51 syarikat digantung sijil pengesahan halal
PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 51 syarikat digantung Sijil Pengesahan Halal (SPH) mereka kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar piawaian halal Malaysia bagi 2010.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata daripada jumlah itu, enam syarikat ditarik balik taraf SPH oleh panel pengesahan halal dan tidak dibenarkan menggunakan logo halal.
Bagaimanapun, katanya, 23 syarikat lagi dikembalikan SPH selepas panel pengesahah halal berpuas hati dengan tindakan pembetulan syarikat terbabit sebagaimana diarahkan manakala 22 syarikat lagi masih dalam tindakan pembetulan.
"Rekod itu adalah hasil 1,384 pemantauan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 1,077 bagi kategori produk makanan, 267 premis makanan di hotel dan restoran, 38 rumah sembelih dan dua pemantauan di kawasan gudang.
"Pemantauan dibuat berikutan Jakim menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung penyalahgunaan logo dan juga sijil halal," katanya selepas menghadiri majlis penyerahan kad kuasa pelantikan penolong pengawal perihal perdagangan kepada pegawai Jakim di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, di sini, hari ini. - Bernama
Fortran@
boleh dikatakan seminggu sekali akan keluar berita macam ni
asyik2 keluarkan jumlah syarikat
kalau bagitahu nama syarikat mudah untuk pengguna
kenapa jakim tak bagitahu nama syarikat ni?
kenapa jakim tak keluarkan logo haram kat syarikat ni?
kalau tak tahu nak design logo haram
boleh pakai yang kat atas
cuma perlu edit sikit je. kahkahkah
0 comments:
Post a Comment