Umno Ajar Rakyat Sarawak Main Isu Perkauman

Posted on
  • Monday, April 11, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Poster Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Baru Bian yang diketengahkan sebagai "bakal ketua menteri Sarawak" didakwa diedarkan di kawasan majoriti Melayu-Melanau selepas perkara itu diumumkan Pakatan Rakyat kelmarin.

    Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri mendakwa, tindakan itu bertujuan menakut-nakutkan pengundi kelompok itu memandangkan ketua menteri sekarang, Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah dari kalangan mereka.

    "Poster ini tidak ditampal tetapi diedarkan terus ke tangan pengundi dari rumah ke rumah," jelas Azmizam sambil mendakwa ia diedar di hampir semua kawasan Melayu-Melanau.

    Poster biru muda berukuran tabloid itu memaparkan Baru sedang tersenyum dengan tulisan "Baru Bian calon ketua menteri Pakatan Rakyat" tertera di atasnya.

    Sementara itu, calon PKR di Satok Ahmad Nazib Johari mendakwa mengesan poster itu di sekitar perkampungan Melayu di Petrajaya dan Jalan Keretapi di Batu Kawa kira-kira seguni banyaknya.[SELANJUTNYA]

    Fortran@
    kahkahkah
    sedarlah wahai umno
    rakyat sarawak benci/jijik sama kamu
    balik lah ke semenanjung
    balik lah ke tempat asal usul mu
    jangan lah dok jadi jembalang kat sana
    hujan batu dinegeri orang
    hujan tahi dinegeri sendiri. kahkahkah
    umno ingat orang sarawak ni suka main isu perkauman
    macam kat semenanjung ke?
    sedarlah wahai umno
    isu perkauman tak ada faedah sikit pun
    tak menjana minda walau sedikit
    tinggallah isu perkauman ini
    kepada mamak mahathir yang mengaku melayu. kahkahkah


    RACISM is so yesterday

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint