ESOK BURUH BANGUN BERJUANG - SATU MAY

ESOK PAGI HARI BURUH DI KUALA LUMPUR


semua dijemput hadir
berkumpul di stesen chow kit
kemudian berarak ke dataran merdeka

satu deklarasi buruh
akan di bacakan

anak muda semua bangsa
kaum buruh semua bangsa
bersatulah!


HARI BURUH ESOK DI KUALA LUMPUR
DI IRAQ













KAUM BURUH DAN ANAK MUDA BANGULAH!



INGATILAH

setiap kali lagu ini dimainkan
setiapa kali aku mendengarnya
adalah seratus tahun perjuangan
adalah seratus tahun perebutan

seribu tahun lagi
lagu ini akan berkumandang
dan dunia ini adalah milik anak muda! [TT]




Fortran@:
belum apa-apa dah bagi amaran
boleh baca SINI




Read More...

Dari hero seks jadi hero belit


“Itu tidak benar. Jawapan saya itu telah diputarbelitkan. Itu kerja parti pembangkang DAP dan sebab itu saya mengatakan parti itu memang pakar dalam hal ini,” katanya dipetik media hari ini. 

Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu. 

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya. 

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau. 

Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN). 

Bagaimanapun katanya, janji-janji PR memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan. 

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

Fortran@
kahkahkah
faham betul-betul
soi lek tipu melayu
bila dah kena hentam sama melayu terus belit
dan salahkan dap
sedangkan itu yang dia cakap dalam video
ni la akibatnya bila terlalu hampir dengan mamak kimma
mamak mahathir dijadikan pujaan
hasilnya jadi macam ni
kalau dulu nama soi lek gah diangkat sebagai hero porno
tapi sekarang dah jadi hero belit. kahkahkah

Read More...

Najib perkenal anugerah untuk Rosmah


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan memperkenalkan anugerah khas iaitu Tokoh Wanita Melayu Terbilang bagi menghargai peranan dan sumbangan kaum itu kepada negara.

Kata Presiden UMNO itu, anugerah tersebut merupakan penambahbaikan kepada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 yang dijadualkan pada 11 Mei ini.

Najib menjelaskan, majlis sambutan ulang tahun UMNO sebelum ini hanya memberikan anugerah kepada Tokoh Lelaki Melayu Terbilang sahaja.

''Bagaimanapun nama-nama penerima anugerah tokoh ini akan dirahsiakan sehinggalah pada malam majlis sambutan berkenaan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.

Fortran@
kahkahkah
terbilang
fat lady of malaysia
memang rosmah layak jadi wanita melayu cemerlang, gemilang dan terbilang
jadi petani dapat hasil rock melon rm600 ribu
noh omar wajib belajar dengan rosmah

jadi menteri pelajaran ambil alih tempat mat sembab
pasal mat sembab tak buat kerja
jadi menteri keluarga ambil tempat shahrizat
shahrizat tak layak jadi menteri hal ehwal keluarga
pernah tengok gambar shahrizat bermesra bersama keluarganya macam rosmah?

yang paling penting rosmah jadi pm
ambil tempat isterinya yang banyak masalah
rosmah sanggup berkorban sampai anak dan cucu sendiri pun tak dipedulikan
dan rela menanggung beban menguruskan semua jawatan ini
walaupun dia di kritik oleh pihak pembangkang yang dengki kepada nya

rakyat malaysia sepatutnya bersyukur
kerana ada seorang pemimpin yang berjiwa rakyat macam rosmah. kahkahkah

fat lady tak terima jemputan ke?
Read More...

Kita Semua Sedang Menanti Bala

oleh: MSO

(kemaskini) TANPA kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat atas kecelakaan yang kita undang sendiri. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka.

Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas tali pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api.
Apa pula menyala dan marak menyala dengan ganas dan rakus. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini.

Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaan yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan di tengah pkerjalanan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan.

Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini.

Bangsa Mekayu tanpa sedar dikifarahkan oleh Allah. Kita sebenarnya sedang menanggung kemusnahan, menanti bumi hancur sahaja lagi.

Agama, budaya, peradabatan kita sudah jahanam. Orang Melayu sudah tidak ada 'basa', akal budi dan maruah lagi. Semuanya sudah ditelanjangkan dan kemaluannya dilihat sendiri. Keaibannya digantung di muka pintu rumahnya. 

Kita semua sudah menutup rapat pintu syurga dan membuka pintu neraka. MasyaAllah. Tangan kita semua telah kita satukan untuk membuka penyelak pintu neraka dan sedang membimbing tangan anak beranak menuju ke dalam kilauan apa haram.

Apakah tuhan menyediakan neraka sebahagiannya untuk bangsa Melayu? Kenapa tidak, kita mengaku beriman tetapi tidak berpegang kepada agama. Kita mengakui Islam tetapi tidak mempunyai tingkah laku sebagai orang Mukmim.

Mekayu menjadi bangsa penzalim, pendendam dan pemakan daging sendiri. Melayu rela dan tergamak mengkhinati sesama sendiri. Tidak ada kasih sayang lagi sesamanya. Tidak ada lagi hormat menghormati. Tanpa kita insaf dan sedar kitalah membunuh segala akal budi itu.

Manalah ada maruah lagi, bila kita selek dan tunjukkan semua kejelakan dan kehuduhan diri kita. Kita pertunjukkan sifat buruk bangsa kita kepada dunia.

Orang Melayu sebenarnya sudah dedil, merasa apa yang dilakukannya sudah baik, terhormat dan bijak.Sebenarnya ianya bodoh sebodohnya.
bangsa yang menjadi agen penyebar fitnah.

Menuduh di antara satu sama lain menjadi pembunuh, pengkhianat, pemaksiat dan penggali kubur bangsa sendiri. Melayu tidak tahu malu kepada kawan dari kaum dan keturunan lain. Semuanya kebejatan dan kejekkan bangsa Melayu sudah melakukannya.

Apa yang tidak berlaku lagi? Pembunuh fizikal, pembunuh karektor sudah pun berlaku dan ia akan terus berlaku sampai tertutupnya pintu  syurga.

Kenapa ini berlaku kerana tamak haloba. Orang Melayu menjadi temoo   kepada kuasa. Melayu yang jahil mengira kuasa dan kedudukan adalah kemuncak pencariannya dalam hidup.

Inilah Melayu yang saya selalu anggap suku manusia di dunia ini yang separuh masak. Bangsa yang cerdik tidak boleh ditunjang dan bodohnya serta bebal tidak boleh diajar.

Duhai orang Melayu semua sedarlah. Kepada yang tidak mahu mengalah dan berdengki, mengalahlah kerana dengan tindakan anda boleh membaiki sedikit maruah Melayu. Sebelum pintu neraka terbuka luas dan ensalnya lokah mari kita berdoa dan memohon keampunanNya.

Tuhan masih ada sisa kemaafan untuk kita, marilah. Jangan khianati amanah Allah kepada kita. Marilah berubah sebelum Tuhan menarik balik atas segalaa nikmat yang kita tidak syukuri kerana kita merasai hebat. Marilah kita semua kembali sedar tanpa membuat sumpah laknat.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati setiap hambaNya. Saat memanti kuliah Tok Guru bermula.
Read More...

Zambry bagi amaran pada diri sendiri


Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kesal dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kerana menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada semua agensi kerajaan negeri agar memaklumkan butiran perjanjian yang ditandatangani.

“Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MoU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

“Walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan,” kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online hari ini.

Tambah beliau, walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Fortran@
kahkahkah
haram jadah punya mb
kelmarin cakap tak tahu
hari ni bagi amaran kat diri sendiri
yang bangang punya zambry ni
dia pengerusi pknp tapi tak tahu hal pknp
hanya pandai rampas je
nak jaga tak pandai
zambry patut letak jawatan sebab bangang


nota tt:
kalau kes besar macam ini mb tak tahu
kes rampas tanah orang kampong
di kampong masjid pangkok
malaon ini tahu tak?

mesti tahu kerana tanah itu
dimiliki oleh penyokong parti pas
sesudah tanah ini dirampas
maka tanah ini akan di hadiahkan
kepada penyokong gerombolan
inilah kerja mangkok besar
di pangkor kah kah kah
Read More...

Soi Lek Tipu Melayu

PAHLAWAN 
SOI LEK SANGGUP UNDI PKR JIKA SEDIA MANSUH HAK MELAYU - minsider

Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..MAIN POKER INI TARUH SEMAKIN TINGGI…. kah kah kah..

kah kah kah…INI BUKAN UP NAK TENGOK DAUN…. kah kah kah..

kah kah kah…. CUKONG INI NAK ROYAL FLUSH…. kah kah kah..

kah kah kah…PICTURE PICTURE TAK MAIN…. kah kah kah..

kah kah kah…INI LAH TANDA TANDA AKHIR ZAMAN UNTUK KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah…. CUKONG INI CUBA PERANGKAP PKR…. kah kah kah..

kah kah kah…. TAPI YANG DI MAKSUDKAN IALAH GEROMBOLAN WAJIB HAPUSKAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah.. KALAU TIDAK CHINA DAN INDIA LARI KE PAKATAN…. kah kah kah..

nota:
pergi mampooslah hak istemewa melayu
bukan ada pun kita dapat hak intemewa itu
lachaoowoo hak istemewa
naik bas kena banyar sama
beli garam harga sama

malah kena tipu siang malam

nota:
orang melayu ini dimimpi mimpikan
dengan hak keistemewaaan
lachowww ada hak keintemewaaan
tanah habis di rompak cukong
tanah penjara pudu cokungh ambil
bukit genting cukong ambil
stesen leterik cukong punya
stesen tv nandek punya
lachowww ada keistemewaaa

yang istemewaas ialah orang melayu
senang kena tipu kah kah kah

nota:
soi lek ini nak tipu melayu laaa
kah kah kah [TT]
Read More...

1Malaysia jadi 1Bangang

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada gimik politik pembangkang kerana hanya Kerajaan Pusat yang boleh memansuhkan akta berkenaan.

"Saya mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menggunakan peluang di Dewan Rakyat untuk membincangkan peruntukan memansuhkan ISA.

"Abdul Khalid bukan sahaja tidak tahu menggunakan platform (yang betul) malah dianggap gila kuasa kerana undang-undang hanya boleh dimansuh dengan sokongan majoriti di Dewan Rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Noh mengulas keputusan kerajaan PKR Selangor meluluskan peruntukan RM600,000 untuk melaksanakan kempen memansuhkan ISA yang dijangka bermula bulan depan.

Beliau berkata, rakyat Selangor seharusnya dapat menilai tindakan yang dilakukan kerajaan negeri itu adalah sesuatu yang sia-sia.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula mendesak kerajaan PKR Selangor menunaikan janji-janjinya kepada rakyat dan bukan menyalahgunakan duit rakyat untuk kempen itu.

"Orang ramai boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri itu jika mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut," ujarnya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula berkata, parti pembangkang 'cakap tidak serupa bikin' apabila sering menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perbelanjaan berhemat sedangkan mereka melakukan sebaliknya.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, tindakan kerajaan negeri itu menunjukkan sikap pembangkang yang sanggup menggunakan wang rakyat untuk menentang akta yang diwujudkan demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.


Fortran@
kahkahkah
betul-betul bangang
pendapat 1 malaysia juga diambil kira
oleh kerana utusan amalkan 1melayu, 1bumi dan ketuanan melayu
maka  kenyataan melayu lebih banyak dari kaum lain
melayu beri dua kenyataan, cina satu dan india satu

fahami betul-betul kenyataan noh omar
memanglah kuasa ditangan kerajaan pusat
sebab tu la kerajaan selangor buat kempen
supaya semua rakyat  sokong pakatan
bila pakatan dapat perintah kerajaan pusat
maka isa pon akan dihapuskan
takkan yang ni pon bodoh tak boleh pikir

pemuda mic ni malas membaca
sebab tu jadi bangang
hapuskan akta zalim adalah janji pakatan
dan telah diterangkan oleh mb khalid
pemuda mca ada sedikit kecerdikan berbanding pemuda mic
mungkin sebab pangkal namanya ada Datuk dan Dr
tapi dia tetap ada sedikit kebodohan
dia nak bandingkan kerajaan bn dan kerajaan pr berbelanja
nak bandingkan sistem tulus dengan sistem boros atau kroni
dia harus sedar tander iklan ni secara terbuka
kalau harga barang tu rm 1000 tak akan jadi rm 10000 macam kerajaan bn amalkan

yang paling bangang bila baca kenyataan puteri umno
walaupun ada datuk kat hadapan
tapi bangangnya melebihi pemuda mic yang malas membaca
muncul dan ghaib secara tiba-tiba
yang kena tahan dalam isa bukannya pengganas
tapi oku, aktivis dan ahli politik pembangkang
bukan untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat
tapi untuk kesejahteraan umno bn
umno bn suka akta zalim sebab mereka pon zalim. kahkahkah
Read More...

Masalah Anwar merugikan rakyat.

Oleh : AdukaTaruna


Gua dah lama berbulu sebenarnya nih. Hari ni gua nak lepaskan perasaan gua. Yang tak setuju, gua respek. Yang setuju, gua ucapkan terima kasih. Lagi berbulu apabila Hadi tidak dilihat alternatif kepada Anwar oleh majority rakyat Malaysia. Kalaulah Nizar (contoh je ni bai. Jap lagi Rusila tuduh gua dibayar Nizar plak) diletakkan PAS sebagai Presiden, dah lama orang tak peduli kepada Anwar yang banyak masalah tu.

Tak payah nafila.. semua masalah Anwar berpunca dari Anwar sendiri. Lu ingat Allah zalim ke? Saiful tu siapa yang lantik dia jadi kopi boy kalau bukan Anwar sendiri? Yang pukimak2 PKR lompat tu siapa yang lantik kalau bukan Anwar sendiri? Si budak banduan yang berpaling tadah tu siapa yang bawa masuk sebagai pembantu peribadi khas teristimewa kalau bukan Anwar sendiri? Bull shit! Kalaulah gua menumpang perjuangan PKR, 10 kali lebih tinggi keperluan gua langgar Anwar daripada Hadi Awang.

Lillahitaala.

Masalah Anwar merugikan rakyat.

Bai semua. Lu tengok semua blog yang wujud. Dari 10 blog, 9 kena backing hasil haram jadah Anwar. Berapa orang yang backing isu rakyat? Ambil contoh Lynas. Hidup mati rakyat Pahang. Masa depan risiko anak2 cucu Pahang. Berapa persen kekuatan jentera Pakatan Rakyat berikan kepada isu Lynas, isu royalty Kelantan, isu bunuh saksi, berbanding isu seks Anwar. Sama ada tipu atau benar, tuduhan liwat datangnya dari kelemahan Anwar sendiri. Tuduhan seks datangnya dari Anwar sendiri. Eskay tu member kamcing Anwar sendiri. Nak tengok menantu, tengok siapa member kamceng dia.

Apa yang susah sangat bersumpah?

Baik. Gua tak nafi pendapat ulama berkenaan yang dituduh tidak perlu bersumpah. Tapi soalan gua :
1. Adakah Anwar jatuh hukum murtad seandainya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat?
2. Adakah Anwar jatuh hukum neraka seandainya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat?
3. Adakah Anwar jatuh hukum syirik seandainya mempertahankan diri dengan bersumpah laknat?


Jika jawapannya adalah TIDAK, salahkah bersumpah untuk meredakan sekurang2nya 50% beban isu kepada media sokongan. Media sukarela? Apa penakut sangat?

Sumpah sahajalah. Lebih setengah hujah UMNO akan terbunuh. Jentera sokongan PR boleh tumpu isu rakyat. Bukan isu moral Anwar yang tak sudah2. Sendiri lantik jambu dengan jawatan2 cibai, sendiri buat masalah, semua pula kena fokus selesaikan lu pulak. Bull shit punya elitis.

Lu orang berjuang demi Allah ke demi Anwar?

Lu orang.. gua nak tanya. Memanglah untuk berakhlak mulia secara konsisten dan bersifat sempurna adalah mustahil pada kita. Tapi at least lu kena faham tujuan lu diciptakan. Hidup mati lu, ibadah solat lu, adalah kerana Allah. *Selagi akidah lu faham dan gigit, dosa2 kita dengan Allah, Allah tak hairan sangat. Sebutir molekul pun Allah tak terjejas dengan dosa lu atau dengan kebaikan lu.

Begitu juga dengan perjuangan, dengan penulisan. Dalam tajuk kecil sumpah Saiful misalnya, gua nasihati diri gua sendiri pertamanya, isteri, adik2 gua dan kaum keluarga gua keduanya, seterusnya kepada lu orang semua, jangan perlekehkan keberanian dan hak Saiful untuk bersumpah.

Jika lu orang perlekeh atas tajuk mendatangkan 4 saksi, makan karipap, umur 60 liwat umur 20, bla bla bla, insyaallah masih berada dalam kebenaran. Tetapi kalau memperlekehkan hak dia bersumpah, keberanian dia bersumpah, bagaimana jika benar Saiful adalah mangsa, sedangkan lu tidak tahu keadaan sebenar?

Sama ada Saiful benar atau salah, hak dia bersumpah, keberanian dia bersumpah, jika lu perlekehkan, lu sedang memperlekehkan satu kaedah Islam. Sama ada tepat atau tidak mempergunakan sumpah itu isu kedua. Isu pertama ialah bersumpah adalah salah satu kaedah yang dianjurkan Islam.

Orang bukan Islam belajar sudut yang salah daripada lu orang semua. Di sini lu perlu timbang semula. Selama ini, hidupnya lu atas dunia ini adalah kerana Allah atau kerana jenama atau kerana tokoh? Skang kita kembali semula kepada ayat yang gua tanda (*). Jangan sesekali syirik kepada Allah dengan meletakkan Hadi Awang atau Anwar Ibrahim lebih tinggi dari tujuan lu dilahirkan. Jangan asal Anwar, lu backing apa sahaja. 


Jangan asal Hadi Awang lu jilat sampai bersih.

Lu tanya Anwar itu kenapa takut sangat bersumpah jika bersumpah itu tidak memurtadkan beliau.
Lu tanya Anwar itu kenapa takut sangat bersumpah jika bersumpah itu tidak mengesahkan neraka beliau.
Lu tanya Anwar itu kenapa takut sangat bersumpah jika bersumpah itu tidak mensyirikkan beliau.


Bai semua... selama ini kalau lu tolak pandangan gua, pun takda masalah sebab gua bukan ahli nak ulas ikut kefahaman agama. Selama ini pun, gua ingat gua sorang sahaja yang menyampah dengan sikap penakut Anwar untuk bersumpah. Kali ni gua jumpa ini :

Sumber : Anak Seberang

MAZA: Anwar Perlu Sumpah Muhabalah & Berundur Dari Politik Negara


Anwar Ibrahim diminta melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat bagi menjelaskan tuduhan trio ‘Datuk T’ ke atasnya, berhubung rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

“Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti Najib bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks itu kerana ia (bersumpah) pasti dapat membantunya.

“Saya pun tidak tahu kenapa Anwar tidak melakukan sumpah itu walhal trio ‘Datuk T’ mahu bersumpah di hadapan Kaabah. Tidak perlu di Mekah sebenarnya, di tempat sendiri pun kita boleh bersumpah, tetapi di hadapan umum,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Malah, mereka turut sanggup bersumpah laknat di hadapan Kaabah kerana yakin pelaku adegan seks dalam video itu merupakan Anwar.

Mohd. Asri sekali lagi menegaskan, Anwar patut memikirkan secara serius untuk segera berundur daripada arena politik negara kerana isu yang dikaitkan dengan dirinya adalah kompleks dan berulang-ulang.

“Pengunduran Anwar (sebagai pemimpin pembangkang) amat perlu bagi memberi nafas baru kepada senario politik tanah air, kerana sekarang kita terus disuap dengan berita ‘dalam kain’ yang amat tidak sihat,” katanya.
Read More...

Wartawan gila DNA


Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

"Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

"TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.

Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

"(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

"Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya)," katanya.


Fortran@
kahkahkah
nak buat apa dna?
semua nya jadi gila dengan dna
sampaikan eskay serah dna dia
nak buat apa dna eskay?
adakah dia pernah rogol wartawan pompuan ni? kahkahkah
yang patut serah dna sebenarnya rahim tambi cik
nak tengok sama tak dengan budak yang berusia 16 tahun sekarang. kahkahkah 
Read More...

Rakyat Perak harus bersedia


“PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

“Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP  untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Fortran@
kahkahkah
ini lah akibatnya bila haram jadah
nak salahkan orang lain tapi terkena batang hidung sendiri
mamak zambry ni sedarkah apa yang dia cakap
takkan mb(haram) merangkap pengerusi pknp yang tak tahu tentang mou ni
tak habis-habis nak belit
nak jadi macam mamak mahathir
tak lama lagi semua negeri yang diperintah umno bn
akan memiliki lombong nadir bumi

khas untuk rakyat pahang dan perak
nikmatilah video kat bawah ni
sebelum video ini menikmati anda. kahkahkah

Read More...

Adakah yang bercakap ini hilang keupayaan berfikir ?

EMAIL KEPALA LUTOT

Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel 1 Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Syarikat itu menyasarkan kira-kira 5.4 juta pelanggan meskipun tiada jaminan yang kerajaan akan menggunakan khidmat e-mel disediakan pihaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, juga berkata, syarikat itu akan mengumpulkan dana tambahan menerusi terbitan isu baru bagi projek RM50 juta yang dianugerahkan kerajaan 4 April lalu.

Beliau juga mengesahkan setiap penghantaran e-mel akan menelan kos tidak lebih 50 sen.

Fortran@
kahkahkah
Pertama , kepala lutot apa hantar email kene cas 50 sen ?
Kedua , kepala tengkorak telan 50 juta , kemudian suruh orang bayar 50 sen ?
Ketiga , adakah yang bercakap ini kurang siuman atau hilang keupayaan berfikir ?

nota :
Sifirnya amat mudah . Dibawah undang2 Jalur Lebar atau lebih dikenali dgn tepat Novus Ordo Seclorum mewajibkan akses kepada semua entiti di dunia ini tanpa dibatasi sempadan .

Di dalam rukun komunikasi , siapa kawal server maka dia mengawal pengguna . Dan , siapa kawal Jerusalem, maka dia menakluk dunia.

*oleh kerana penghantaran email dikenakan 50 sen , sudah pasti di dalam inbox ada sebiji karipap inti sardin . dua kali hantar email , anda wajib menerima 2 biji karipap inti sardin . 10 kali hantar email , pasti bontot anda akan terkencet ! ah ah ah !
Read More...

[update:18 PL video] Filem 3 Mat Boroi Part 2

Mak aii.. besarnya perut

Klip video bahagian kedua yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Internet.
Read More...

JANJI DAN JANJI-JANJI

INDAH, SUCI DAN LUMAYAN
Aku telah melintasi Kampong Bakam, melintasi Kampong Jengalas, melintasi Kampong Hunai, Kampog Sepuru, Kampong Keluru Tengah – ini hanyalah nama nama kampong yang aku lintasi dalam perjalanan entah ke mana menuju ke rumah panjang. Haram langsung kaki aku tidak menjejak ke kampong-kampong ini. Yang aku lihat hanyalah papan-papan tanda tercacak di pinggir jalan.

Apakah kau telah pernah merasakan seperti apa yang aku rasakan ini? Apakah kau pernah bertanya dalam hati kecilmu siapa agaknya yang tinggal di kampong-kapong ini? Ketika senja sampai nyamuk apakah yang datang menyerang orang-orang di kampong ini? Apa makanan malam mereka? Sesudah makan apa yang mereka lakukan? Bila malam meninggi apakah mimpi-mimpi mereka?

Pertanyaan demi pertanyaan tanpa aku menemui jawapan. Soalan-soalan yang tidak mungkin kau menjawabnya.

Setiap kali aku melintasi wilayah-wilayah yang belum aku kenali – setiap kali hati aku dilanda berahi. Berahi untuk tahu tentang itu dan ini. Berahi dengan angan-angan jika aku hidup seribu tahun aku akan bermalam disetiap kampong-kampong yang aku lintasi ini.

Demi Zeus aku berkhayal setiap orang yang aku temui akan bercerita tentang itu dan ini. Bercerita tentang laut , sungai dan hutan. Aku ingin mendengar surah ular sawa dan babi hutan. Surah tentang pokok rotan dan nipah. Kesah tentang umbut dan pucuk paku. Kesah labi-labi dan kura-kura. Juga kesah perjuangan menuntut Merdeka.

Petang itu hampir jam 7 aku meninggalkan Miri. Yang aku tuju ialah Rumah Panjang Kunjan. Dua jam kemudian aku pun sampai tempat yang nak aku tuju. Rumah panjang ini bersebelahan dengan ladang sawit. Disini ada terdiri beberapa buah rumah panjang. Yang ingin kau lawati hanya sebuah rumah panjang batu sebanyak 19 pintu. 

Bila aku menapak ke pintu rumah aku mula dengar suara politikus berceramah dari alat pembesar suara yang agak garau. Aku tidak tahu siapa yang sedang berucap. Apa yang pasti diwilayah ini Pakatan Rakyat sedang mendapat sambutan yang hangat. Setiap rumah panjang yang telah aku lawati semuanya menyatakan kesediaan untuk memberikan undi kepada calon Pakatan.

Bila aku memasuki rumah panjang ini aku melihat hampir 70 orang warga Iban – jantan dan betina - sedang mendengar ceramah. Ada yang bersila dan ramai juga yang berlunjur santai menyandarkan badan ke dinding. Beberapa orang kanak-kanak berlari tak tentu hala. Untuk kanak-kanak, malam ini pastilah satu pesta yang menarik.

Aku perhatikan bahawa rumah panjang ini masih belum siap. Malah aku sendiri bersantai bersandar pada 4 kampit guni simin yang telah masuk angin dan menjadi keras.Mungkin tuan rumah keputusan duit – lalu gagal untuk menggunakan simin ini.

Untuk kamu yang tidak pernah ke rumah panjang biar aku ceritakan disini tentang rumah panjang ini. Aku melihat rupa bentuk rumah panjang ini semuanya sama – tingkap , pintu dan cat – semuanya seirama. Pada awalnya aku agak ini pasti didirikan oleh kerajaan- satu projek pembangunan desa. Bila aku bertanya-bertanya maka aku dapati anggapan aku salah.

Hampir ke semua rumah panjang di Sarawak ini didirikan tanpa bantuan kerajaan. Warga Dayak ini tolong menolong bergotong royong mendirikan tempat kediaman mereka. Sebelum rumah didirikan telah ada persetujuan ramai tentang rupa bentuk rumah ini. Bahagian luaran rumah panjang semuanya diwajibkan sama. Bahagian dalaman terpulang kepada tuan empunya rumah.

Malam itu di Rumah Panjang Kujan agak berlainan – selesai ceramah ada jamuan. Aku telah diberitahu bawa saekor babi telah dikorbankan untuk kenduri malam ini. Untuk aku ini satu yang amat menarik. Aku ingin menikmati masakan orang Dayak. 

Ada dua kumpulan – satu yang makan babi dan yang satu lagi yang tak suka makan babi. Selain dari babi masak kicap ada juga gulai ayam dan sayur umbut kelapa sawit. Untuk aku inilah pertama kalinya aku makan umbut kepala sawit. Enak. Aku menjadi hairan kenapa umbut sawit ini tidak dipopularkan di Semenanjung, walhal bila sawit dipotong pasti ada umbutnya. Malah cara Dayak memasak umbut ini amat senang - umbut direbus di campur dengan daging ayam atau babi – terbalik dunia ketika aku menikmati masakan ini.

Selesai makan aku mengintai-ingtai kalau dapat masuk untuk melihat rupa bentuk bilik rumah panjang ini. Peluang ini sampai apabila seorang perempuan Dayak membuka pintu rumahnya. Si Perempuan ini tersenyum memandang aku. Lalu aku merapati si Perempuan dan bertanya sama ada aku boleh melihat bahagian dalam rumahnya

Jelia Anak Mayang berumur lebih dari 40 tahun dengan ramah mempersilakan aku masuk. Lalu kami bersuai kenal. Perempuan beranak empat ini telah ada 4 orang cucu. Suaminya , Gon Anak Ukit kini memburuh di pelantar minyak di Kemaman. 

Bahagian dalam rumah Jelia ini masih belum siap. Telah hampir lima tahun pembuatannya rumahnya terbengkalai kerana tidak ada modal. Jelia menunjukkan bahawa dia bercita untuk menambah setingkat lagi. Hanya tangganya yang siap. Aku nampak kayu dan beluti masih bersilang seli. Mungkin kerana ini Sang Suami pergi merantau memburuh di Semenanjung

Sedang kami bersembang ayah dan ibu Jelia muncul dari dapur. Ayah Jelia – Mayang Anak Tupai telah melebihi 70 tahun. Ibu Jelia - Ika anak Engkang juga mungkin dalam angaran umur yang sama. Seperti budaya Melayu, orang Dayak juga tidak ambil pot sangat tentang tarikh lahir. Umur-umur mereka hanyalah anggaran sahaja. Konsep tarikh lahir, bulan dan tahun ini amat asing dalam budaya asli Dayak.

Kami duduk diruang tengah yang suku bahagianya telah dipenuhi oleh guni-guni padi. Aku terus membuat kesimpulan bahawa Jelia ini dari keluarga Dayak yang bertani.

‘ Aku berjalan tiga jam dari sinik baruk aku sampai ke sawah aku.’ Jelia menerangkan betapa jauhnya tempat dia bersawah. Keluarga Jelia memiliki tiga ekar sawah. Pada satu ketika dahulu Ika dan Mayang turut sama membantu di sawah. Kini mereka telah tua. Kerja-kerja ini telah diambil alih oleh anak dan cucu.

Tanah sawah di Mutab Bulau ini adalah kawasan asal rumah panjang mereka. Kawasan ini berhampiran dengan Sungai Sebuti. Hari ini masyrakat rumah panjang itu telah berpecah menjadi empat kerana tanah-tanah adat mereka telah diambil oleh kerajaan untuk dijualkan kepada ‘kompeni’. Yang tinggal hanya tanah sawah mereka.

Sedang kami bersembang tentang sawah datang pula Salba Anak Gon yang baru berumur 22 tahun dengan anaknya yang berumur 4 tahun. Salba telah dua tahun menjanda kerana Sang Suami telah lari ke Bintulu dan berkahwin baru. Salba tinggal di rumah sebelah rumah ibunya. 

Dari pemerhatian , aku anggap keluarga Dayak ini amat rapat. Menurut Jelia, ketika dia ke sawah yang menjaga orang tua dirumah ialah Salba. Kadang-kadang si Salba juga datang membantu di sawah terutama ketika musim menuai padi. Padi yang ditanam setahun sekali ini tidak dibantu dengan mesin – semuanya menggunakan tenaga manusia. 

Selain dari tiga ekar sawah ini keluarga Mayang ini ada memiliki 3 ekar sawit. Bila aku tanya berapa harga sawit Salba dengan cepat menjawab.‘ Dulu kerajaan janji seribu ringgit setan… sekarang ni hanya 640 ringgit..’

Lalu aku bertanya jenis jenis padi yang mereka tanam. Ada padi Bario yang harganya termahal, ada padi Keladi , ada padi Kenawit, padi Langsam dan padi pulut untuk membuat tuak. Bila disebut ‘tuak’ maka kami sesama ketawa kerana awal tadi aku telah bertanya dimana aku boleh membeli Langkow – sejenis tauk yang terbaik yang hanya ditemui di rumah panjang.

Jelia terus bercerita tentang zaman-zaman ini dimana mereka semuanya duduk berhampiran dengan tebing Sungai Sebuti. Ini sebelum rumah panjang mereka di pecah empat. Ini sebelum tanah adat mereka diambil ‘kompeni’. Kehidupan mereka aman damai dan lumayan. Ke hutan mencari babi dan rusa. Ada umbut dan ada buah kayu. Di sawah ada ada puyu, haruan dan bantek. Di sungai ada baung dan lampam. Zaman ini telah berakhir apabila sawit sampai.

Mayang sang Ayah telah tertarik mendengar kami berbual – terutama apabila aku ketawa terbahak-bahak. Dia membuka kaca matanya yang tebal dan berkata sesuatu kepada aku. Sayangnya aku tidak mengetahui bahasa Iban. Lalu si anak meceritakan apa yang disurahkan oleh ayahandanya. Sama seperti surah Jelia, si Ayah juga bernostalgia dengan zaman mereka hidup berhampiran denagn Sungai Sebuti. Ini dizaman Raja Brooke. Zaman sebelum Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia.

‘ Sekarang sungai banyak yang kotor…’ Aku tidak faham apakah sungai Sebuti yang kotor atau semua sungai di Sarawak yang dimaksudkan oleh Mayang. Mayang bersurah lagi tentang zaman remajanya dimana dia sering ke hutan menjerat babi dan rusa. Hutan penuh dengan rotan dan manau. Ini sebelum Taib Mahmud memporak peranda rumah panjang mereka. Si Ayah bernostalgia dizaman mereka semuanya hidup dalam satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.

Tetiba aku ingin tahu apakah padi berguni-guni ini cukup untuk makanan setahun sebelum musim menuai sampai lagi. Dengan lemah Jelia menerangkan tahun ini tuaian agak kurang. Tidak ada padi yang dapat dijual. Hanya cukup makan. Ini kerana tanpa diduga banjir telah melanggar dan kemudian kemarau pula sampai.

Oh! Rupa-rupanya iklim dunia yang panas ini juga telah melanda Dayak di Sarawak Aku hanya mendengar. Aku hanya memasang telinga dan mencatit nota kerana aku berjanji pada diri aku sendiri untuk menjadi perawi saheh yang membawa ayat-ayat suci kepada khalayk yang lebih ramai.

‘Tapi beras pulut ada untuk buat tuak. Datanglah Gawai nanti’ Jelia menjemput aku ke pesta Gawai. Aku pecah ketawa apabila mendengar jemputan gawai dan tuak. Tetapi aku tidak sanggup membuat janji atau berjanji. Lalu kami bersalaman untuk kali terakhir kerana aku tahu tidak mungkin aku akan datang sekali lagi ke sini. Yang aku bawa pulang hanyalah ingatan. (TT)
Read More...

Heyy hantu jahat!! nyah kau dari sini!

Hantu kebanggaan umno bn

“Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.

“Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

Dr Mohammad Nawar berkata aktiviti kurafat dan tahyul itu juga dilihat berkembang ke arah negatif apabila semakin banyak kes penipuan oleh bomoh, diperkosa dan dicabul oleh pengamal perubatan tradisional dilaporkan.

“Oleh itu, penerbitan filem-filem jenis ini hendaklah dihentikan atau penyiaran dan penayangannya diperketatkan kerana ia mempunyai kesan dalam mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat.

“Kerajaan perlu segera menghentikan eksploitasi penerbit filem dan drama menggunakan filem seram dan hantu untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira risiko dan kerosakan terhadap anak bangsa,” katanya.


Fortran@
kahkahkah
cerita karut/dongeng/khurafat macam ni tak de sikit pun faedah
hanya nak racun fikiran melayu supaya jadi takut dan senang diperbodohkan
contoh masa budak-budak waktu maghrib
mak gua suruh masuk rumah kalau tidak kena sorok sama hantu tetek. kahkahkah

gua percaya pada benda ghaib
kat sebelah gua sekarang ni ada malaikat dan setan
gua tak nampak mereka tapi gua yakin mereka ada
dan hantu-hantu ni merupakan setan/iblis. kahkahkah

dah la melayu ni ramai yang penakut
tambah pula dengar cerita hantu
jadilah penakut kuasa 10. 
bila ramai melayu jadi penakut senanglah untuk umno memperbodohkan mereka

persis umno cuba menakutkan dan meracuni fikiran orang melayu dengan perkataan
Jika umno hilang kuasa maka orang melayu pun hilang kuasa
khurafat!
sebab itu la umno bn suka berkawan dengan hantu masa pilihanraya
sama-sama jahat
sama-sama jadi hantu
heyy hantu jahat!! nyah kau dari sini!
Read More...

"Belum Muktamad" Muncul Kembali

Yang ni MUKTAMAD
Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah). 

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin. Ia (isu) tidak begitu susah (diselesaikan), (makanan) yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara kita tidak perlu halang (penjualannya)," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh hari ini. [Selanjutnya]


Fortran@
kahkahkah
dah lama tak dengar perkataan "belum muktamad"
biasanya perkataan ni digunakan oleh mat mongol
ingat isu judi bola?
apasal mat sembab guna perkataan ni? kahkahkah
sekarang mat sembab sedang berperang dengan mat mongol tentang 1melayu1bumi
sampaikan isu besar tentang nasi lemak ni pun di abaikan. kahkahkah
Read More...

Siapa Kata Melayu Bodoh?


Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.


Fortran@
kahkahkah
tengok muka dah tak boleh nak percaya
setakat nak tipu yang bodoh boleh la
50 sen untuk setiap email
mahal nak mampus
malaun ni cakap cam sial
ada ke patut dia cakap orang ramai tak dikenakan bayaran
tapi kerajaan je yang dikenakan bayaran
woii.. duit kerajaan tu adalah duit rakyat
jangan jadi bangang
yang ni gua pau bahagian komen

Siapa kata Melayu bodoh?
Ini lah Melayu yang cerdik..... kah kah kah

Siapa kata Melayu tak reti buat business?
Modal kecil untung besar....kah kah kah
Siapa kata Melayu lemah dalam ekonomi?
Semua rangkaian sudah disediakan ,,,, tunggu kutip wang rakyat lah
Pemasaran tiada masalah.. UMNO akan tolong

dalam hikayat abdullah, dia cakap melayu suka diperbodohkan. kahkahkah
Read More...

Saiful Bukhari Duta Baru Jamu Mak Dara


Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit. 

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar. 

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.


Fortran@
kahkahkah

woi ! dah kono entot , rilek makan karipap .
woi ! dah kono toron , rilek minum kopi .

kahkahkah

siapa bikin skrip ini ? takde kelassss langsung !
apa burung makan karipap makan lah pasta ka . spagethi ka . kappuchino ka .
baru la nampak Amerika ! ah ah ah !

inilah contoh 'mangsa liwat' yang takda kelasss
ade ke makan karipap lepas dientot. minum kopi .
woit ! kalau ikut petua dan amalan entot - entot ,
makan Jamu Mak Dara laaaa . kah kah kah !

nota:
Sekolah Termengandung Ali Rustam (STAR) wajib menerima Saiful Bukhari Azlan .
daripada menjadi manusia terbiar . ah ah ah!
Read More...

Melayu Suka Diperbodohkan

 Munsyi Abdullah dalam bukunya "Hikayat Abdullah" telah menceritakan bagaimana kelicikan dan kebijaksanaan strategi golongan penjajah dalam menguasai musuhnya. Usaha british menguasai Singapura bermula dengan tindakan Stanford Raffles membawa balik Tengku Long ke singapura dari kg penyengat, Riau dan menabalkannya sultan Singapura dgn gelaran Sultan Husin Syah Ibnul Marhum Sultan Mahmud Syah. 

Pihak British menawarkan gaji RM416 sebulan kpd Sultan Husin dan RM208 kpd Temenggung Abdul Rahman. Atas desakan dari Sulatan Husin dan Tememnggung maka gaji mereka kemudiannya dinaikkan kpd RM1,000 sebulan utk Sultan Husin dan RM700 sebulan utk Temenggung. Dengan itu ditubuhkan jawatankuasa Bersama antara Sultan Husin dan British bagi memerintah singapura. 

Tetapi hakikatnya Britishlah yg lebih banyak berkuasa sehinggakan kediaman Temenggung sendiri boleh dipindahkan British ke Teluk Belanga bagi mengelakkan pergaduhan antara org org Temenggung dgn org dari Melaka. Kemudian British mengeluarkan pelbagai peraturan baru seperti larangan membawa senjata (kecuali 12 org pegawai sultan dan 12 org pengawal temenggung), larangan berjudi ("ORG BRITISH PUN TAK KASI MELAYU BERJUDI") larangan pemakaian hamba dan sebagainya.

Di zaman Tuan Crawford, beliau telah meminta Sultan Husin menyerahkan Singapura sepenuhnya dibwah pentadbiran british dgn menawarkan gaji yg lebih lumayan RM1,300 sebulan utk Sultan Husin dan RM700 utk Temenggung disamping imbuhan segera RM30,000 utk Sultan Husin dan RM15,000 utk Temenggung diatas persetujuan tersebut. Sekiranya Sultan Husin bersetuju untuk berpindah kenegeri lain maka imbuhan tambahan RM30,000 lagi akanj diberikan kepadanya. 

Akibat dari sikap mementingkan diri, tamakan wang ringgit dan ketidakcerdikan Sultan Husin dan Temenggung maka mereka bersetuju menyerahkan Singapura kpd British. Apa yg menarik ialah Sultan dan Temenggung hanya mendapat bulanan dan sedikit sahaja imbuhan dari British bagi menyelesaikan hutang Sultan dan Temenggung kpd British. 

Akhirnya Sultan dan Temenggung sedar bahawa mereka telah diperdaya oleh British. Tetapi semunya telah terlambat seperti pepatah melayu "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna". Tinggallah Sultan Husin dan Temenggung di Singapura dgn bergelaran tetapi tiada kuasa sehinggalah akhirnya Sultan Husin berhijrah ke Melaka dan mangkat disana.

Menurut Munsyi Abdullah antara sebab utama bangsa Melayu menjadi bangsa yang "diperbodohkan" di masa lalu adalah disebabkan oleh kezaliman dan penganiyaan yg dilakukan oleh pemerintahnya iaitu raja-raja yg memerintah pada masa tersebut sehinggakan rakyatnya menjadi seumpama tanah yang tiada berbaja lagi. Akhirnya rakyat menjadi seperti pohon kayu didalam hutan di mana ditiup angin disitulah ia rebah. Seperti ikan ikan kecil menjadi makanan pula kepada ikan ikan besar.

Pada tahun 1965, Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah mnegulangi kesilapan yang sama seperti yang telah dilkukan oleh Sultan Husin dan Tmenggung Abdul Rahman dengan mengeluarkan Singapura dari Malaysia dan menyerahkanya kpd Lee Kwan Yew atas alasan Cina telah menguasai Singapura dgn 75% penduduknya adalah cina dan hanya 15% adalah melayu. Orang Cina juga dikatakan memiliki kekayaan dan telah menguasai ekonomi negeri tersebut.- sumber
Read More...
 
Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint