MENGANGA DAN MENADAH AMALAN KITA...

Posted on
  • Sunday, March 13, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Secara telusnya, MENGANGA dan MENADAH itulah amalan umat Melayu kini berbanding purbakala. Jalan mudah biasanya dipakaiguna tanpa berfikir panjang akibatnya KEMANJAAN semakin berleluasa. Jika umat Melayu mahukan perubahan, pe’el ini perlu dibuang sama sekali. Apakah itu pe’el? Pe’el itu adalah tingkahlaku ataupun kelakuan. Apa buktinya? Mari kita lihat satu persatu.

    CONTOH PERTAMA

    Baik, mari kita lihat Budaya Kopi di dalam Malaysia. Kita ada Budaya Kopi Barat dan kita ada Budaya Kopi Melayu/Mamak. Budaya Kopi Barat ini sering kita lihat iaitu pengasingan krimmer dan gula dari ASAS iaitu AIR KOPI. Biasanya apabila kita memesan kopi, maka kita akan diberikan KOPI KOSONG beserta set KRIMMER dan GULA. Artinya kita dikehendaki mengambil krimmer dan gula sendiri bersesuaian dengan tubuh badan kita. Jika orang yang BEKU pasti mereka mengatakan penjual atau pelayan adalah PEMALAS. 

    Sebenarnya budaya ini adalah budaya yang amat sihat. Artinya, setiap orang bertanggungjawab ke atas pengambilan kadar gula masing-masing. Jika terkena KENCING MANIS, diri sendirilah yang perlu dipersalahkan kerana diri sendirilah bertanggungjawab ke atas setiap camca gula. Jangan dipersalahkan penjual karena mereka sedang MENGHORMATI dan MENGHARGAI kasehatan kita sebenarnya. Mereka sedar bahawa pengambilan gula adalah KEBEBASAN yang perlu diberikan kepada pelanggannya. Bukankah ini satu pedoman yang baik?

    Lihat pula Budaya Kopi Melayu atau lebih ampuh lagi dikenali Kopi Mamak. Apabila kita memesan SECANGKIR KOPI, maka gula dan krimmer telah tersedia bancuh mengikut TANGAN TAHI atau TANGAN BUKAN TAHI (kanan atau kiri) si pembuat kopi. Lihat, logiknya kita hanya meminta KOPI (air kopi) sahaja bukannya KOPI BERGULA atau BERKRIMMER. Jadi MAMAK kurang faham sebenarnya, lalu diberikan KOPI BERGULA DAN BERKRIMMER. Ini salah! Ini tidak BEBAS! Artinya, mereka inilah yang sedang mengawal pengambilan gula kepada kita. Dengan berbekalkan TOPI TINGGI MAMAK dan BEBULU (dibaca bulu-bulu, bukan bebiri!) di lengan, mereka dengan selamba BADAK mencurahkan gegula mengikut kesukaan mereka dengan RIANG si rama-rama. 

    Sebelum itu, kita tersedia tahu umat Malaysia mempunyai berbagai-bagai ragam lidah. Ada lidah anak kecil, ada lidah remaja, ada lidah warga tua dan apa jua lidah yang minum melainkan LIDAH BUAYA! Maka, apakah yang akan terjadi? Hasilnya si peminum yang datangnya dari berbagai usia ini sedang DIPAKSA untuk minum AIR KOPI yang tidak BEBAS ini. Jadi untuk apa berdegar-degar melaungkan BEBAS! BEBAS! BEBAS! sedangkan minum air kopi pun dijajah. Inilah SINDROM MENGANGA dan MENADAH! Ini perlu diperbetulkan. Bagaimana? Mulakan dari rumah. 

    Amalkan budaya yang sihat ini bersama keluarga. Artinya penghormatan dan kebebasan perlu diberikan cuma kanak-kanak perlu lebih dipantau pengambilan gulanya. Si IBU lah yang lebih arif soal ini. Ini Budaya yang sangat sihat. Budaya yang tidak sihat adalah MINUM KOPI STARBUCKS. Ada nampak bezanya? Jika tidak, pergi cari MAMAK dan lagakan kepala MAMAK dengan mana-mana MAMAK yang ada. Jika MAMAK tanya kenapa, anda jawab, ‘ANDA MENJAJAH GULA SAYA!’ Jadi itu teori pertama saya.

    CONTOH KEDUA

    Umum telah tahu Malaysia adalah salah sebuah negara Penanam Sawit terbesar. Ramai yang berasal di kalangan keluarga KELAPA SAWIT. Apakah KELAPA SAWIT? Kelapa Sawit adalah sumber utama bagi barangan runcit saperti MINYAK MASAK. Jika dikaji betul-betul, ini juga salah! Apa guna kepala otak berteknologi jika KELAPA SAWIT hanya dihasilkan untuk MINYAK MASAK sahaja? Adakah rakyat Malaysia menogok MINYAK MASAK untuk hidup? 

    Adakah MINYAK MASAK barangan paling penting di meja dapur? Jika YA, saya tidak hairan kerana kita sebenarnya telah diajar supaya MINYAK MASAK dianggap sebegitu penting. Hakikat yang harus diterima, tamadun-tamadun dahulu kala tidak menggunakan minyak sawit pun untuk memasak. Mereka menggunakan kaedah rebus dan kukus dalam masa yang sama kaedah ini memberikan khasiat yang banyak berbanding makanan yang dimasak atau digoreng dengan MINYAK MASAK. Sebab itu daya pemikiran umat-umat terdahulu sangat cemerlang kerana otak mereka tidak berlemak. Jangan cerita perut, karena perut Malaysia lagi lah berMAHA LEMAK!

    Jadi apakah yang berlaku sebenarnya? Benih-benih ini dibawa dari luar oleh penjajah untuk mempergiatkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu. Mereka bawa supaya umat MELAYU boleh MENGANGA dan MENADAH minyak masak sahaja. Artinya salah satu agenda mereka adalah untuk merosakkan sistem badan dan pembuluh darah kita dengan LEMAK. Jadi mengapa kita perlu terus diperbodohkan dengan agenda ini? Saya pernah terbaca bahawasanya ada beberapa SAINTIS MUDA berhasil menemukan MINYAK SAWIT berupaya dijadikan DIESEL atau bahan bakar bagi kenderaan mahupun sistem pengangkutan. Jadi, mengapa ini tidak dikomersialkan? Mengapa ini disenyapkan? Mengapa ini tidak dijual? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

    Saya ada seorang kawan yang baik hati. Beliau bekerja sebagai Penyawit Buah Sawit. Beliau pernah bersurah bahawa jika projek BIODIESEL ini menjadi, maka buah sawit akan mengalami peningkatan harga! Satu tan sawit dijangka mencapai RM 1200. Pada ketika ini, satu tan sawit berharga sekitar RM 500 – RM 600. Artinya kenaikan dua kali ganda akan berlaku di sini. Lalu, mengapa ini tidak dikomersialkan sepantas mungkin? 

    Saya ada satu hipotesis di sini. Ini adalah kerana ada HANTU RAYA yang tidak merelakan keadaan ini berlaku. Jika ini berlaku, maka syarikat PETROLEUM akan bungkus seperti KELAWAR TERGANTUNG! Jika ini diperkenalkan, maka kroni-kroni PETRONAS tidak akan dapat membaham lagi KEUNTUNGAN yang luarbiasa. Siapa kroni PETRONAS? Sila periksa Lebai Google. HANTU RAYA ini tidak rela dan tidak bisa melihat PENEROKA menjadi KAYA-RAYA jika satu tan buah sawit berharga RM 1200! HANTU RAYA ini sangat SAKIT HATI karena HANTU RAYA ini manalah reti menyawit. Apa yang mereka reti hanyalah bercakap dengan MATEMATIK sahaja. 

    Mengapa harus menjadi BODOH bergantung kepada PETROLEUM? Mengapa harus menjadi BEBAL sedangkan MINYAK MENTAH semakin habes? Mengapa harus menjadi DUNGU terus dibelenggu dengan kenaikan harga petroleum sedunia? Pada ketika saya menulis ini, paras harga minyak mentah sedunia setong telah menjejaki USD 84.16! Artinya graf kenaikan harga ini semakin menaik berbanding sebelumnya. Jadi mengapa kita diteruskan menjadi BODOH untuk tidak melihat perkara ini? Begitu banyak SAINTIS kita apakah mereka tidak cukup pandai untuk menghasilkan minyak sawit sebagai bahan bakar kenderaan? Jadi, harus tunggu sampai bila? Harus tunggu sampai perut bumi tidak lagi mengeluarkan minyak? Fikirkan mengapa.. Ini tidak lain tidak bukan karena di negara kita ada HANTU RAYA yang MAHA PONTIANAK. Apakah kerja PONTIANAK? Bidang tugas dan fail meja PONTIANAK adalah MENGHISAP DARAH!

    Peneroka Felda terus dibelenggu hutang. Jika ini dijadikan kenyataan maka mereka akan memiliki wang yang banyak lalu hutang sudah pastilah dapat dilangsaikan. Maka, Peneroka Felda akan hidup senang, dapat pergi haji malah mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke Al-Azhar mengaji agama karena mereka akan mampu! Dari situ pula, otak anak-anak mereka akan berkembang selagi agama tidak dipisahkan. Sebelom itu, HANTU RAYA sudahpun mengkaji ini. Mereka menganggap ini adalah MIMPI NGERI yang harus disenyapkan dan ditangguhkan dahulu. Ini karena yang ada tanah dan sawit adalah peneroka bukannya BROKER. Jika keadaan ini terjadi, percayalah HANTU RAYA ini akan dibogelkan dan ditendang punggungnya masuk ke dalam sungai! Merekalah mengikat peneroka dengan hutang yang pelbagai! Ada hutang Koperasi. Ada hutang D-Mart dan ntah hape-hape lagi.

    TEORI LOGIK

    Jika anda memahami contoh yang saya berikan ini, saya ada satu contoh yang paling besar dan berbahaya! Jika minyak sawit ini dikomersialkan sebagai bahan bakar dan dikaji penggunaannya dengan baik, apakah kita memerlukan LOJI NUKLEAR? Minyak sawit akan berupaya dijadikan bahan bakar untuk menjana bapak turbin dynamo untuk penghasilan eletrik. Sebelum itu, kita perlu tahu pula apakah yang menjana Tenaga Elektrik? Tenaga Elekrik hanya akan dihasilkan melalui putaran dynamo ataupun petir. Itu teorinya! Sebab itu kita ada empangan, sebab itu kita ada loji janakuasa arang batu. Hakikatnya, arang batu digunakan untuk memanaskan dandang lalu menghasilkan wap/stim untuk memusingkan turbin. Apabila turbin berpusing, maka elektrik akan dihasilkan. Konsep ini samalah keadaannya seperti dynamo di tayar basikal untuk menjana lampu di hendal. (Biasanya basikal perempuan yang ada bakul tu).

    Jadi, satu dunia tahu yang arang batu, gas, dan petroleum semakin habes. Artinya sesuatu sumber pengganti diperlukan! Nuklear juga mengalami kaedah yang sama. Apabila tindak balas berlaku di dalam reactor, maka haba akan dihasilkan lalu memanaskan dandang. Dandang yang panas akan menghasilkan stim. Stim itu juga akan memusingkan turbin. Jadi konsepnya SAMA! Akan tetapi, keburukan Nuklear adalah sisa-sisa buangannya. Sisa buangan ini amat berbahaya dan beradioaktif! Keburukannya adalah MAHA BESAR jika kecuaian berlaku. Apakah kecuaian tidak akan berlaku? 

    Baik, jika kita tolak faktor kecuaian sekalipun, kita pergi pula ke faktor keupayaan kita. Apakah negara Malaysia mempunyai pakar dalam bidang ini? Berapa ramai? Bukan senang nak buat loji Nuklear kerana keluasannya akan MEMAKAN tanah yang sangat banyak! Jangan disamakan negara kita dengan negara yang telah maju di luar sana. Mereka telah menerokai bidang ini dan mereka punyai ratusan pakar! Itupun masih berlaku juga keburukan. Jangan pergi jauh, berapa ramai yang kita ada?

    Jika tiada, maka kita akan wajib mengambil tenaga pakar luar. Nampak apa yang akan berlaku? Lalu tarif elektrik akan dinaikkan untuk menggaji MALAON ini karena MALAON ini sudah tentu tak makan gaji cikai-cikai. Mesti mahu berjuta-juta dolar! Dan jika ini didirikan, jika ada berlaku kebocoran, maka saya sedang membayangkan negara Malaysia akan mempunyai rakyat saperti: ZOMBIE KAMPUNG PISANG!

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint