang Boleh Menyelam

Posted on
  • Tuesday, April 19, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Persoalannya, kata beliau kenapa modal insan ini diketepikan begitu sahaja tanpa pembelaan dengan baik.

    PAS, tegasnya yakin jika diberi kepercayaan orang Melayu tanpa unsur pilih kasih dan penindasan, orang Melayu mampu untuk membina kapal selam yang boleh menyelam.

    Tambahnya, tetapi selagi dasar pilih kasih yang dijalankan oleh pemimpin Umno selagi itulah Melayu tidak boleh maju walaupun mempunyai inovasi yang tinggi.

    Sebenarnya, kata beliau kajian-kajian dan penemuan baru yang dibuat di Pusat Pengajian Tinggi  di Malaysia, malangnya ia hanya menjadi kajian ilmiah sahaja sedangkan penemuan-penemuan mereka adalah kontemporari.

    Menurutnya, perkara ini berlaku kerana pemimpin negara ini hanya memandang hebat apa yang datang daripada luar.

    Sebab itu, ujarnya Datuk Seri Najib sendiri pun mengambil APCO sebagai penasihat walaupun membazir wang rakyat sebanyak RM77 juta setahun.

    “Pada hal khidmat ini boleh didapati di dalam negara ini oleh rakyat kita sendiri tanpa perlu wang negara mengalir keluar,” ujarnya. [SELANJUTNYA]

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint