Mahathir Gembira Buku Memoirnya Dapat Sambutan Menggalakkan
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.
"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di sini Ahad malam.
Beliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi.
"Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.
Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.
Sementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.
Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.
Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.-- BERNAMA
Fortran@
kahkahkah
bukan semua pembeli buku mahathir ni pemuja mahathir
mereka beli sekadar nak tahu apa yang mahathir kelentong
lepas tu mereka pakat ramai- ramai tibai mahathir. kahkahkah
selanjutnya baca kat sini
0 comments:
Post a Comment