SPRM Berjaya Selamatkan Satu Nyawa

Posted on
  • Sunday, April 10, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • "Ini I nak bagi tahu satu cerita besar," katanya.

    "Apa dia?" tanya saya suspen. Saat itu saya dalam perjalanan ke Telaga Air. Mungkin ia besar kalau tidak masakan dia akan mencari dan sedia bercakap walaupun saya di Kuching. Bil telefonnya tentu meningkat. Ini penting, begitu fikir saya.

    "Dua minggu lepas seorang setiausaha politik kepada ******* ** telah dicekup oleh SPRM di sebuah hotel di Bukit Bintang. Bersamanya ditemui wang tunai sebanyak RM750,000 cash. Selepas disiasat di dalam akaunnya ada sebanyak RM5 juta....di rumahnya pula ada lima buah kereta mewah!"

    Saya hanya mendengar. Kebetulan semasa sembang di sebuah hotel berhampiran sungai Sarawak (waterfront) semalam saya terdengar cerita seorang menteri sedang menceri setiausaha politik barunya. Katanya calon sudah ada. Sekali lagi kebetulan calon berkenaan ada sama di hotel berkenaan jadi saya langsung bertanya kepada tuan tubuh.

    "Kata nak jadi setiausaha politik pulak, trahniah!" kata saya tumpang bangga sebab dia anak butir Kelantan.

    Calon ini keberatan untuk menjelaskan. Tetapi reaksi mukanya menunjukkan dia setuju atau suka kalau dilantik. "Mana ada..." balasnya tawar...tetetapi dengan senyuman memanjang.

    Sungguh saya tidak tahu kalau desas desus itu ada sangkutan dengan berita yang baru disampaikan oleh putera Umno itu tadi. Oh...

    "Tetapi apa yang hendak saya sebutkan kat you, setiausaha politik berkenaan dibebaskan. SPRM tidak charge dia... sebab apa you tahu, sebab ada kompromi. Katanya beliau didesak letak jawatan kalau tidak dia dichargekan. Beliau dibebaskan kerana nak jaga menteri berkenaan... [SELANJUTNYA]


    Fortran@
    kahkahkah
    nasib baik sprm tak buat siasatan
    nasib baik sprm berlembut hati
    kalau tak mesti ada mangsa terbaru. kahkahkah
    selamat nyawa malaun ni
    langkah sprm ni wajar dipuji
    dan diberi perhargaan kerana berjaya selamatkan satu nyawa
    dan yang pasti
    nasib mamat ni baik sebab dia setiausaha menteri kanan
    kalau pegawai biasa dah kena siasat sampai mati 
    lagi pun bukan berjuta-juta
    rm 750 000 cash je
    yang dalam akaun juta-juta tu kes lain pula. kahkakah
    baca SINI negara yang tembak bilis atau jerung perasuah. kahkahkah
    dan SINI negara yang pelihara jerung perasuah, kahkahkah 

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint