KUALA TERENGGANU – Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 92.68 gram pada Ogos tahun 2009.
Tertuduh Mariah Hamadi, 59, dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Ogos 2009 pada jam kira-kira 3.45 petang di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwa yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat yang berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah hasil keterangan saksi-saksi pendakwa.
Katanya, walaupun peguam bela cuba menimbulkan keraguan dengan mengatakan tertuduh hanya membawa barangan itu yang dikirim oleh seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isinya, namun mahkamah mendapati ia tidak benar. – Bernama
baca yang ni pula,
ALOR SETAR 28 Okt. - Dua lelaki terlepas hukuman mati di tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar 91.5 kilogram kanabis, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani A. Rahim memutuskan demikian terhadap pekebun, Bakri Abdul Rahim, 51, dan ahli perniagaan, Othman Puteh, 58.
Sungguhpun begitu, Hakim Zamani memerintahkan Bakri dipenjarakan 15 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan memiliki kanabis tersebut berbanding Othman yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.
Dalam pertuduhan asal, Bakri dan Othman didakwa mengedar kanabis tersebut pada pukul 10.30 pagi, 7 Ogos 2008 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jilid 4, Kuala Sungai Baru, Merbok dekat sini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan itu, Bakri didakwa mengikut Seksyen 6 akta tersebut yang dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Mahkamah memerintahkan hukuman Bakri berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada hari kejadian.
Semasa membacakan keputusannya, Hakim Zamani berharap tertuduh bertaubat dan tidak mengulangi perbuatannya itu.
"Dalam usia yang sudah melebihi 50 tahun, kamu sepatutnya lebih banyak berada di tikar sembahyang. Semasa berada di dalam penjara saya harap kamu merenung perbuatan itu supaya insaf," katanya.
Fortran@
kahkahkah
lihat undang-undang malaysia
yang ada duit di lepaskan atau hukuman kurang
yang miskin mesti mati
bukan setakat itu saja
yang edar dadah berat berpuluh-puluh kilo tak hukum mati
bukti kurang dan bermacam-macam lagi alasan
yang edar dadah berat dalam gram mesti mati
cuba perhati kes yang kedua
ahli perniagaan dibebaskan pekebun dpenjara
yang kaya bebas yang miskin penjara
bukan dalam 2 kes ni je
cuba perhati kes lepas dan kes yang akan datang
mesti dialog sama akan berulang
kenapa jadi macam ni?
bak kata tok kadi dalam cerita musang berjanggut
"undang-undang ini ana yang bikin". kahkahkah
Fortran@
kahkahkah
lihat undang-undang malaysia
yang ada duit di lepaskan atau hukuman kurang
yang miskin mesti mati
bukan setakat itu saja
yang edar dadah berat berpuluh-puluh kilo tak hukum mati
bukti kurang dan bermacam-macam lagi alasan
yang edar dadah berat dalam gram mesti mati
cuba perhati kes yang kedua
ahli perniagaan dibebaskan pekebun dpenjara
yang kaya bebas yang miskin penjara
bukan dalam 2 kes ni je
cuba perhati kes lepas dan kes yang akan datang
mesti dialog sama akan berulang
kenapa jadi macam ni?
bak kata tok kadi dalam cerita musang berjanggut
"undang-undang ini ana yang bikin". kahkahkah
0 comments:
Post a Comment