Pegawai JPJ didakwa terima rasuah RM150
KUANTAN: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM150 bagi menyelesaikan dua kes saman JPJ.
Mengikut kertas pertuduhan, P Prakash, 29, dari Kampung Jawa, Kuantan, didakwa menerima RM150 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan dua saman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Gunting Arif MZ, Cenderawasih, Kuantan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 2.25 petang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Shafinaz Shabudin.
Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.
Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam. - BERNAMA
Fortran@
kahkahkah
150 pon nak bising ka?
lihat undang rasuah dalam negara ini
biasanya kes-kes kecil kena tangkap
biasanya pegawai kelas bawah kena tangkap
akan dikenakan hukuman maksima
akan dipenjara dan akan di denda
yang besar besar
yang rasuah berjuta juta
yang rasuah berbilion
yang ini tak akan kena tangkap
yang ini selamat sepanjang hayat
kalau kena tangkap pon bukti tak cukup
mereka hanya gunakan mahkamah untuk bersihkan nama
0 comments:
Post a Comment