Kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.
“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau dipetik beberapa media hari ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.
Semalam, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Fortran@
kahkahkah
cina dah tak mahu kena tipu mca dan bn
melayu bila lagi?
takkan selamanya nak jadi bodoh dan terus diperbodohkan oleh umno?
Fortran@
kahkahkah
cina dah tak mahu kena tipu mca dan bn
melayu bila lagi?
takkan selamanya nak jadi bodoh dan terus diperbodohkan oleh umno?
2 comments:
pandai u.. melayu kini
pandai u.. melayu kini!!
Post a Comment