MIC Perak: Jangan pedulikan cakap Nazri
Pengerusi MIC Perak Datuk S Veerasingam meminta ahli parti itu jangan memperdulikan permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya MIC menyerahkan enam kerusi di Perak, kerana ia tidak mencerminkan pendirian rasmi BN.
Dalam temubualnya baru-baru ini dengan akhbar harian berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau - Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mahu MIC untuk menyerah kesemua enam kerusi negeri di Perak yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa, BN mungkin kehilangan Perak jika MIC bertanding lagi di kawasan berkenaan.
Veerasingam (kiri) menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sokongan kaum India semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam pilihan raya kecil Tenang, Merlimau and Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Oleh itu, beliau menggesa semua ahli MIC supaya mengawal kemarahan mereka dan jangan memperdulikan kenyataan Nazri itu kerana ia bukan datang dari Zambry atau Najib.
Fortran@
kahkahkah
kesian nazri
mic pon tak ambil pot apatah lagi orang lain
belum apa-apa dah nak berebut kerusi
kat atas tu banyak kerusi kosong
pilih je yang mana berkenan. kahkahkah
Fortran@
kahkahkah
kesian nazri
mic pon tak ambil pot apatah lagi orang lain
belum apa-apa dah nak berebut kerusi
kat atas tu banyak kerusi kosong
pilih je yang mana berkenan. kahkahkah
0 comments:
Post a Comment