kisah ini sebenarnya diceritakan dari mulut ke mulut
sejak beberapa generasi yang terdahulu
tiada sebarang catatan yang ditemui tentang kisah ini
menurut cerita orang tua-tua
sesiapa yang mencatat kisah ini
akan ditimpa bencana
bencana ini meliputi bencana keseluruh negara
sehinggalah berlaku 2 kematian yang ngeri
ada seorang manusia yang berani tampil
untuk mencatat kisah ini
sebagai renungan dan panduan untuk generasi akan datang
tetapi ramai orang yang bodoh dan suka diperbodohkan
tidak akan percaya kisah yang gua akan ceritakan kat bawak
kita biarkan saja mereka yang bodoh itu terus bodoh
kerana mereka malas untuk membuat perubahan dan malas untuk berfikir keatas diri sendiri
marilah sama-sama kita hayati kisah ini
Yang aku tahu bangunan SPRM ada hantu, walaupun aku tak pernah nampak hantu, aku tahu hantu ada dibangunan SPRM. Hantu tersebut suka bunuh orang dengan menolak mangsa melalui tingkat.
Sesiapa yang menjadi saksi kepada kes-kes yang melibatkan rasuah, hantu ini akan pastikan saksi tersebut akan berada dekat tingkat, kemudian hantu tersebut angkat dan humban keluar melalui tingkat.
Yang menghairankan aku, hantu bangunan SPRM ini adalah hantu ghaib yang susah untuk dikesan oleh pancarindera, setiap kali polis buat siasatan terhadap kematian mangsa hantu ini, tiada tanda-tanda atau bukti untuk mensabitkan hantu ini, bahkan polis akan keluar kenyataan bahawa mangsa terjun melalui tingkat dengan niat untuk bunuh diri.
Pernah berlaku kepada seorang anak cina yang ditemui mati, pada masa itu beliau adalah saksi kes rasuah.
Setelah disiasat seorang hakim, sah bahawa hantu adalah pembunuh anak cina tersebut, aku juga percaya pembunuhan tersebut didalangi hantu tersebut, aku tidak menuduh hantu tersebut secara membuta tuli, tapi hakim sendiri membuat keputusan setelah meneliti kenyataan saksi-saksi secara teliti sehabis teliti, bahawa "tiada bukti yang menunjukkan anak cina tersebut membunuh diri, begitu juga tiada bukti budak cina tersebut dibunuh manusia", ini maknanya anak cina tersebut dibunuh hantu.
Pagi tadi seorang kawan hubungi aku, beliau seorang bomoh yang terkenal, beliau kata hantu tersebut perempuan dan tidak berasal dari kepulauan melayu, tapi berasal dari monggolia. Hantu tersebut datang ke Malaysia kerana nak punggut komisen yang belum dibayar, hantu tersebut dikatakan mengamok bila komisen yang sepatut beliau dapat tidak dibayar.
Dikatakan seorang bomoh orang Asli cuba membunuh hantu tersebut dengan dengan memasang bom C4 pada tubuhnya, walaupun tubuh hantu tersebut berkecai kerana dibom, namun hantu ini adalah seorang hantu, beliau tetap akan menjadi hantu walaupun telah mati.
Yang menghairankan kawan aku tadi, kenapakah hantu itu mendiami bangunan SPRM dan membunuh saksi SPRM.
Ada seorang hamba Allah beritahu aku, hantu itu ketagih membunuh, kalau hantu tersebut tidak dapat membunuh saksi rasuah, hantu tersebut akan membunuh penyiasat saksi rasuah pula, yang aku takut hantu ini akan membunuh dengan menggunakan taktik yang sama digunakan manusia, lagi susah pihak berkuasa nak buat siasatan. beliau mencadangkan bangunan SPRM dirobohkan, dan para pertugas SPRM diletakkan dibangunan parlimen...
sebagai renungan bersama
Apa nak jadi negaraku? Hancur! hancur semuanya. Lagi lama puak-puak ni memerintah lagi rosak bangsa, agama dan negara.
Yang si televisyennya penuh dengan cerita hantu. Cerita yang tak membangun minda, akal fikiran, budaya dan nilai masyarakat.
Yang siberitanya penuh dengan cerita sensasi-cabuk-kotor.
Yang siahli politiknya sibuk dengan politik lucah, kotor dan jijik. Daripada pemimpin teratas sampai yang dah pencen tak habis-habis...seks, rogol, liwat,
incest..rasuah..bunuh.
Tengokla semuanya....SEMUANYA...pendidikan, pembangunan, politik, sosial, agama...semua menuju jalan-jalan kehancuran. Jalan-jalan yang merosakkan bangsa, peribadi dan tamadun.
Mana ada perjuangan nak membangunkan bangsa, tamadun dan akal budi. Mana para intelektual, budayawan, agamawan dan para pencinta ilmu dan kebenaran. Mana pergi semuanya. Mengapa sunyi sepi. Tak ada perkataan, sanggahan atau bangkangan.
Apa nak jadi ni.
Apa yang kita sedang buat.
Kemana kita nak pergi.
Apa nak jadi dengan anak-anak, cucu cicit kita nanti. Kemana generasi muda kita nak bawa.
Mari renungkan.
cerita ini dicatatkan DISINI
0 comments:
Post a Comment