SERANGAN KEATAS LIBYA DILULUSKAN.!

Posted on
  • Friday, March 18, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • PBB lulus usul zon larangan terbang di Libya

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 18 Mac — Majlis Keselamatan PBB lewat semalam meluluskan resolusi zon larang terbang di ruang udara Libya dan “kesemua pendekatan yang sepatutnya” — kod bagi tindakan ketenteraan — bagi melindungi orang ramai daripada serangan tentera Muammar Gaddafi.
    Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu, yang kini dikhuatiri bertukar menjadi perang saudara.

    Kebangkitan itu mendesak Muammar, yang mengetuai Libya sejak lebih empat dekad lalu, berundur segera.

    Sepuluh daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong usul itu.

    Rusia, China dan Jerman mengambil sikap berkecuali.

    Tiada undi menentang usul itu yang dibawa secara bersama oleh Perancis, Britain, Lebanon dan Amerika Syarikat. — Reuters


    Jurucakap Gaddafi: Misi PBB serang Libya ‘tidak sah, tak bermoral’

    TRIPOLI, 18 Mac — Libya berkata sebarang tindakan ketenteraan yang disokong PBB ke atas negara itu adalah “tidak sah” dan “tidak bermoral”, kata jurucakap kerajaan Muammar Gaddafi.

    “Ia tidak sah an tidak bermoral. Ia pemberontakan bersenjata.

    “Mana-mana negara akan bertindak melawan perkara ini. Mereka bertindak berdasarkan laporan-laporan media,” kata jurucakap Mussa Ibrahim bagi pihak Muammar di sini semalam.

    “Ini tidak seharusnya berlaku. Ia akan menjejaskan rakyat Libya. Ia hanya akan memperkukuhkan kedudukan dalaman sebab rakyat Libya akan ada tentera dalaman dan akan bertindak sebagai satu (pasukan),” katanya lagi.

    Di sebalik pendirian itu, Majlis Keselamatan PBB semalam meluluskan resolusi zon larangan terbang di ruang udara Libya dan “kesemua pendekatan yang sepatutnya” — kod bagi tindakan ketenteraan — bagi melindungi orang ramai daripada serangan tentera Muammar.

    Resolusi itu dilihat membuka ruang kepada sebarang bentuk tindakan ketenteraan.

    Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu, yang kini dikhuatiri bertukar menjadi perang saudara.

    Kebangkitan itu mendesak Muammar, yang mengetuai Libya sejak lebih empat dekad lalu, berundur segera.

    Sepuluh daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong usul itu.

    Rusia, China dan Jerman mengambil sikap berkecuali.

    Tiada undi menentang usul itu yang dibawa secara bersama oleh Perancis, Britain, Lebanon dan Amerika Syarikat. — Reuters

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint