Loji Lynas: MB Pahang perlu tanya sebab Terengganu batal, kata MP Kuantan
KUALA LUMPUR, 2 April — Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyambut baik jaminan Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, tetapi mendakwa Menteri Besar Pahang itu tidak cukup maklumat untuk memberi jaminan ia benar-benar selamat.
Sehubungan itu kata Fuziah, Menteri Besar Pahang perlu mendapatkan satu kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak pembinaan loji Lynas serta juga impak operasinya ke atas keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.
Kelmarin, Adnan memberi jaminan bahawa pembinaan kilang pemprosesan milik Lynas Corporation dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.
Adnan memberitahu kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.
“Antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri Besar kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera China telah bersetuju untuk membenarkan loji pemprosesan nadir bumi dibina di negara mereka sejak tiga dekad kebelakangan ini,” kata beliau dalam surat dihantar kepada Adnan, semalam. Salinan surat turut diedarkan kepada media.
Selain itu kata Fuziah, Adnan juga harus bertanya kepada negeri jiran Terengganu yang telah menolak permohonan Lynas Corporation untuk membina loji yang sama di Teluk Kalung pada 2007. [SELANJUTNYA]
Fortran@
kahkahkah
nak tahu apa jawapan idris jusoh kalau adnan tanya
kenapa terengganu tolak loji lynas?
mungkin ni antara jawapannya
buat stadium pon runtuh apatah lagi benda yang lebih bahaya
kalau stadium runtuh ok la sikit berbanding loji ni
sebabnya stadium jarang digunakan
dan risiko kehilangan nyawa kecil
lagi pon idris jusoh bukan selalu dok dalam stadium tu
jadi risiko untuk dia hilang nyawa amat nipis
berbanding loji ni
kesan pencemaran radioaktif samaada melalui air atau udara
idris jusoh guna air dan udara yang sama
jadi bila berlaku pencemaran
risiko untuk dia dijangkiti/mati adalah lebih besar
kesimpulannya
idris jusoh lebih sayangkan nyawa dia berbanding adnan yaakob
yang sanggup perjudikan nyawa dia sendiri
demi sedikit/banyak wang yang diberikan
(idris jusoh dah banyak rembat duit royalti minyak)
kalau nyawa dia sorang je tak apa
ni seluruh penduduk kuantan dan kawasa-kawasan yang sama waktu dengannya. kahkahkah
kat bawah ni jawapan adnan yaakob untuk rakyat pahang..kahkahkah

0 comments:
Post a Comment