Masalah Anwar merugikan rakyat.

Posted on
  • Friday, April 29, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Oleh : AdukaTaruna


    Gua dah lama berbulu sebenarnya nih. Hari ni gua nak lepaskan perasaan gua. Yang tak setuju, gua respek. Yang setuju, gua ucapkan terima kasih. Lagi berbulu apabila Hadi tidak dilihat alternatif kepada Anwar oleh majority rakyat Malaysia. Kalaulah Nizar (contoh je ni bai. Jap lagi Rusila tuduh gua dibayar Nizar plak) diletakkan PAS sebagai Presiden, dah lama orang tak peduli kepada Anwar yang banyak masalah tu.

    Tak payah nafila.. semua masalah Anwar berpunca dari Anwar sendiri. Lu ingat Allah zalim ke? Saiful tu siapa yang lantik dia jadi kopi boy kalau bukan Anwar sendiri? Yang pukimak2 PKR lompat tu siapa yang lantik kalau bukan Anwar sendiri? Si budak banduan yang berpaling tadah tu siapa yang bawa masuk sebagai pembantu peribadi khas teristimewa kalau bukan Anwar sendiri? Bull shit! Kalaulah gua menumpang perjuangan PKR, 10 kali lebih tinggi keperluan gua langgar Anwar daripada Hadi Awang.

    Lillahitaala.

    Masalah Anwar merugikan rakyat.

    Bai semua. Lu tengok semua blog yang wujud. Dari 10 blog, 9 kena backing hasil haram jadah Anwar. Berapa orang yang backing isu rakyat? Ambil contoh Lynas. Hidup mati rakyat Pahang. Masa depan risiko anak2 cucu Pahang. Berapa persen kekuatan jentera Pakatan Rakyat berikan kepada isu Lynas, isu royalty Kelantan, isu bunuh saksi, berbanding isu seks Anwar. Sama ada tipu atau benar, tuduhan liwat datangnya dari kelemahan Anwar sendiri. Tuduhan seks datangnya dari Anwar sendiri. Eskay tu member kamcing Anwar sendiri. Nak tengok menantu, tengok siapa member kamceng dia.

    Apa yang susah sangat bersumpah?

    Baik. Gua tak nafi pendapat ulama berkenaan yang dituduh tidak perlu bersumpah. Tapi soalan gua :
    1. Adakah Anwar jatuh hukum murtad seandainya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat?
    2. Adakah Anwar jatuh hukum neraka seandainya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat?
    3. Adakah Anwar jatuh hukum syirik seandainya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat?


    Jika jawapannya adalah TIDAK, salahkah bersumpah untuk meredakan sekurang2nya 50% beban isu kepada media sokongan. Media sukarela? Apa penakut sangat?

    Sumpah sahajalah. Lebih setengah hujah UMNO akan terbunuh. Jentera sokongan PR boleh tumpu isu rakyat. Bukan isu moral Anwar yang tak sudah2. Sendiri lantik jambu dengan jawatan2 cibai, sendiri buat masalah, semua pula kena fokus selesaikan lu pulak. Bull shit punya elitis.

    Lu orang berjuang demi Allah ke demi Anwar?

    Lu orang.. gua nak tanya. Memanglah untuk berakhlak mulia secara konsisten dan bersifat sempurna adalah mustahil pada kita. Tapi at least lu kena faham tujuan lu diciptakan. Hidup mati lu, ibadah solat lu, adalah kerana Allah. *Selagi akidah lu faham dan gigit, dosa2 kita dengan Allah, Allah tak hairan sangat. Sebutir molekul pun Allah tak terjejas dengan dosa lu atau dengan kebaikan lu.

    Begitu juga dengan perjuangan, dengan penulisan. Dalam tajuk kecil sumpah Saiful misalnya, gua nasihati diri gua sendiri pertamanya, isteri, adik2 gua dan kaum keluarga gua keduanya, seterusnya kepada lu orang semua, jangan perlekehkan keberanian dan hak Saiful untuk bersumpah.

    Jika lu orang perlekeh atas tajuk mendatangkan 4 saksi, makan karipap, umur 60 liwat umur 20, bla bla bla, insyaallah masih berada dalam kebenaran. Tetapi kalau memperlekehkan hak dia bersumpah, keberanian dia bersumpah, bagaimana jika benar Saiful adalah mangsa, sedangkan lu tidak tahu keadaan sebenar?

    Sama ada Saiful benar atau salah, hak dia bersumpah, keberanian dia bersumpah, jika lu perlekehkan, lu sedang memperlekehkan satu kaedah Islam. Sama ada tepat atau tidak mempergunakan sumpah itu isu kedua. Isu pertama ialah bersumpah adalah salah satu kaedah yang dianjurkan Islam.

    Orang bukan Islam belajar sudut yang salah daripada lu orang semua. Di sini lu perlu timbang semula. Selama ini, hidupnya lu atas dunia ini adalah kerana Allah atau kerana jenama atau kerana tokoh? Skang kita kembali semula kepada ayat yang gua tanda (*). Jangan sesekali syirik kepada Allah dengan meletakkan Hadi Awang atau Anwar Ibrahim lebih tinggi dari tujuan lu dilahirkan. Jangan asal Anwar, lu backing apa sahaja. 


    Jangan asal Hadi Awang lu jilat sampai bersih.

    Lu tanya Anwar itu kenapa takut sangat bersumpah jika bersumpah itu tidak memurtadkan beliau.
    Lu tanya Anwar itu kenapa takut sangat bersumpah jika bersumpah itu tidak mengesahkan neraka beliau.
    Lu tanya Anwar itu kenapa takut sangat bersumpah jika bersumpah itu tidak mensyirikkan beliau.


    Bai semua... selama ini kalau lu tolak pandangan gua, pun takda masalah sebab gua bukan ahli nak ulas ikut kefahaman agama. Selama ini pun, gua ingat gua sorang sahaja yang menyampah dengan sikap penakut Anwar untuk bersumpah. Kali ni gua jumpa ini :

    Sumber : Anak Seberang

    MAZA: Anwar Perlu Sumpah Muhabalah & Berundur Dari Politik Negara


    Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.

    Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

    “Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

    “Saya pun tidak tahu kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Malah, mereka turut sanggup bersumpah laknat di hadapan Kaabah kerana yakin pelaku adegan seks dalam video itu merupakan Anwar.

    Mohd. Asri sekali lagi menegaskan, Anwar patut memikirkan secara serius untuk segera berundur daripada arena politik negara kerana isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah kompleks dan berulang-ulang.

    “Pengunduran Anwar (sebagai pemimpin pembangkang) amat perlu bagi memberi nafas baru kepada senario politik tanah air, kerana sekarang kita terus disuap dengan berita ‘dalam kain’ yang amat tidak sihat,” katanya.

    1 comments:

    Anonymous said...

    Salam,

    Bukan mahu berjuang atas Anwar, Hadi atau mana2 manusia lain, cuma ingin memberi sedikit pandangan...

    "Sebutir molekul pun Allah tak terjejas..." - Allah ada molekul ke? Jaga2 di sini... jgn niat baik memberi teguran, tetapi asas tauhid kita abaikan...

    "Sama ada tepat atau tidak mempergunakan sumpah itu isu kedua. Isu pertama ialah bersumpah adalah salah satu kaedah yang dianjurkan Islam." - Kalau camtu, bolehlah solat maghrib, time subuh... Atau bolehlah solat asar nanti aku solat tanpa wudhu'...

    Memang bersumpah itu ada dalam ajaran Islam, tetapi di mana dan untuk apa, tujuan, siapa yg boleh diterimapakai, dan sebagainya mestilah mengikut tertib dan tatacara Islam itu juga...

    Jgn ambil pandangan Dr Maza sahaja (ini bukan menyanggah kebenaran hujah beliau), byk pendapat ulama lain yg menasihati menjauhi amalan bersumpah ni... "Google" je kat internet... Kita fahami dan renungkanlah isi hujah kedua2 pihak...

    "Bai semua... selama ini kalau lu tolak pandangan gua, pun takda masalah sebab gua bukan ahli nak ulas ikut kefahaman agama." - itulah sebabnya kalau kita bukan ahli kepada ilmu itu, elakkan dari memberi pandangan guna ilmu tersebut... Berilah pandangan menurut ilmu yg kita sendiri fahami...

    Sekadar teguran ikhlas... maaf jika terkasar bahasa... Wassalam.

    -Hamba Terluka-

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint