4 Mat Boroi

Posted on
  • Saturday, April 2, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham

    Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.

    Malah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

    Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

    Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

    Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

    Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.[SELANJUTNYA]


    Fortran@
    kahkhahkah
    apa yang tak faham?
    ismail dan 3 mat boroi hanya pelakon
    pengarah dah beri skrip
    tugas pelokon hanya melakonkan watak yang diberi
    dan baca skrip
    yang salahnya adalah pengarah
    apa punya bangang la pengarah ni
    walaupon pelakon dah banyak tersasul pon masih nak teruskan
    beri la sikit masa untuk pelokon ni menhayati semula watak dan skrip
    baru la cerita ni nampak lebih menarik. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint