Berita 3 Dalam 1 - Wang Haram, SPRM, Kastam = UBN

Posted on
  • Thursday, April 7, 2011
  • by
  • Prolog
  • in


  • Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).


    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain


    Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.


    Fortran@
    kahkahkah
    faham apa yang gua ingin sampaikan? kahkahkah
    kalau tak faham, gua akan cuba jelaskan mengikut kefahaman gua. kahkahkah

    [1]
    awal tahun baru ni kecoh 1malaysia pasal wang haram
    dan ramailah pemimpin-pemimpin pembangkang yang bersuara supaya kerajaan siasat tentang kes ni.
    rakyat juga ingin tahu macam mana wang ni dapat keluar dari negara dan siapa dalangnya
    najib selaku menteri kewangan hanya menyerahkan kes ni kepada bank negara
    dan apa jawapan bank negara?
    kemudian isu ini terus lenyap

    [2]
    awal bulan 4, sibuk SPRM(suruhanjaya pembunuh rakyat malaysia) dok tangkap pegawai kastam
    katanya kerana rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain
    ada diantara yang tertangkap tu dijadikan kambing hitam
    ramailah rakyat dan pemimpin dok puji SPRM dan najib sebab lawan rasuah dan tak pilih bulu
    tapi tak lama, lihat apa yang berlaku pagi semalam
    selain kastam, SPRM juga boleh tangkap pegawai imigresen
    sebab kastam dan imigresen yang mengawal pintu antarabangsa
    dan mereka boleh dikambing hitamkan untuk menutup kes wang haram oleh pemimpin umno bn

    [3]
    keluarlah berita tentang kerajaan rugi berbilion ringit sebab 62 pegawai kastam yang ditangkap tu
    sedikit sebanyak keluarlah jawapan punca aliran wang haram malaysia yang berbilion-bilion
    jawapan ni hanya  untuk memperbodohkan rakyat je.
    sebabnya
    Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,"- dalam berita kat atas
    jadi siapa dalang selebihnya yang buat keluar wang haram berjumlah ratus bilion tu.

    kesimpulan
    kerajaan umno bn hanya menpergunakan SPRM untuk  menutup mata rakyat tentang rasuah dan wang haram yang dikaitkan dengan mereka  dengan menangkap pegawai kastam. sedangkan kroni-kroni mereka atau diri mereka sendiri bebas tanpa sebarang gangguan atau dilihat bersih. dan isu kastam ini dapat memberi sedikit modal untuk penyokong umno bn untuk berujah tentang aliran yang haram malaysia dan najib anti rasuah. padahal isu penangkapan kastam oleh sprm adalah untuk mengaburi mata rakyat. gua harap korang boleh faham sebagaimana yang gua faham. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint