GEORGE TOWN - "Ini tanah kami tetapi telah bertukar milik secara tidak sah kepada orang lain tanpa pengetahuan kami."
Itu dakwaan waris pemilik tanah di Batu Lanchang dekat sini, Yasak Ibrahim, 56, yang kini menjadi pertikaian mengenai arahan menggali dan mengalih kawasan jirat Cina oleh sebuah syarikat pemaju.
Dakwa Yasak, tanah di atas Lot 54, Seksyen 5, George Town itu sebenarnya milik ahli keluarganya, Babu Mahu atau Washahidu Luh Mohd. Ali tetapi telah bertukar milik kepada seorang lelaki Cina pada Mei 1995.
Tanah tersebut dibeli oleh Babu Mahu daripada pentadbir Inggeris Pulau Pinang pada tahun 1831 sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1860.
Kini, tanah seluas kira-kira 4.4 hektar terletak bersebelahan Lebuh raya Thean Teik itu merupakan kawasan jirat Cina yang didakwa telah diceroboh sejak tahun 1969.
"Tanah tersebut telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai pentadbir sementara pada tahun 1990 apabila keluarga saya gagal melunaskan tunggakan hasil tanah berjumlah RM118,741.19.
"Apa yang menghairankan, bagaimana boleh berlaku pertukaran milik kepada seorang lelaki Cina pada tahun 1995 tanpa pengetahuan keluarga saya?" soalnya.
Menurut pesara kerajaan itu, Majlis Mesyuarat MAIPP ketika itu membuat keputusan untuk membayar hutang tunggakan keluarganya bagi mengelak tanah itu diambil oleh kerajaan negeri.
Fortan@
kahkahkah
mana dia ketuanan melayu pulau pinang?
mana dia ketuanan eee pulau pinang?
mana dia azeez?
mana dia perkasa?
mari turun buat demo
mana dia perkasa?
mari turun buat demo
tak sedarkah cina dap dah rembat tanah penduduk melayu?kahkahkah
maaf silap
lupa tengok tahun. kahkahkah
bukan cina dap tapi cina gerakan. kahkahkah
ini cina gerakan memang jahat
yang lebih jahat eee umno yang Islam mengaku melayu. kahkahkah
0 comments:
Post a Comment