NAK TUDUH SIAPA

Posted on
  • Thursday, March 24, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Nazri: Jangan kaitkan Datuk T dengan Umo

    Kumpulan Datuk T, yang memiliki video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang, tidak ada kaitan dengan Umno, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

    Beliau berkata ini kerana tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno.

    "Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan.

    "Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan Umno," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini.

    Beliau diminta mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang mengakui bahawa mereka adalah Datuk T atau "trio".


    Fortran@
    kahkahkah
    habis nak tuduh siapa?
    nak tudah perkasa?
    nanti kejab lagi pak brahim keluarkan kenyataan
    jangan tuduh perkasa
    ketiga-tiga ni barua ahli umno
    ni pon nasib baik yb johari dedahkan
    kalau tidak sampai sekarang pon takkan mengaku
    dan kita semua harus ingat yang
    umno ni bersih tulus, seharum downy 4x. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint