MP Dihalang Dari Jumpa Najib

Posted on
  • Sunday, March 27, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Perdana Menteri melawat Muar sempena lawatan bersiri ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat.

    Er mengambil kesempatan ini untuk menghantar satu memorandum kepada PM sempena lawatannya ke bandar Muar. Dalam memorandum tersebut, Er mengungkit masalah dihadapi oleh penduduk Muar. 

    Er berharap masalah tersebut dapat diselesaikan pada masa terdekat.

    Namun begitu, pengawal peribadi PM menghalang Er daripada mendekati PM. Er ditarik dan diberikan amaran oleh pengawal peribadinya supaya tidak menghampiri PM dan menyatakan kepadanya memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka. Walaupun dihalang, Er berkeras untuk menghantar memorandum tersebut kepada PM secara peribadi dan beredar dari situ setelah PM membaca memorandumnya.

    Er amat sangsi dengan tujuan PM yang mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat. Ini kerana Er sebagai wakil rakyat kawasan Bakri mengemukakan masalah penduduk kepada PM, tetapi kedatangannya dihalang oleh pengawal peribadi PM. Sekiranya Er yang merupakan seorang wakil rakyat telah mendapatkan sambutan sebegini, bagaimanapun pula rakyat biasa yang cuba untuk menyampaikan masalah mereka kepada PM?

    Pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM dan menyatakan penyerahan memorandum tersebut boleh dilakukan melalui mereka. Tindakan sebegini telah berlawan dengan tujuan asal lawatan bersiri PM ke seluruh negara iaitu mendekati rakyat dan mendengar masalah rakyat. 

    Kebiasaannya masalah rakyat akan disampaikan oleh pegawai tempatan termasuk wakil rakyat kepada PM dan PM akan melawat kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sekiranya masalah tersebut telah diserahkan melalui pihak ketiga tanpa sebarang penerangan dan penjelasan lanjut, adakah PM akan memahami masalah rakyat? 

    Sedangkan pihak ketiga tersebut bukan berasal dari kawasan tersebut. Sekiranya tindakan pengawal tersebut adalah sah, mengapa PM harus melawat ke seluruh negara? PM hanya perlu menempatkan mereka di seluruh negara dan masalah rakyat hanya perlu diserahkan kepada mereka dan mereka akan menyerahkanya kepada PM.

    Berikut adalah kandungan memorandum tersebut:


    Fortran@
    kahkahkah
    siap buat program lagi
    kata nak dengar masalah rakyat
    rakyat didahulukan
    ini bukan rakyat bawahan macam gua yang nak jumpa najib
    tapi wakil rakyat
    lagi pon dia bukan nak buat apa-apa pon kat najib
    sekadar nak serahkan kertas je
    kecuali lah dia bawa pisau nak tikam najib. kahkahkah
    kalau bawa pisau memangl patut dia dihalang
    rakyat bawahan macam gua ni nak jumpa najib? 
    mampos hidup balik pon tak pasti boleh jumpa atau tidak
    cuba perhati orang kat sebelah kiri sekali
    macam tak puas hati je. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint