Wartawan gila DNA

Posted on
  • Thursday, April 28, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

    "DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

    Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

    Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

    "Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

    "TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.

    Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

    "(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

    "Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya)," katanya.


    Fortran@
    kahkahkah
    nak buat apa dna?
    semua nya jadi gila dengan dna
    sampaikan eskay serah dna dia
    nak buat apa dna eskay?
    adakah dia pernah rogol wartawan pompuan ni? kahkahkah
    yang patut serah dna sebenarnya rahim tambi cik
    nak tengok sama tak dengan budak yang berusia 16 tahun sekarang. kahkahkah 

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint