POLITIK SUKU AGAMA SUKU

Posted on
  • Saturday, March 26, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Video lucah dan dosa politik

    Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. 

    Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

    Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram. 

    Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini. 

    Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. 

    Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. 

    Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. 

    Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim). [SETERUSNYA]


    Fortran@
    kahkahkah
    artikel ni boleh dikategorikan sebagai bahan bacaan berat untuk penyokong umno bn
    dan kemungkinan besar ditujukan khas untuk pakatan rakyat
    supaya tidak terikut-ikut dengan tingkah laku umno bn
    yang bermazhabkan politik suku agama suku. kahkahkah
    dengan kata mudah
    dosa sebab politik tak akan dikira

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint