FOTO DALAM LOJI NUKLEAR JEPUN

Posted on
  • Friday, March 25, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Sejumlah pekerja Loji Tenaga Nuklear Fukushima Dai-Ichi (Japan Nuclear) kini sedang mempertaruhkan nyawa, berjuang untuk menyelamatkan seluruh Jepun dari krisis lebih parah nuklear.

    Mereka sedang berusaha menyambungkan kembali kabel, memeriksa peralatan, dan mendinginkan reaktor nomor 3 dan 4. Kita tidak pasti, siapakah mereka yang berani itu. Mereka hanya dikenali dengan sebutan 'Fukushima 50' atau 'Samurai Nuclear Fukushima'.

    Beberapa gambar yang diambil dari loji itu, untuk pertama kali, dunia mengetahui keadaan mereka yang bekerja dalam kegelapan dan hawa yang menyengat. Mereka mengenakan pakaian pelindung, namun dalam keadaan sedar sepenuhnya, bahawa radiasi boleh membunuh mereka.

    Sudah lima orang pekerja dilapokan mati dan 15 yang lain cedera dalam medan pertempuran Fukushima. Salah seorangnya, pengurus berusia 30-an yang ditarik keluar dari loji kerana menderita akibat radiasi yang melewati 100mSv/tahun.

    Lelaki itu berkata dia akan kembali ke logi untuk meneruskan perjuangan. "Kalau batasan radiasi dinaikkan menjadi 250 millisieverts, saya pasti akan kembali," katanya seperti dilaporkan news.com. - ek-ele


    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint