Andai kata orang Melayu tidak menentang Malayan Union dahulu, mungkin akhirnya Malaya merdeka juga, tetapi dalam bentuk republik. Ternyata usaha menentang Malayan Union membawa kepada pengukuhan sistem beraja di negeri-negeri Tanah Melayu hingga akhirnya mewujudkan Malaysia.
Pada zaman menentang imperialisme sekitar tahun 60-an, dapat dilihat kemunculan banyak republik baru di Afrika dan Asia.
Setelah 50 tahun berlalu, banyak republik-republik ini menjadi negara gagal di mana rakyatnya terus susah akibat kemunduran negara.
Sebaliknya Malaysia bertuah. Walaupun mengamalkan sistem beraja yang paling unik, negara ini berjaya lebih maju daripada republik-republik lain.
Tradisi Raja-raja Melayu pula mempunyai sejarah silam sejak zaman kerajaan Champa dan Sri Wjjaya. Sistem kerajaan Melayu bertebaran di seluruh Nusantara, dari Pattani hinggalah ke Manila.
Fortran@
kahkahkah
kahkahkah
kahkahkah
mari kita nikmati kata-kata pejuang melayu
Ampun Tuanku,
Keris di tangan ini Keris Taming Sari,
Kami datang tidak dijemput,
Pergi kami tidak perlu disuruh,
Kami datang menuntut janji,
Janji diikat antara Demang Lebar Daun dan Sang Purba,
Kami bercakap bukan bahasa Jebat durhaka,
Tetapi tidak juga bahasa Tuah setia membuta,
Kami bercakap bahasa rakyat,
Mencari keadilan dengan saksama.
Keris di tangan ini Keris Taming Sari,
Keris bersepuh besi kursani,
Semangatnya meresap jiwa rakyat menjadi berani.
Bila Taming Sari menuntut janji,
Tujuh purnama angin terhenti,
Tujuh keturunan masih termimpi.
Sejak dari Majapahit turun ke Melaka,
Taming Sari milik kami,
Bukan milik kita bersama,
Kamilah perwarisnya sejak bermula,
Tuanku kekal di singgahsana,
Kerana Taming Sari ini tidak pernah durhaka.
Ampun Tuanku,
Jebat itu adalah kami,
Tuahpun kami,
Kami berpisah berbalah hati,
Tuah hamba Tuanku dalam tidur dan jaga.
Jebat nafas rakyat dalam jaga dan lena,
Ingatlah, Jebat menikam dengan Taming Sari,
Jebat tertikam oleh Taming Sari.
Taming Sari yang terlangir darah satu wama,
Bagaimana kalau Taming Sari menuntut darah kelainan warna,
Taming Sari di tangan inilah menentukan segala.
Ingat sebelum terlambat,
Sebelum bangkit sehingga menjadi
singgahsana dipersoalkan oleh rakyat,
Sebelum rakyat bangkit maka ianya menjadi pahit dan hina.
Ampun Tuanku,
Ada besok pasti ada suria,
Aku akan pergi dengan seribu Jebat
si anak tani,
Sekian lama kita mati dalam setia,
Kali ini kita hidup dalam durhaka.
0 comments:
Post a Comment