CINA DAP JUAL TANAH PENDUDUK MELAYU P.PINANG


GEORGE TOWN - "Ini tanah kami tetapi telah bertukar milik secara tidak sah kepada orang lain tanpa pengetahuan kami."

Itu dakwaan waris pemilik tanah di Batu Lanchang dekat sini, Yasak Ibrahim, 56, yang kini menjadi pertikaian mengenai arahan menggali dan mengalih kawasan jirat Cina oleh sebuah syarikat pemaju.

Dakwa Yasak, tanah di atas Lot 54, Seksyen 5, George Town itu sebenarnya milik ahli keluarganya, Babu Mahu atau Washahidu Luh Mohd. Ali tetapi telah bertukar milik kepada seorang lelaki Cina pada Mei 1995.

Tanah tersebut dibeli oleh Babu Mahu daripada pentadbir Inggeris Pulau Pinang pada tahun 1831 sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1860.

Kini, tanah seluas kira-kira 4.4 hektar terletak bersebelahan Lebuh raya Thean Teik itu merupakan kawasan jirat Cina yang didakwa telah diceroboh sejak tahun 1969.

"Tanah tersebut telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai pentadbir sementara pada tahun 1990 apabila keluarga saya gagal melunaskan tunggakan hasil tanah berjumlah RM118,741.19.

"Apa yang menghairankan, bagaimana boleh berlaku pertukaran milik kepada seorang lelaki Cina pada tahun 1995 tanpa pengetahuan keluarga saya?" soalnya.

Menurut pesara kerajaan itu, Majlis Mesyuarat MAIPP ketika itu membuat keputusan untuk membayar hutang tunggakan keluarganya bagi mengelak tanah itu diambil oleh kerajaan negeri.


Fortan@
kahkahkah
mana dia ketuanan melayu pulau pinang?
mana dia ketuanan eee pulau pinang?
mana dia azeez?
mana dia perkasa?
mari turun buat demo
tak sedarkah cina dap dah rembat tanah penduduk melayu?kahkahkah
maaf silap
lupa tengok tahun. kahkahkah
bukan cina dap tapi cina gerakan. kahkahkah
ini cina gerakan memang jahat
yang lebih jahat eee umno yang Islam mengaku melayu. kahkahkah  
Read More...

POLITIK SUKU AGAMA SUKU

Video lucah dan dosa politik

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. 

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram. 

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini. 

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. 

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. 

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. 

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim). [SETERUSNYA]


Fortran@
kahkahkah
artikel ni boleh dikategorikan sebagai bahan bacaan berat untuk penyokong umno bn
dan kemungkinan besar ditujukan khas untuk pakatan rakyat
supaya tidak terikut-ikut dengan tingkah laku umno bn
yang bermazhabkan politik suku agama suku. kahkahkah
dengan kata mudah
dosa sebab politik tak akan dikira
Read More...

VIDEO KONSPIRASI DATUK T TERSEBAR




kahkahkah
ni la akibatnya apabila si pembikin konspirasi bangang
bukan buat-buat bangang
tapi memang sah dah dilahirkan untuk jadi bangang. kahkahkah
Read More...

TAK ADA SIAPA PUN AMBIL POT CAKAP NAZRI

MIC Perak: Jangan pedulikan cakap Nazri

Pengerusi MIC Perak Datuk S Veerasingam meminta ahli parti itu jangan memperdulikan permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya MIC menyerahkan enam kerusi di Perak, kerana ia tidak mencerminkan pendirian rasmi BN.

Dalam temubualnya baru-baru ini dengan akhbar harian berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau - Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mahu MIC untuk menyerah kesemua enam kerusi negeri di Perak yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa, BN mungkin kehilangan Perak jika MIC bertanding lagi di kawasan berkenaan.

Veerasingam (kiri) menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sokongan kaum India semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam pilihan raya kecil Tenang, Merlimau and Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa semua ahli MIC supaya mengawal kemarahan mereka dan jangan memperdulikan kenyataan Nazri itu kerana ia bukan datang dari Zambry atau Najib.


Fortran@
kahkahkah
kesian nazri
mic pon tak ambil pot apatah lagi orang lain
belum apa-apa dah nak berebut kerusi
kat atas tu banyak kerusi kosong
pilih je yang mana berkenan. kahkahkah
Read More...

RIWAYAT MASA DEPAN

Dari jauh aku ternampak di gigi jalan masih banyak meja kosong. Ini waktu peralihan – agak terlewat untuk minum petang dan agak terlalu awal untuk makan malam. Kalau mengikut apa yang dikesahkan oleh arwah Nenek aku – ketika inilah hantu banyak berkeliaran. Waktu-waktu bagini mengikut arwah Nenek, Sang Hantu sedang berpesta. 

Diwaktu ini juga aku telah bersedia untuk menjadi hantu. Lalu aku menarik sebuah kerusi dan duduk. Aku melihat diri aku kesaorangan duduk di meja bulat yang besar. Café ini telah lama menjadi pilihan. Aku sengaja menggunakan perkataan café disini – untuk mengingatkan kota Paris. Tetapi ini bukan café di kota Paris – ini kedai kopi China Apek dekat Jalan Petaling.

Aku menggamit Apek Seluar Pendek Berbaju T. Lalu meminta secangkir teh China. Kalau di kota Paris aku telah memesan secangkir air anggur merah. Aku tak punya alasan kenapa aku memesan the China. Mungkin nak mejaga kesehatan.

Di hadapan ada lagi sebuah meja bulat besar. Di meja hadapan seorang lelaki yang aku tidak pasti mukanya kerana belakangnya berhadapan dengan aku. Disebelahnya seorang gadis China – mungkin awal tiga puluhan. Aku yakin ini China Doll kerana bunyi Mandrin yang aku dengar dari mulutnya. Skirtnya yang pendek menampakkan pehanya yang gebu meyakinkan aku lagi bahawa perempuan China ini sedang berniaga.

Jalan tidak sibuk. Yang banyak mundar mandir hanya anak anak muda dari Eropah yang mungkin menginap di hotel-hotel murah yang banyak di wilayah ini. Tidak kelihatan langsung Minah Cun atau Awang Kiut yang biasanya melaram di daerah ini. 

Teh China aku sampai. Aku terperanjat besar. Si Apek tersenyum simpul seolah-olah meminta maaf. Harga seteko kecil telah melonjak ke tiga ringgit – dari dua ringgit. Si Apek dengan senyum cuba menerangkan bahawa semua barang telah naik harga. Lalu aku bertanya tentang harga secawan kopi o, secawan teh susu tanpa gula dan dan dan. Aduh! Semuanya telah berubah. 

Tetiba lelaki di hadapan aku menoleh dan berkata ‘ nak pergi Genting’. Aku tak tahu kenapa dia berkata demikian. Apakah muka aku muka seorang penjudi. Kemudian dia bertanya apakah aku ini anak Malaysia. Ini satu soalan yang amat sering aku terima. Aku mengangguk. Dia menoleh dan berkata sesuatu kepada China Doll. Mungkin dia menerangkan bahawa aku ini bukan bakal pelanggan.

Belum sempat aku menuangkan teh aku ternampak seorang perempuan India di gigi jalan. Aku memberi senyuman percuma. Ini satu perlaboran yang tidak memerlukan wang ringgit. Pelaboran yang telah aku perbaiki hingga menjadi satu seni. Seni yang telah aku gunakan dari benua ke benua. Kadang-kadang berjaya – kadang-kadang gagal. Jika tidak melabor kita tidak tahu dengan siapa kita kan berkongsi bantal.

Achi ini tersenyum kembali. Aku memberi bahasa badan mengajak dia duduk di meja aku. Lalu Si Achi datang untuk berkongsi di meja bulat. Aku tidak kesaorang lagi.

Si Achi bertanya apa yang aku buat sendirian. Aku pula bertanya asal usul si Achi ini. Aku adalah insan yang paling kurios. Insan yang tak sudah sudah ingin tahu akan kesah hidup orang-orang seperti Si Achi. Ada sesuatu yang menarik aku. Ketika di sekolah menengah dahulu aku tertarik dengan dunia Siti Salina ini. Aku juga terus bertanya dimana bermulanya dunia Suzie Wong.

Aku merasakan Salina, Suzie dan Si Achi ini lebih jujur dari ramai Sang Isteri yang di goddam suami. Kalau mahu mengoddam Siti Salina atau Suzie Wong kita perlu membayar. Kalau Sang Suami menggodam Sang Isteri bukan sahaja digoddam malah dijadikan hamba - memasak, menjaga anak, membasoh, membersih rumah – tanpa satu sen bayaran. Oh! Disini politik feminis aku mula muncul.

Nah ! Si Achi ini menerangkan kepada aku bahawa badannya boleh di pakai untuk menjadi penyedap. Dengn harga yang berpatutan – 50 ringgit untuk satu jam. Wow! Aku terbarai ketawa. Untuk aku satu jam ini agak lama. Apa yang harus aku buat satu jam bersama Si Achi ini? Apakah aku perlu terus bergumpal dan bergusti dengan Si Achi ini untuk memastkan aku tidak kerugian 50 ringgit. Aku ketawa sendirian.

Ketika aku terus ketawa Si Achi ini terus bersurah. Dia berasal dari Bahau. Datang dari keluarga miskin. Duduk dan memburuh dalam ladang sawit. Walau pun miskin dunia Achi ini pada satu ketika dahulu cukup indah. Dia disayangi oleh Sang Suami dan mendapat dua cahaya mata. Tetapi semunya berubah. Mereka diminta meninggalkan ladang kerana kawasan ini telah berubah.

Lalu keluarga ini berpindah untuk mencuba nasib di kota. Mereka mendirikan rumah setinggan dan menjadi penduduk miskin kota di wilayah Sungai Way. Sang Suami membuat itu dan ini. Dalam kemiskianan anak mereka tidak bersekolah. Hidup dalam kota tidak menjanjikan apa-apa. 

Satu ketika merka diminta berpindah lagi kerana tanah yang mereka duduki akan menjadi kawasa perumahan mewah. Kali ini nasib agak baik. Keluarga mereka diberi peluang untuk memiliki rumah murah di Perumahan Baiduri. Kelihatan dunia semakin cerah. Tetapi tidak lama kerana ditakdirkan satu hari ketika memboceng bersama suami motosikal mereka dilanggar lori. Sang Suami meninggal dunia dalam kemalangan ini. Mengikut Achi ini terjadi pada tahun 1999 dahulu.

‘Lihat ini..’ Si Achi membongkok dan menunjukkan kepada aku parut di betisnya. Aku ternampak otot betisnya telah berubah menjadi kecil. Apabila sang Suami meninggal maka kehidupan menjadi porak peranda. Setiap bulan perlu ada 363 ringgit untuk membayar hutang rumah.

Si Achi mengambil talipon bimbit. Dia menalipon. Dia bercakap dalam bahasa yang aku tidak faham. Tapi dari lunak bahasanya pasti dengan orang yang disayang. Betul. Tepat. 

‘Anak.. di Melaka ..dah kahwin duduk dengan suami. Anak jantan pun di Melaka. Dia juga dah kahwin.’ Bila aku tanya apakah telah ada cucu Si Achi menggeleng kepala. Apakh Si Achi ini berkata betul tidak dapat aku pastikan ini kerana anak yang tua berumur 28 tahun dan yang perempuan berumur 25 tahun.

‘Setahun sekali hari raya mereka datang.’ Si Achi menyambung surah. Dia menerangkan yang kini dia hidup bersendirian. Mengikut Achi jika dia bernasib baik dalam masa empat atau lima tahun lagi mungkin rumah ini akan selesai dibayar. Dia akan memiliki rumah sendiri.

Aku berfikir apakah dalam masa empat tahun lagi masih ada jantan yang ingin menyewa badan Si Achi ini. Ketika ini umurnya juga telah agak lanjut berbanding dengan China Doll yang duduk dihadapan aku. Malah ramai pendatang baru yang genit dan bergetah dari Indonesia telah mula membuka panggung di wilayah ini. Pendatang pendatang baru yang muda muda ini akan memberi siangan hebat. 

Tetiba aku meminta maaf kerana ingin bertanya pekara yang agak sulit. ‘ Achi satu malam dapat berapa pelanggan?’

‘ Dapat lah tiga empat ekor…. China ada .. Melayu ada… India ada. Tapi jantan ini datang lewat malam lepas jam sepuluh. Awal-awal macam ini jantan ini malu’. Dengan bangganya Si Achi menerangkan sejelas mungkin pada aku. 

Apabila aku mendengar perkatan ‘ekor’ ini aku terbarai ketawa. Aku rasa untuk Si Achi ini Si jantan yang datang ini bukan manusia tetapi hanya pelanggan. Ini contoh terbaik sikap seorang yang professional. Alangkah beruntungnya negara ini jika Si Achi ini ketika membesar dahulu disekolahkan. Pasti dengan sikap profesional ini dia akan bijak untuk menjadi CEO disebuah syarikat GLC kita.

Kemudian aku bertanya tentang keselamatan kerana Achi bekerja diwaktu malam hingga subuh. Achi menerangkan bahawa dia merasa agak selamat bekerja di wilayah ini. Pada waktu petang dia akan datang bekerja dengan bas atau keretapi. Dia hanya membawa beg tangan yang agak besar. Didalamnya ada cermin muka kecil, bedak, gincu dan beberapa keping kondm.

Si Achi telah cekap dan berpengalaman. Dia telah membuat kerja ini hampir enam tahun. Dia dapat membaca siapa yang betul betul gersang dan ingin belayar dengannya dan siapa yang cuma ingin datang meraba-raba punggungnya dibelakang lorong-lorong gelap ini.

Kedai kopi dimana aku selalu melepak adalah pusat perempuan-perempuan peghibur malam ini berkumpul. Kedai kopi ini letaknya agak stratejik. Di sekitar kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Tuan empunya hotel telah ‘dikautim’ dan tidak melarang Achi membawa pelanggan. Malah bilik boleh disewa mengikut jam. Dibilik yang sama juga Achi boleh berehat jika telah terlalu lewat malam.

Ketika kami bersembang datang dua orang lagi perempaun India ke meja kami. Mereka berdiri dan bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Dari pemerhatian amat jelas dua perempuan ini adalah pemadat. Mereka kurus dan agak comot. Salah seorang kelihatan bermata kuyu - terbuka terkatup matanya kerana serangan dadah.

Oh hampir aku terlupa. Awal tadi ketika aku mula membuka mulut pada Si Achi aku telah bertanya sama ada dia jantan atau perempuan. Aku agak was was kerana di wilayah ini agak susah untuk dikenal pasti yang mana jantan dan yang mana perempuan.

Achi ketawa dan berkata, ‘ kalau saya pondan saya lagi cantik…’ Aku minta maaf dan memberi alasan yang cermin mata aku telah kabur. Achi hanya tersenyum. Kemudian tanpa aku meminta Si Achi mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kepada aku.

‘ Saya orang Islam… tengok…’ Dengan bangga dia berkata.

Aku membaca namanya Zaharah Bee. Gambar mukanya Ache yang agak muda. Mukanya dibalut dengan kain tudung hitam seperti perempuan Shiah yang sering aku lihat gambar dalam internet. 

Aku terperanjat kenapa Achi memberikan kad pengenalan kepada aku. Apakah kerana dia ingin memberitahu bahawa perkerjaan ini melintasi agama. Atau hanya ingin membuktikan bahawa dirinya binte dan bukan bin. Apa pun alasan yang ada dalam kepala Achi ketika membenarkan aku melihat kad pengenalannya tidak penting.

Yang penting ialah pada malam itu aku mengenali seorang lagi warga di bumi ini yang telah tercicir dan terpinggir. Kemiskinan pastilah salah satu punca. Si Achi ingin lari dari kemiskinan. Dia wajib mencari 363 ringgit sebulan untuk membayar hutang rumah. Hidup dalam kota bukan enteng. Semuanya memerlukan wang.

Pernah memburuh di ladang sawit, pernah memburuh di kilang tapi hidup masih tidak berubah. Kini umur telah lewat. Tidak mungkin dapat mencari duit dengan membanting tulang. Dulu di Bahau Achi berdiri di belakang pokok sawit kini Achi berdiri di belakang tiang di lorong gelap Jalan Petaling.(TT)

Read More...

SURUHANJAYA SUMPAH LAKNAT

RAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan kelmarin. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.

Saya nak tanya beberapa soalan berkaitan persoalan dan cadangan Rahim Tamby Chik ini. Apakah perlunya suruhanjaya itu ditubuh dan apakah perlunya siasatan ke atas video berkenaan. Biasanya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara yang ada kepentingan umum. Dalam kes video lucah itu apakah ianya merupakan kepentingan umum dan melibatkan keselamatan negara?

Video itu bersifat peribadi yang tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Ia tidak perlu dihebuhkan pun. Kalaulah cadangan Rahim itu hendak diambil kira, maka banyak lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan. Bukan soal pengecut di sini, tetapi keperluan dan kemunasabahannya.

Saya nak sebut beberapa suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan kalau mengikut versi ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat, penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.
3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri tersebut.
4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.
5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.
6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.
7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.
8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.
9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.
10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum habis edah perceraian.
11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.
12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lesbian).
13. Siasat juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.
14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.
15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.
16. Siasat juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.
17. Siasat juga menteri yang ditangkap basah dengan seorang artis di Port Dickson.

Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat.

Justeru saya tidak fikir pihak kerajaan bersedia melayani cadangan Rahim Tamby Chik itu. Kalau alasan suruhanjaya itu perlu disiasat kerana ianya melibatkan pemimpin yang bercakap mengenai Islam, nah... semua kes-kes melibatkan apa disebut itu juga melibatkan pemimpin Islam, yang bercakap mengenai Islam, yang pakai baju Melayu pada setiap hari raya.

Adalah tidak adil dan zalim kalau video itu perlu disiasat demikian rupa atas kehendak individu berkenaan. Yang jelas melihat dari cara modus operandinya ia dilakukan atas sifat dendam, geram dan kemaharahan yang tidak dapat dihilangkan.

Baikkah orang ini semua dan kita semua mengucap sedalam-dalamnya mentauhidkan diri kepada Allah, menginsafi apakah yang kita lakukan ini menguntungkan kita, negara dan bangsa atau sebaliknya. Dan kepada rakyat di luar sana sesekali angkatlah tangan menadahkan doa kepada Allah dengan meminta kita semua dimasukkan iman diberikan taufik dan hidayah. Kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang adalah satu bala' dan petaka.

Apakah bala' dan petaka yang menimpa kita hari ini angkara sumpah laknat? Kita terlupa laknat Allah itu akan hadir secara umum walaupun ia hanya dilakukan oleh seorang manusia saja. Selagi orang yang bersumpah laknat berada di negara ini dan kita juga berada di negara ini maka bala atas sumpah laknat itu akan melaknat kita semua!- (MSO)
Read More...

FOTO DALAM LOJI NUKLEAR JEPUN

Sejumlah pekerja Loji Tenaga Nuklear Fukushima Dai-Ichi (Japan Nuclear) kini sedang mempertaruhkan nyawa, berjuang untuk menyelamatkan seluruh Jepun dari krisis lebih parah nuklear.

Mereka sedang berusaha menyambungkan kembali kabel, memeriksa peralatan, dan mendinginkan reaktor nomor 3 dan 4. Kita tidak pasti, siapakah mereka yang berani itu. Mereka hanya dikenali dengan sebutan 'Fukushima 50' atau 'Samurai Nuclear Fukushima'.

Beberapa gambar yang diambil dari loji itu, untuk pertama kali, dunia mengetahui keadaan mereka yang bekerja dalam kegelapan dan hawa yang menyengat. Mereka mengenakan pakaian pelindung, namun dalam keadaan sedar sepenuhnya, bahawa radiasi boleh membunuh mereka.

Sudah lima orang pekerja dilapokan mati dan 15 yang lain cedera dalam medan pertempuran Fukushima. Salah seorangnya, pengurus berusia 30-an yang ditarik keluar dari loji kerana menderita akibat radiasi yang melewati 100mSv/tahun.

Lelaki itu berkata dia akan kembali ke logi untuk meneruskan perjuangan. "Kalau batasan radiasi dinaikkan menjadi 250 millisieverts, saya pasti akan kembali," katanya seperti dilaporkan news.com. - ek-ele


Read More...

GILA NAK MAMPOS

Gila ialah satu gejala atau tanda kurang siuman yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. [SELANJUTNYA]

Gila ada banyak jenis. Antaranya:
  • gila babi
  • gila meroyan
  • gila seks 
  • gila nak jadi dara
  • gila nak mampos dan lain-lain
Kat sini gua cuma nak highlight tentang gila nak mampos. Sebab tadi bila  gua buka fb kat home gua ada tulis filem box office. Gua ingatkan rakaman cerita seks anwar dari datuk t. sebab yang siarkan video ni anak salah seorang pemimpin umno. kahkahkah


kahkahkah

Kes apa tak tahu la sampai nak bunuh diri ni. Biasanya kalau kes awek nak bunuh diri tak lain tak bukan kes balak minta putus. kahkahkah. Apa punya bangang la orang macam ni? Sikit-sikit bunuh diri, kalau terus mampos takpa, tak menyusahkan orang ramai terutamanya doktor. Walaupon dah tugas doktor untuk rawat orang sakit. Masih ramai yang nak hidup mahukan khidmat doktor. Yang nak mampos biar je lah mereka mampos. kahkahkah. 

Bukan setakat menyusahkan doktor , bomba, polis pon masih banyak lagi kerja yang dah bertahun-tahun tak selesai yang perlu mereka selesaikan dari menyelamatkan orang yang memang sah nak mampos. Hidup dah la menyusahkan orang, nak mampos pon nak menyusahkan orang jugak. kahkahkah

Daripada dok terjun bangunan dan menyusahkan banyak pihak, gua rasa lebih baik mereka minum racun. kahkahkah. Tak menyusahkan polis untuk kutip satu persatu. kahkahkah. Gua cuma bandingkan. Janganlah korang minum racun lepas ni dan tulis nota akhir cakap gua yang ajar. kahkahkah

Satu lagi apasal la kb mall jadi pilihan. bukannya tinggi sangat pon kb mall ni. setakat 2-3 tingkat, kalau jatuh pon tak pasti mampos,. paling tak patah kaki je. kalau bernasib baik takda apa-apa. kahkahkah

Tak boleh ke cari yang tinggi sikit. contohnya billion ke, kbtc ke? kahkahkah. Ni bangunan yang rendah jugak nak terjun. apa punya bangang la awek ni. kahkahkah

Yang kat atas tu tak masuk lagi dalam bab agama. Hukum bunuh diri, korang boleh cari sendiri. Dah banyak kat internet.ni.



[UPDATE]
cuba perhatikan video kat bawah
gua ambil video ni kat  GreenBoc


jangan perhatikan awek yang gila nak mampos tu
awek tu boleh pergi mampos. kahkahkah
cuba perhatikan awan kat atas
lihat betapa indahnya awan ini
di saat awan mendung cuba menutupi cahaya matahari
Read More...

DATUK T TIDAK SEKEPALA

Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.

Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.

Malah, Johari (kiri) mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.

Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.

"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.

Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.

"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melukannya.

"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi.


Fortran@
belum apa-apa dah tak sekepala
dah banyak yang kantoi
apa punya bangang konspirasi macam ni
malaun yang buat skrip ni pon memang bangang
bukan buat-buat bangang
tapi memang sah dah dilahirkan untuk jadi bangang. kahkahkah
masa sidang media pon datuk shuib takda
dan sekarang
yb johari dah beritahu yang datuk shuib pon tak percaya yang lelaki dalam video ni anwar
jadi kat sini kita dah boleh nampak yang datuk T ni dah tinggal 2 iaitu rahim tambi dan kembar anwar, shazry eskay. kahkahkah





Read More...

MAHFUZ BUAT LAWAK


Kembalikan wang saman ekor

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' dan menyusahkan mereka yang terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, seorang mangsa saman ekor, Nashita Mohd Nor kesal apabila beliau tetap tidak boleh memperbaharui cukai jalan di JPJ Wangsa Maju pagi tadi.

"Saya pergi JPJ Wangsa Maju pagi tadi untuk perbaharui cukai jalan tapi tetap tida boleh. Sedangkan kementerian kata dah tangguh senari hitam," katanya. [SELANJUTNYA]


Fortran@
kahkahkah
apasal yang tak kena dengan mahfuz ni? kahkahkah
ada ke patut dia suruh kerajaan umno bn bagi balik duit kat rakyat
dia tahu tak apa yang dia cakap?
kan dia dah cakap yang "kerajaan ambil secara paksa"
jadi dia ingat kerajaan akan bagi macam tu je?
ni la tandanya kantung kerajaan dah kering
gua ingat mampos hidup balik pon kerajaan umno bn takkan bagi balik. kahkahkah
Read More...
 
Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint