Rosmah sound isteri!

Posted on
  • Monday, May 2, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • Isteri boleh memainkan peranan bagi memajukan pelancongan tempatan dengan mengalakkan keluarga bercuti di dalam negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

    Beliau berkata golongan isteri boleh mendorong suami dan keluarga mereka untuk kerap bercuti di dalam negara.

    Rosmah berkata demikian semasa merasmikan Pesta Negeri Perak di Menara Kuala Lumpur malam ini, yang berlangsung sejak Khamis hingga Ahad depan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisional serta pelbagai produk negeri itu.

    Katanya, bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu, strategi dan promosi yang lebih kreatif perlu dilaksanakan.

    Beliau turut menyarankan penggiat industri agar menggunakan keunikan penduduk dan budaya berbilang kaum di negara ini untuk menarik kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

    Fortran@
    kahkahkah
    najib wajib nasihat suaminya supaya bercuti dalam negara
    biasanya menurut sumber suami najib ni suka shopping kat paris
    kalau pakai duit sendiri tak apa
    ni dok rembat duit rakyat

    lagi satu jangan lupa
    suami najib ni suka keluar negara 
    katanya untuk tarik pelancong datang ke malaysia
    sampaikan dia sanggup berbelanja rm24 juta wang rakyat
    untuk persidangan fat lady dari afrika. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint