Pakar Tiada Jawapan Kenapa Rosmah Gemuk

Posted on
  • Sunday, April 3, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Mengapa Wanita Melayu Kini Gemuk-gemuk?

    Beberapa orang yang dihubungi Berita Minggu berkata, wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka.

    Mereka bagaikan bersenam setiap hari.

    'Anda tanyalah ibu bapa atau datuk nenek anda. Wanita kita dahulu, kalau membasuh pakaian, mereka gunakan tangan. Mereka berus dan sental pakaian yang dicuci itu dengan sabun buku sampai berpeluh- peluh... setiap hari.

    'Setiap pagi dan petang, mereka mengemas rumah dan menyapu halaman dengan penyapu lidi.

    'Pasar masa itu pula jauh dari rumah. Setiap pagi kita boleh lihat ramai wanita kita menggendung bakul, berjalan kaki ke pasar sampai mengeluarkan peluh yang banyak.

    'Baik juga mereka jalan kaki. Paling banyak, mereka naik beca,' kata seorang wanita berusia 60-an tahun yang tidak mahu namanya disebutkan.

    Taraf kehidupan yang lebih rendah pada masa lalu juga bermakna orang Melayu ketika itu kurang makan dan mereka juga tidak bergantung kepada pembantu rumah untuk melakuan kerja-kerja rumah mereka.

    Makanan seharian mereka pada masa itu hanyalah nasi, sayur dan ikan... ada masanya cuma nasi dan kicap sahaja.

    Daging dan ayam, pada masa itu, merupakan makanan mewah yang hanya dapat mereka nikmati sekali-sekala.

    Mereka makan di luar hanya apabila dapat gaji pada penghujung bulan. Itupun tidak ramai yang mampu berbuat demikian.[SELANJUTNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    pakar kata gemuk pasal tak buat kerja atau senaman
    yang masalahnya rosmah semua kerja orang pon dia bolot
    bukan setakat kerja, sukan, poco-poco pon rosmah layan
    bukan itu je, sebelah petang rosmah berkebun
    sampaikan hasil kebun rock melon dia rm 600K
    petani biasa sampai mati pon takkan dapat hasil sebanyak tu
    kalau tanah hanya seluas kebun rosmah
    tapi yang peliknya
    rosmah tak juga slim
    kesian kat najib 
    selalu mimpikan yang slim melim. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint