KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.
"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di sini hari ini.
Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar. - Bernama
Fortran@
kahkahkah
dah lupalah dengan keratan akhbar kat atas?
selepas berita tu terus ismail sabri senyap. kahkahkah
tak lama lagi akan naik
kita sama-sama tunggu
Qalbu Tidak Menjadi Lidah
Ketika qalbumu tidak menjadi lidah,
lidahmu pula enggan menjadi suara,
apakah tugasmu masih satu ibadah
atau ia sekadar, ya, sekadar kerja?
Ketika janji manismu amat berdegah,
nasib bangsa dijanji kemerlip permata;
dikau tampaknya semakin bersilap mata—
ekuiti gergasi jadi sekangkang kera.
Lima dekad kau leka enak berkuasa,
tiba-tiba kau sengaja menjerit parah.
Katamu: “Bangsamu sedang terhasak hina.”
Soalnya, kenapa kau yang memungkinkannya?
Ketika undimu terhimpun sangat sasa,
dan undi itu dikira sesedap rasa,
apakah tugasmu sebagai penguasa—
takek bahasa dan gunting lidah sastera?
Lima dekad dikau dewa segala dewa,
harum kasturi di dalam hanyir piala;
qalbumu mungkin berjaya menjadi lidah,
cuma, apakah tulus menjadi ibadah?
0 comments:
Post a Comment