HIKAYAT YANG TAK MUKTAMAD…

Posted on
  • Sunday, March 13, 2011
  • by
  • Prolog
  • in
  • Gua Perihalkan sekecil mungkin…

    Walaupun sudah kedengaran rakyat jelata bersatu menumbangkan yang tak muktamad, yang menjadi tunggangan APCO ini, Tp ianya masih ditahap minority.

    Penafian yang tak muktamad melalui kitab tadahan rakyat jelata iaitu Berita Hairan & Utusan Meloya Berjaya mengaburi mata rakyat..

    Isi kitab ini persis memerihalkan kes Rogol tinggal. Perogol bermula dari era ke-4 dan diulang rogol era ke-5 dan ke-6. Perogol tidak dikenali sehinggalah mangsa rogol membuat laporan beserta bukti2 kukuh.!

    Mangsa menggali sedaya kudrat mencari bukti. Hal ini berjalan berpuluh-puluh tahun hingga sampai yang sudah tak muktamad. Adakah memerlukan masa sebegitu lama untuk dijaja kebodohan era2 ini kepada rakyat jelata sehingga sampai kepada yang tak muktamad ini..?

    Gua harap lu paham..

    Rakyat jelata terpana akan kesah ceritera era2 ini. Dari era ke-4 hingga sampai ke era yang terakhir yang masih tak muktamad ini. Betapa sudah lama muka mereka dipijak. Kaum tani bertanya sesama mereka.

    “Adalah ceritera serta bala ini telah lama berlangsung tanpa kita sedari.?”

    “Jika sahih. Betapa kebodohan telah lama menapak di bumi sumpahan minyak ini.” sampuk kaum tani lain.

    Betapa kaum2 tani cemas akan kehebatan era2 ini..

    Natijahnya.. Kedaulatan Negara senilai barang belian dipasaran.

    Era terakhir ini merupakan tapak kepada kesedaran rakyat jelata. Kesahihan bukti telah dibentangkan. Jika pada era2 sebelum ini tiadalah jelas akan muka penunggangnya. Maka ratibannya diragui. Namun kesamaran penunggang telah dibogelkan pada era terakhir ini..

    Tinggal lagi, peranan rakyat jelata untuk meratib sekuat mungkin isu ini supaya seantero rakyat di bumi sumpahan minyak mendengari nadanya lalu meratib sama.

    Inilah zikir yg mujarab bagi menumbangkan yang tak muktamad dan menghalau penunggangnya di arena PRU-13..

    Adalah menjadi satu kewajipan bagi melasakkan PR supaya kemenangan majority 2/3 d gelanggang PRU-13 menjadi milik PR.

    Jika yang tak muktamad dapat ditumbangkan & penunggang Berjaya dihalau keluar, Dunia akan melihat betapa di sudut timur ini akan lahirnya kuasa baru sepersis Turki. Tidak keterlaluan selasak Iran. ALLAH boleh bagi lebih drpada itu. KUN FAYAKUUN…

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint