Presiden NUTP Dan Menteri Kesihatan Bertumbuk Angkara Nasi Lemak

Posted on
  • Tuesday, April 19, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

    Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

    Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

    "Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. [SETERUSNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    tak ada isu lain ke nak buat?
    pasal ni pon kecoh. kahkahkah
    kalau presiden nasi lemak yang kecoh tak apa la
    ni presiden perguruan
    apa kata buat demo isu nasi lemak
    ramai-ramai turun kejalan raya
    buat bantahan kepada kerajaan
    sebabnya ada tanda-tanda nak hapuskan ketuanan nasi lemak kat malaysia. kahkahkah
    tak nak bagi anak-anak gemuk mudah jer
    jangan biarkan anak anda jadikan flom 
    fat lady of malaysia 
    sebagai idola mereka. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint