Mahathir menyesal

Posted on
  • Saturday, May 7, 2011
  • by
  • Prolog
  • in

  • Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa sedih melihat taburan hutan kecil di bandar raya ini lenyap satu persatu digantikan dengan hutan konkrit. 

    Bekas Perdana Menteri itu berkata hutan-hutan kecil itu mesti diperlihara sekalipun menelan belanja yang tinggi kerana ia unik dan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri Kuala Lumpur. 

    "Saya takut tidak berapa lama lagi semua hutan ini akan lenyap. Kehijauannya tidak lagi mewarnai Kuala Lumpur. Ia tidak lagi meneduhi orang ramai yang lalu-lalang.

    "Bahang matahari akan menjadi lebih panas kerana pancarannya dipantul oleh jalan bertar dan laluan konkrit yang memanaskan udara," katanya dalam entri terkini blog beliau chedet.co.cc, yang bertajuk ''Hutan di Kuala Lumpur''. Dr Mahathir berkata Kuala Lumpur masih hijau dan jauh lebih hijau berbanding sesetengah negara dengan landskap barunya yang mementingkan pokok-pokok dewasa. "Memang menakjubkan melihat Kuala Lumpur berkembang pesat. Di mana-mana saja kita lihat kren yang menandakan kawasan pembinaan bangunan baru. Bangunan pencakar langit dengan ketinggian dan reka bentuk yang pelbagai ada di setiap sudut. Kuala Lumpur sekarang seperti bandar raya hebat yang lain di dunia.


    Fortran@
    kahkahkah
    bila ada kuasa tak ingat dunia
    bila dah tak ada kuasa baru nak bersuara
    ni mesti ada pokok di sebalik konkrit
    kalau tak ada sesuatu mustahil mahathir buat isu ni
    mungkin nak halang menara warisan najib
    atau projek untuk anak dia. kahkahkah
    mahathir ni bukannya boleh dipercayai
    semua nak tipu melayu 
    dan suka cakap berbelit-belit mengikut warisan keturunannya. kahkahkah

    0 comments:

    Post a Comment

     
    Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint