APA SUDAH JADI DENGAN YUGI?

Para pembaca yang budiman : Aku rasa agak ramai para pembaca yang agak kabur tentang konsep dan falsafah Negara Kebajikan. Apabila parti Pas mengajukan Negara Kebajikan sebagai raison d'ĂȘtre /matlamat dan garis perjuangan parti ini kelihatan musuh utama rakyat Malaysia - United Malays National Organisation – menjadi sasau dan gaban.

Secara mengejut – tetiba – bengolan-bengolan dari United Malays National Organisation menjadi sasau dan mamai. Entah pelesit mana yang datang merasok. Dengan mengejut secara tetiba Mahathir Muhamad, Najib Razak , Nazri Aziz, Utusan Malaysia dan Perkasa meluahkan cinta berahi mereka terhadap para ulama Pas.

Aku perhatikan, tanpa segan silu mereka ‘frus menonggeng’ dan ‘tergolek dog’ menangis, merayu dan meraung apabila Negara Islam tidak lagi dijadikan ajenda politik oleh Pas. Dengan penuh sasau mereka ingin memelok dan mencium para ulama Pas terutama yang telah kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

Cerita sedih ini menjadi lucu apabila Ibrahim Ali merasa kesucian agamanya tercemar apabila Pas mengajukan Negara Kebajikan. Zul Nordin tersedak hingga tercabut kopiah basinya apabila diberitahu bahawa Mohamad Sabu telah berjaya menduduki kerusi pucuk pimpinan Pas. Utusan Malaysia tidak putus putus air liur bergebang tentang bagaimana Pas telah menjadi kuda Dap.

Zum kali zoom. Gaban ya maikul gaban. Nampaknya kemunculan pimpinan baru dalam Pas ini telah menjadikan United Malays National Organisation kelam kabut dan sampar larau tak tentu arah tujuan. Ada bengolan yang meminta Pas meninggalkan Islam. Ada bengolan yang berkata Pas telah belot kerana meninggalkan Islam.

Lawak-lawak seram ini semakin menjadi-jadi. Aku terguling guling ketawa terbahak-bahak hingga tercabut tiga helai bulu hidung apabila terbaca berita tentang Mahathir Muhamad berfatwa dengan surah dan ayat-ayat Quran.

Bayangkan Mahathir Muhamad, kaki kelentong ini telah bersalin kulit menjadi seorang lebai. Lebai Mahathir ini telah mula berlabon dengan ayat-ayat Quran. Paling lawak ialah apabila Lebai Mahathir ini menerangkan kepada jemaah suraunya bahawa pimpinan baru dalam Pas ini adalah kemenangan untuk Bengali Karpal Singh. Macam mana si Bengali ini masuk dalam kes ini aku pun tak faham.

Aku perhatikan kempen anti Pas ini akan diteruskan. Kempen ini bertujuan untuk mengharu birukan Pas dan para penyokong Pas. Kempen yang berjangkan panjang ini bertujuan agar akan muncul tim serpihan ‘ulamak’ dalam Pas. Bengolan-bengolan dalam United Malay National Organisation akan pasang colok bernazar jika parti Pas retak dan pecah.

Kenapa ini berlaku?

Biar aku terangkan disini pensejarahan latar belakang agar kita semua dapat memahami realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Semuanya bermula pada malam kemenangan pilihanraya yang lalu. Ingat tak malam itu? Jangan lupa malam itu juga dikenali sebagai Malam Khir Toyo Membakar Fail di pejabat kerajaan Shah Alam. 

Pada malam itu United Malays National Organisation melihat kekalahan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Kekalahan di Selangor adalah satu pukulan hebat. Negeri terkaya di Malaysia telah terlucut. Sesudah membakar fail-fail, Khir Toyo dengan cepat dan tangkas mula melakukan kerja-kerja jahat.

Khir Toyo memukul talipon. Beberapa orang pucuk pimpinan Pas telah dihubungi. Tujuan: untuk melahirkan apa yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’. Pekara ini bukan lagi rahsia. Apa yang aku tulis ini bukan fitnah. Semua telah terbarai. Semuanya telah diketahui umum. Apa yang aku lakukan ini hanya merakamkan sejarah ini secara hitam puteh untuk ingatan cucu cicit kita nanti.

Semenjak malam itu mimpi berahi United Malay National Organisation untuk kembali berkuasa di Selangor tidak putus–putus. Dalam masa yang sama beberapa bengolan Pas terus dirangsang oleh mimpi berahi untuk menjadi Menteri Besar dan meniduri jawatan menteri pusat jika kerajaan perpaduan dapat di wujudkan.

Benda yang dipanggil ‘kerajaan perpaduan’ ini di kenali juga dengan nama manjanya - YUGI. Ini bukan ‘ yugi - underground’ lingo musik anak-anak muda. Yu Gi ini bermakna Unity Government. Anasir-anasir yang menyokong Yu Gi dalam Pas ini terus bergerak. Di Selangor ianya amat aktif sekali hingga anasir Yu Gi ini berjaya menyingkirkan Saari Sungip dan Khalid Samad dari pucuk pimpinan Pas Negeri.

Selama tiga tahun bahtera Pas terumbang ambing akibat dari kerja-kerja jahat anasir-anasir Yu Gi. Dalam masa yang sama bengolan United Malay National Organisation terus ‘memukul talipon’ berhubung dengan anasir-anasir Yi Gi dalam Pas. Hubungan sulit terus dilakukan - cinta kaseh sayang mereka terus dibakar. Akhirnya gerak kerja anasir Yu Gi dalam Pas ini telah berjaya menggangu gugat kerja-kerja politik Pakatan Rakyat.

Nafsu dan berahi anasir Yu Gi ini terus dibelai dan diraba-raba untuk memastikan ianya terus keras dan tegang. Justeru pelbagai bentuk kenyaataan telah dibuat. Pucuk pimpinan United Malays National Organisation telah membuat kenyataan tentang betapa indahnya jika Melayu bersegama dengan Melayu. Betapa gah dan luasnya pancutan politik ketuanan Melayu jika Melayu dapat berpadu-padu dengan Melayu.

Aku tersenyum melihat bagaimana pada awalnya kenyataan dan jemputan dari bengolan United Malays National Organisation ini agak berlapik. Tetapi semua ni berakhir pada petang cuti Hari Krismas yang lalu. Pada petang itu satu pertemuan sulit dimana Najib, Muhyiddin, Nik Aziz dan Hadi Awang telah diadakan. Perjumpaan ini menjadi pacit apabila Nik Aziz minta diri berundur kerana alasan sakit pinggang. 

Kesah Nik Aziz mengkantoikan projek Yu Gi ini menjadi bahak gelak ketawa dalam internet. Bayangkan kata-kata Nik Aziz dengan lorat Kelantan nya : Ambo tok seeh padu padu ni…Ambo minta diri dulu… Ambo nok gi hospital…’

Cuba bayangkan bagaimana rupa muka Najib dan muka Muhyiddin ketika Nik Aziz bangun dan beredar. Betapa sedih dan pilu rasa hati Abang Nasa apabila semua rancangan untuk menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ gagal. Mimpi Abang Nasa untuk menjadi menteri kabinet jatuh berderai derai tergolek-golek.

Sesudah petang Krismas itu jemputan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan ini mula diajukan tanpa berlapik-lapik. Jemputan ini datang bertalu-talu. Semua bersuara menjemput Pas untuk mendirikan kerajaan perpaduan. Hinggakan Lokman Adam seorang jurufikir ulung United Malay National Organisation sendiri sanggup membuat jemputan secara terbuka di satu forum di Kota Bahru.

Nampaknya hanya Ummi Ufilda sahaja yang tidak menjemput Pas untuk berpadu-padu dengan United Malays National Organisation. Ini mungkin kerana Ummi tidak memahami makna Unity Government kerana ianya disebut dalam Bahasa Inggeris.

Cita-cita dan niat United Malays National Organisation untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan Pas ini bertujuan untuk memastikan kerajaan yang ada sekarang akan terus berkuasa. United Malay National Organisation yang semakin terpencil dan terpinggir memerlukan tabung oxygen dari Pas. 

Lalu gendang Ketuanan Melayu dimainkan untuk memanggil Melayu bertandak. Tetapi sayangnya, memukul gendang Melayu ini aku rasa telah membosankan. Selama 50 tahun gendang Melayu ini telah di pukul. Dari hari ke hari sambutan semakin hambar.Tak ramai anak muda dan berjongeng dan bertandak. Bukan sahaja gendang ini memekakkan telinga malah untuk anak anak muda gendang Ketuanan Melayu ini tidak dilihat cool.

Kini jelas, United Malay National Organsiation semakin hilang akal. Ini bukan lagi gila talak. Ini betul-betul jadi gila. Sejarah pilihanraya kecil memperlihatkan mereka kalah terok dan dilihat terdesak. Undi orang China dilaporkan akan seratus peratus akan pergi ke Pakatan Rakyat. Undi Melayu hanya datang dari warga emas dan Mak Cik Felda. Hanya ada satu berita baik untuk United Malay National Organisation. Pengundi India dari pimpinan Reezal Merican dan Abdeel Azeez masih tetap setia. Syukur.

Muktamar Pas yang baru berlalu dahulu bagitu bersejarah sekali. Ianya membawa perubahan lanskap politik yang hakiki. Aku berpendapat selesai sahaja muktamar Pas minggu lalu pintu Yu Gi telah tertutup. 

Anasir-anasir Yu Gi jelas terpelanting dari pucuk pimpinan. Abang Nasa diberitakan menangis kerana telah ditikam oleh ‘geng’ sendiri. Syarikat Syabas pun tak ada peluang untuk mengucapkan syabas kepada Hassan Ali kerana Hassan Ali sendiri telah tercabut kuasa dari Selangor.

Untuk menyeronokkan cerita biar aku buka cerita Pontianak dan Dracula. Mengikut kesahnya, Count Dracula yang meracau sesudah mati hanya dapat dibunuh dengan tikaman salib. Legend Dracula ini tak jauh bezanya dengan cerita Pontianak Orang Melayu. Mengikut kesah cerita, Minah Pontianak akan berhenti menggangu kampong apabila tengoknya dipaku.

Tentu tuan pembaca yang budiman akan bertanya : Apa sangkut pautnya Pontianak dan Dracula dengan politik tanah air kita? Mari sini ambo nak royak. Dengar baik-baik.

Apabila Abang Mat Sabu menang dan menduduki tempat kedua dalam Pas maka ini samalah seperti paku akan akan memaku si Pontianak yang bernama Yu Gi. Pontianak Yu Gi yang meracau meroyan ini akan dikuburkan. Yang tinggal sekarang hanyalah pelesit tidak berjenjang yang bernama United Malay National Organisation. 

Tak faham? Kalau tak faham tunggu minggu depan.(TT)
Read More...

Perwakilan PAS berdiri teguh atas "lumpur ekstremisme"

Apa itu politik?  Politik terlebih dahulu membezakan diri kita dengan pihak lawan.  Dalam konteks politik kontemporari Malaysia amnya dan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 khasnya, mesej jelas dan signifikan telah disampaikan melalui keputusan pemilihan saf kepemimpinan baru PAS untuk sesi 2011-2013, perbahasan perwakilan dan ucapan pimpinan parti tersebut.

Apabila mesej politik yang tepat dapat ditonjolkan melalui sidang Muktamar, tuan rumah yakni PAS bukan sahaja membezakan diri dengan UMNO malahan juga menggerunkan UMNO.  Sebab itu sehingga hari ini, bukan sahaja lidah rasmi UMNO - Utusan Malaysia - terus-menerus memberikan laporan berita sebesar liputan muka depan kepada isu yang berkisar sekitar sidang Muktamar dan pemilihan.  Pemimpin UMNO bermula dengan Najib, berbaris menunggu giliran menyerang PAS, termasuk "manufacture" isu palsu demi mententeramkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Barisan Nasional (BN) amnya dan UMNO khasnya.

Meskipun pemimpin UMNO berperut buncit enggan mengakui realiti bahawa muka manisnya adalah cubaan untuk menyelindung keresahan hati yang berat sekali, umum sedia maklum bahawa yang merasa gerun dengan keputusan pemilihan saf kepemimpinan baru PAS bukan para ulama yang alim tetapi kumpulan pemimpin BN yang senantiasa bermuka merah-merahan.

"Negara berkebajikan" memberangsangkan

Dalam kita menunggu ketibaan pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13), mesej utama yang dibawa oleh Presiden PAS Hadi Awang - membangun negara berkebajikan - bukan sahaja memberangsangkan ahli-ahli PAS yang mahukan pemantapan jentera PAS menghadapi PRU ke-13, tetapi juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang mahukan perubahan yang menghala ke arah pembentukan sistem dua-barisan (two-coalition system).

Hal ini bermaksud, apa yang PAS harus bezakan dirinya dengan UMNO bukan sekadar menganggap UMNO sebagai lawan politik tetapi juga membezakan dirinya dengan UMNO dari segi nilai, konsep serta cara memperjuangankan dan membawa perubahan kepada politik kenegaraan Malaysia.

Rata-rata negara dalam dunia moden berbicara kuat mengenai keperluan perubahan dan transformasi.  Sebagai kesinambungan laungan kuat zaman reformasi, masyarakat Malaysia pasca 8 Mac 2008 juga menuntut perubahan.  Sebab itu Kerajaan BN pimpinan Najib cuba memabukkan rakyat jelata dengan paparan-paparan "berita transformasi" saban hari yang lebih merupakan propaganda.  Namun percubaan Najib untuk mengembalikan kegemilangan UMNO bakal menemui kegagalan.

Sehingga hari ini, biarpun corak politik bertalam dua muka dan politik perkauman cuba menghalang peningkatan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, namun percubaan-percubaan seumpama yang bercorak ekstremisme juga memantapkan sokongan kuat yang telah diberikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP.

Rakyat secara amnya mahukan transformasi politik yang menghala ke arah pertengahan, bukan politik bercorak ekstremisme.  Sebab itu tanpa transformasi politik dalaman yang bermakna, UMNO yang kini terjerumus ke dalam "lumpur ekstremisme" yang dijauhi rakyat terbanyak merupakan penghalang utama kepada program transformasi Kerajaan Najib.

Sementara UMNO masih bergelumang dengan "lumpur ekstremisme" bagaikan budak kecil yang belum matang, PAS tidak terikut-ikut dengan permainan budak-budakan UMNO.  Petunjuk yang ditonjolkan oleh perwakilan PAS dalam pemilihan saf kepemimpinan baru PAS kali ini adalah jelas: Tolak UMNO, tolak Utusan dan kuburkan politik "kerajaan perpaduan"!

"Kerajaan Perpaduan" ialah isu palsu

Politik "kerajaan perpaduan" merupakan salah satu isu palsu yang sering dimainkan oleh UMNO untuk memperbodohkan kebijaksanaan dan tamadun Melayu.  Tamadun Melayu sepertilah tamadun dunia lain yang berkembang pesat selari dengan kemajuan dunia.  Dalam konteks ini, harapan rakyat adalah politik kenegaraan Malaysia wajar berkembang dalam kerangka sistem dua-barisan, bukan pendominasian kerajaan oleh satu parti (one-party dominant state) untuk selama-lamanya.

Dengan kata lain, transformasi politik yang kini kelihatan muncul dalam PAS bakal membawa politik kenegaraan ke satu tahap baru - yakni ke arah pertengahan yang mempunyai implikasi positif kepada pembentukan sistem dua-barisan.  UMNO yang terus bergelumang dengan "lumpur ekstremisme" pula merupakan penghalang kepada kemajuan tamadun Melayu dan politik kenegaraan yang mantap.

Sistem dua-barisan harus bermula dengan pertukaran rejim di peringkat persekutuan, tetapi hujah ini tidak bermaksud rejim baru dapat menduduki tampuk pemerintahan selama-lamanya.  Apabila politik kedua-dua belah masing-masing menuju ke arah pertengahan, pertembungan juga akan berlaku.  Tetapi pertembungan dalam kerangka pertengahan dapat menjauhkan politik kenegaraan daripada pergolakan yang tidak terjangka.

Pergolakan yang dapat dijangka akan menampakkan persamaan dalam pertembungan.  Dalam konteks kemajmukan Malaysia, hal ini bermaksud persamaan dari segi hala tuju pertengahan kini mencorakkan cara KEADILAN, PAS dan DAP membawa perubahan kepada politik kenegaraan dan masyarakat Malaysia.

Maka persoalan seterusnya adalah, apakah perbezaan konsep "negara berkebajikan" PAS dengan UMNO yang juga mendakwa kononnya didasari konsep yang sama?  Dalam soal ini, ucapan Presiden PAS secara ringkas telah menyentuh perbezaannya:

"PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN, sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat."

Perbezaan tersebut termasuk hujah bahawa "Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata", seiring, seirama dan senada suara dengan intipati Buku Jingga yang juga melakarkan harapan rakyat apabila Pakatan Rakyat diberikan peluang mentadbir urus Kerajaan Persekutuan.

Pembaharuan secara dasar

Apabila Kerajaan Persekutuan hari ini begitu ghairah dengan sifat tata kelola yang boros lagi memboroskan sedangkan rakyat terbanyak menderita menjalani kehidupan harian yang penuh dengan tekanan.  Kita bukan sahaja perlu menolak Menteri Pelancongan yang membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook, atau bekas Menteri Besar (MB) yang "berkemampuan" membayar RM6.5 juta secara tunai untuk mengubahsuai "mahligai" tidak setimpal dengan gaji seorang MB, atau Kerajaan BN yang tidak mampu menjelaskan ke mana perginya saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, kita juga perlu pastikan perubahan dan pembaharuan secara dasar dilakukan.

Pembaharuan secara dasar memerlukan pertembungan pemikiran dan wacana baru.  Sesungguhnya, pertembungan pemikiran merupakan sebahagian daripada petanda penting kemajuan tamadun masyarakat yang dapat memberi implikasi positif terhadap transformasi politik.  Dalam hal ini, pengkategorian saf kepemimpinan baru PAS kepada golongan ulama dan professional tidak memberi makna nyata selain melambangkan kebodohan UMNO berikutan lesapnya isu palsu "kerajaan perpaduan".

Namun, pertembungan pemikiran seperti pertembungan antara kaum tua dan kaum muda dalam kalangan ulama yang pernah berlaku dalam sejarah pemikiran Islam mempunyai makna signifikan kepada kemajuan tamadun Islam termasuk cara membawa perjuangan politik dan nilai-nilai politik.  Maka tidak perlulah masyarakat melihat pertembungan sedemikian sebagai larangan.

Akhir kata, izinkan saya meminjam kata-kata Tengku Nasaruddin Said Effendy atau yang lebih dikenali sebagai Tenas Effendy untuk menggambarkan kebijaksanaan para perwakilan PAS seperti berikut:

Bijaknya berkayuh menongkah arus
Bijak menarik rambut di tepung

Bijak menangkis bersilat lidah
Bijak marah dalam ketawa
Bijak senyum dalam susah

Bijak mengukur sama panjang
Bijak menimbang sama berat

Bijak memberi kata putus
Bijak melangkah dalam onak
Bijak menepis tuntung keris

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

**Ooi Heng ialah salah seorang panelis untuk forum berjudul "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan", yang akan diadakan pada 17 Jun 2011, Jumaat.  Panelis yang lain termasuk Naib Presiden PAS Husam Musa dan kolumnis dwi-bahasa, Lee Ban Chen. Sila baca: Forum "Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke arah Pertengahan dalam Kemajmukan" .
Read More...

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
Read More...

Era progresif Dr Burhanuddin menjelma kembali

Akhirnya, ramailah yang terloncat gembira dan tak kurang juga yang sasau selepas berakhirnya muktamar PAS minggu lalu. Lebih mencuit hati apabila ada ahli politik seperti kera kena belacan, meroyan seperti lelaki gila talak. Sedih dan sayu hati melihat segelintir Melayu mudah  lupa.

Lalu muncul istilah “Erdogan” dan “sekular”, hero seperti jaguh “kafir-mengkafir” kini sudah bersilih-ganti dan pastinya gelaran itu kini milik (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) Zulkifli  Noordin.

Hebat sindiran si lebai bernama Zulkifli dengan kata-katanya kepada (Presiden PAS Datuk Seri) Hadi Awang, “Sebagai seorang agamawan yang tegas walau pun tidak banyak bercakap, namun  beliau kini tersepit di antara ‘impian ke syurga’ dengan ‘kilauan Putrajaya’.”

Beginilah nasib apabila kerap melompat parti, tergila-gila popularity, mahu jadi imam “kafir mengkafir”.

Alangkah baik kalau si jaguh ini lapangkan dada dan membaca sedikit lembaran sejarah terutamanya menyingkap perihal tokoh dan pejuang  kemerdekaan negara iaitu Presiden PAS sekitar 1956-1969, Dr Burhanuddin al-Helmy.

Kesediaan bekerjasama dan prinsip Dr Burhanuddin sepanjang melalui liku-liku menuntut kemerdekaan negara merupakan lipatan sejarah yang tidak akan hilang  dek zaman.

Slogan anti-penjajah PAS pada tahun 1950-an sangat lantang, jalinan kerjasama antara PAS dengan gerakan buruh, rakyat serta parti-parti kiri untuk  menuntut kemerdekaan semasa di bawah pimpinan Burhanuddin sangat mencemburukan penjajah.

Kesediaan menjalin kerjasama dengan mereka yang dianggap golongan kiri ini mencerminkan PAS bukanlah sebuah parti yang kolot malahan merupakan penggerak  utama serta lebih progresif berbanding UMNO ketika itu yang melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’.

Kebijakan dalam pertimbangan bagi menentukan hala tuju yang dibawa Dr Burhanuddin serta parti pimpinannya membuka lembaran lebih luas di dalam perjuangan  sebenar satu-satunya Parti Islam negara tersebut.

Maka tidak hairanlah pembaharuan dan imej progresif yang dibawa PAS ini menjadi momok yang menakutkan UMNO serta rakan-rakan perikatan mereka iaitu MIC dan  MCA.

Lantaran itu, PAS dilihat sudah semakin matang dan mula membiak dengan benih-benih kesuburan demokrasi di kalangan ahli parti yang suatu ketika dahulu  dipandang sebagai pak lebai.

Bekas presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad antara susuk-susuk yang menyuarakan kebimbangan, penjenamaan “Negara Berkebajikan” menimbulkan rasa kurang senang malahan ia  menjadi kritikan keras dari mereka yang mula rasa tergugat.

“Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka” merupakan kata-kata keramat Dr Burhanuddin yang sudah semakin dilupakan tetapi dengan barisan  pemimpin muka baru yang segar dan imej baru PAS bakal mencorak perjalanan penuh dengan kejayaan kelak.

Dengan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat, lembaran baru kerjasama PAS-DAP-PKR ini bakal memangkin satu pembaharuan dan imej ke hadapan yang akan  menarik lebih ramai golongan muda serta pelbagai bangsa untuk mendekati PAS yang suatu ketika dahulu pernah digeruni.

Syabas PAS yang mahukan perubahan; bilakah agaknya politik wang dalam UMNO akan tamat? Siapakah yang tidak sanggup berubah akan merasa padah..

Nota: Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan bekas Yang Dipertua Agung Partai Islam Se-Tanah Melayu pada tahun 1956 hingga kematiannya pada tahun 1969, kesan daripada penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di  bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis  radikal dan pemikir Islam”.

M. Izwan
9 Jun 2011 - RoketKini

Read More...

Mat Sabu: Zaman sekolah pun orang akan ungkit

Tanpa disangka, individu yang melangkah keluar daripada kenderaan Proton Savvy berwarna hijau muda itu merupakan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Walau tidak berkereta mewah, beliau tetap kelihatan segak dengan jaket gelap dan rambut tersikat rapi serta senyum yang jarang lekang dari bibirnya.

“Ini sebab nak jumpa duta Syria, kalau tidak saya pakai T-shirt saja,” kata bekas ahli parlimen itu yang kelihatan agak malu-malu dengan pakaiannya hari itu.

Temubual dengan Malaysiakini dijalankan di ruang restoran sebuah hotel di Petaling Jaya – lokasi pertemuan yang difikirkannya sebagai tempat paling "adil" bagi wartawan yang datang dari arah Kuala Lumpur dan beliau sendiri dari Shah Alam.

Isu keadilan merupakan topik utama perbualan pada pagi itu, malah ditegaskannya sebagai satu sebab utama beliau menyertai PAS pada tahun 1982.

Mohamad membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya ketika berkempen untuk PAS ketika masih bersama pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1978.

Timbalan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengehadkan ceramah oleh parti pembangkang dalam kempen pilihan raya pada tahun berkenaan, kata Mohamad lagi dalam temubual pada Rabu lalu.

"(Mahathir) bebas bersyarah di sekolah, padang sekolah dan PAS tak boleh. Waktu itu hanya boleh berceramah dalam rumah. Saya nampak terlalu tak adil. Kalau itu demokrasi di Malaysia maka sangat teruk.

Demi 'demokrasi'

"Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi.

"Waktu itu (saya) tak tahu hal-hal dasar (PAS) dan sebagainya, dan perjuangan (untuk) demokrasi dari dulu sampai sekarang," katanya yang popular dengan nama gelaran Mat Sabu.

Atas dasar itulah juga Mohamad meletakkan dirinya sebagai penggerak utama kepada perhimpunan 40,000 rakyat pada November 2007 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dalam kedudukannya kini sebagai timbalan presiden, Mohamad Sabu kembali sebagai teraju utama bagi perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang telah diluluskan PAS sebagai acara wajib untuk disertai oleh anggota parti itu.

Ketika ditanya, Mohamad berkata beliau yakin untuk terus mendapat sokongan dalam parti walau memegang pendirian yang berbeza dengan pemimpin lain dalam parti itu.

"Tak apa. Pandangan berbeza (anggota parti) suka tapi nak ikut dia payah," katanya sambil tersenyum.

Begitu juga halnya apabila beliau terpaksa menjelaskan pendiriannya untuk tidak menerima gelaran 'Datuk' daripada Istana.

"Orang biasa kalau jumpa selalu kata 'kami doa Abang Mat dapat (gelaran) Datuk'. Saya cuma senyum. Itu adalah pandangan umum sebab mursyidul am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun (terima gelaran) itu, jadi saya berdiam sajalah.

"Kalau bercakap benda ini… ini dah bercakap dah ni, nanti dimarah oleh semua orang," katanya lagi sambil ketawa.

Candu agama

Mohamad sedar pandangannya itu akan menimbulkan kemarahan orang dalam partinya sendiri, namun beliau tetap menjelaskan bahawa kalangan pemimpin dalam PAS yang "mengejar" pangkat berkenaan berbuat demikian kerana melihat gelaran tersebut sebagai satu keperluan.

"Mereka ingat ini perlu, bila ini perlu maknanya kita amalkan sistem kasta... Ini pandangan yang berbeza dengan orang lain.

"Tapi saya tak paksa pandangan saya pada orang lain. Ini hal peribadi saya," katanya yang turut mengaitkan penganugerahan pingat seperti itu dengan sistem kelas dan "pemujaan feudalisme."

Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat.

"Saya beri ulasan bahawa paderi-paderi menyokong Tsar zalim (sedangkan) upah pekerja tak dipedulikan. Maknanya kalau mahukan perubahan sosial kena tolak agama, dalam pengertian masa itu, yang menyokong kezaliman," katanya lagi.

Katanya, perkara tersebut ditimbulkan dalam satu perbincangan dengan seorang sarjana Jerman dan beliau kemudiannya dijemput ke negara berkenaan untuk memberikan syarahan dan berdialog dengan ahli akademik di situ.

"Benda macam ini yang (buat) orang tuduh saya aliran lain. Ini yang saya tengok ugama disalah guna, salah erti," katanya lagi yang pernah dilabel sebagai pengikut Syiah.

Tambahnya, beliau begitu kagum dengan Ayatollah Khomeini yang memimpin revolusi Iran pada 1979 – peristiwa yang banyak membentuk pemikirannya.

"Kenapa saya sokong Khomeini? Sebab dia menggunakan agama untuk menggerak perubahan melawan Shah. Tapi sekarang di Malaysia, di Negara arab, lebih seperti candu. Ini cukup kontroversi jika saya bawa pandangan macam ini.

"(Kalau) golongan raja atau orang besar buat kesalahan, ada ulama yang cuba lindungi kesalahan ini. Kalau orang bawah buat?," soalnya.

Pengalamannya ditahan bawah ISA, kali pertama pada 1984 dan kali kedua pada 1987, mengukuhkan lagi pandangannya ke atas aspek keadilan sosial.

'Adinda' Lim Guan Eng

Ketika ditahan kali kedua dalam Ops Lalang, beliau mengambil peluang berkenaan untuk mengukuhkan hubungan dengan pemimpin yang turut ditahan pada waktu itu – terutamanya Lim Guan Eng yang sering dibahasakannya sebagai 'adinda'.

Katanya, beliau sering berbual dengan Lim ketika dalam tahanan dan mendapati beliau mempunyai banyak persamaan idea dengan bekas ahli parlimen Kota Melaka itu.

Bagaimanapun, hubungannya dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula nampaknya tidaklah sebaik hubungannya dengan Lim.

Mohamad mengakui bahawa tindakan Anwar yang meninggalkan Abim untuk menyertai Umno pada 1982 telah "memakan hati" anggota pertubuhan berkenaan.

Malah Mohamad turut meninggalkan pertubuhan tersebut sebagai tanda protes ke atas tindakan Anwar menyertai Umno dan kemudiannya menjadi musuh politik "nombor satu" Anwar termasuk bertanding dalam pilihan raya 1986 bagi mencabar Anwar di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Hinggakan, beliau sanggup memanggil Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu dengan gelaran "Anwar Al-Juburi" dalam satu sidang Dewan Rakyat, ketika isu skandal liwat tersebut memuncak.

Beliau kemudiannya tidak lagi menyerang Anwar yang juga timbalan presiden Umno pada masa itu apabila Anwar dipecat daripada parti dan menubuhkan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk kerjasama dengan PAS.

"Dalam Islam, kata yang benar di depan pemerintah yang zalim, bukan yang pencen. Kalau kita serang Mahathir saja tak guna, kita kena serang Najib, Hishammuddin.

Pasca-'Anwar Al-Juburi'

"Serang orang tak berkuasa tak guna sebab dia tak boleh ubah polisi," katanya lagi ketika diminta menjelaskan pendiriannya terhadap Anwar pada masa itu.

Mohamad berkata, walaupun telah kembali bekerjasama dengan Anwar, beliau sendiri tidak pernah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR itu melainkan di "pentas-pentas ceramah" 

Mohamad bagaimanapun mengakui bahawa beliau pernah berjumpa Ummi Hafilda Ali yang kemudiannya menjadi saksi utama dalam kes perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

"(Itu) dulu, saya ada dengar (Ummi Hafilda) bercakap, saya tak bercakap. Dalam Islam, tuduhan begitu kita mesti jaga. Itu sebab dalam ceramah saya tak bercakap isu itu, banyak isu lain," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan terbaru melibatkan rakaman video lucah yang dilemparkan terhadap Anwar, Mohamad berkata bukti terhadap tuduhan berkenaan perlu dikemukakan oleh pihak yang membuat dakwaan itu sendiri.

"Anwar tak mengaku maka pembuktian pada orang menuduh. Pembuktian (kini masih) di awang-awangan. Anwar tak mengaku jadi macam mana nak kata dia (dalam video lucah itu)?," soalnya.

Menyentuh isu khalwat yang dihadapinya pada 1995, Mohamad berkata, isu berkenaan telahpun berlalu dan mahkamah juga telah membebaskan beliau daripada tuduhan berkenaan.

Cerita lama

"Saya tak cakap dah cerita itu. Walaupun Umno bangkitkan cerita itu, ia dah berlalu... Mahkamah dah buat keputusan, saya tak mahu cerita balik.

"Biasalah dalam politik ini, walaupun kejadian di sekolah tingkatan lima akan ditimbulkan, tapi saya anggap perkara berlalu," katanya lagi.

Jelasnya, isu berkenaan juga tidak menjejaskan kredibilitinya pada waktu itu memandangkan beliau tetap berjaya memenangi pertandingan bagi kerusi anggota jawatankuasa pusat PAS pada tahun yang sama.

Ketika dakwaan skandal itu dihangatkan pada 1995, beliau juga berjaya memenangi kerusi parlimen Kubang Kerian dengan lebih 10,000 majoriti undi.

Bekas ahli parlimen Nilam Puri itu turut memenangi kerusi naib presiden pada 2007 dan kini dipilih sebagai timbalan presiden parti.

"Perkara ini, (kalau) betul-betul kita lakukan kesalahan, ahli (PAS) dan rakyat akan hukum. Kalau kita cakap pasal rasuah dan bila memerintah buat rasuah lebih berat, rakyat akan hukum," katanya lagi.- MK
Read More...

BETUL MATI ATAU MATI BETUL BETUL

Pada 2 haribulan May yang lalu dunia digemparkan dengan berita Osama Bin Laden mati di bunuh oleh soldadu Amerika. Heboh seluruh dunia. Kematian Osama ini menjadi kempen Jom Heboh Obama. 

Semenjak serangan WTC di New York pada 9/11 dahulu, Osama yang mengidap penyakit buah pinggang telah dilaporkan mati beberapa kali. Arwah Benazir Bhutoo ketika menjadi Perdana Menteri Pakistan telah pernah dilaporkan oleh akhbar Guardian London berkata yang Osama telah lama mati. Ini sebelum Benazir sendiri di bunuh mati.

General Hamid Gul bekas pengarah ISI – Inter Services Intelligence ( pasukan risiskan Pakistan) telah dilaporkan beberapa tahun dahulu mensahehklan bahawa Osama telah lama meninggal dunia. Selama sepuluh tahun Osama tidak berkata apa apa – senyap dan sepi. Yang heboh-heboh hanyalah media yang melaporkan aktiviti apa yang mereka panggil pengganas Islam Al-Qaida. 

Osama - nama Osama - menjadi jenama untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Osama yang beragama Islam dijadikan ‘hantu’ untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar melihat Islam sebagai musuh.

Dengan bangganya Rumah Puteh telah mengeluarkan berita kematian Osama. Berita awal melaporkan bagaimana pasokan SEAL – komando elit Amerika – datang dengan helikopter telah bertempur dengan pengawal Osama di Abbotabad Pakistan. Laporan media juga berkata Presiden Obama dan ahli kabinetnya terpukau melihat operasi ini secara terus menerus di Rumah Puteh.

Melalui berita awal ini rakyat dunia juga telah di beritahu bahawa Osama telah menggunakan isterinya yang muda dan comel sebagai pelindung.

Esoknya kesah ini bertukar pula. Osama diberitakan tidak bersenjata. Osama dilaporkan tidak menggunakan isterinya sebagai pendiding. Hanya ada seorang pengawal yang bersenjata. Pertempuran hebat itu tidak pernah berlaku. Presiden Barak Obama tidak melihat secara terus menerus tetapi menerima laporan dari pimpinan tentera. Semua propaganda telah kantoi!

Semua menjadi kantoi kerana warga di Abbotabad telah pergi melihat rumah yang dikatakan tempat Osama tinggal. Mereka tidak melihat tembok pecah dan lantai robek. Kesan-kesan peluru juga tidak ternampak. Saheh tidak ada pertempuran.

Kesah dongeng ini cuba dibetulkan oleh Rumah Puteh. Media dunia telah diberi satu gambar yang menunjukkan muka Osama pecah berdarah. Tetapi Rumah Puteh terlupa bahawa hari ini telah wujud internet dan teknoloji komputer gambar. Muka Osama berdarah ini dibuktikan sebagai gambar lama yang telah pernah dikeluarkan oleh Rumah Puteh tiga tahun dahulu.

Rupa-rupanya ini gambar muka Osama luka berdarah telah di photoshop. Ini samalah seperti gambar muka Rosmah Mansor yang montok dan leher yang berlapis-lapis telah dilangsing dan dicunkan. Kalau rakyat Malaysia boleh ketawa apabila melihat muka Rosmah yang di potoshop – bayangkan rakyat dunia lagi ketawa besar apabila melihat kerja bodoh Rumah Puteh.

Kantoi demi kantoi ini menjadikan Obama tertekan. Presiden Obama kini sedang dilihat sebagai Pelawak Hitam – Black Comedian – yang diupah membuat lawak oleh saudagar senjata berkulit puteh. Untuk meneruskan jenakanya si Pelawak Hitam ini telah memberitahu dunia bahawa mayat Osama telah dibuangkan ke dalam laut. Mengikut lojik Obama apabila telah dibuangkan ke laut maka tidak ada dakwa dakwi. Tidak perlu gambar. Tidak perlu DNA. Khalas. Period. Khatam kes Osama Bin Laden. Kes tutup.

Untuk kita yang rasional, sama ada Osama mati bulan dulu atau lima tahun dahulu tidak penting disini. Apa yang jelas peranan Osama untuk menakut-nakutkan dunia telah tamat. Tetapi Al-Qaeda masih dikatakan wujud. Al-Qaeda kini ialah satu jenama sama seperti FaceBook atau Sabun Fab. Jenama ini telah menyerap masuk ke dalam ingatan bersama rakyat dunia. Ini penting untuk kuasa imperial Amerika dan saudagar senjata.

Untuk memahami jenama ini mari kita semua kembali melihat strateji dan taktik kuasa imperial Amerika yang terdahulu. Di zaman Perang Dingin/Cold War diantara blok Amerika dan Russian dahulu – yang dijadikan hantu ialah komunis. Komunis telah digunakan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia agar menyokong Amerika yang dikatakan membawa obor kebebasan dan demokrasi.

Rakyat dunia telah ditakut-takutkan dengan mistos ideloji komunis. Untuk orang Islam - komunis telah dikatakan tidak bertuhan. Kaum tani pula telah ditakut-takutkan dengan sistem ekonomi komunis dimana semuanya wajib dikongsi termasuk berkongsi cangkul dan sabit. Jika ini tidak menakutkan kaum tani – dalam sistem komunis dikatakan sang isteri juga akan dikongsi sama.

Ketika Perang Dingin berjalan saudagar senjata dan syarikat gergasi senjata di Amerika Syarikat telah mendapat kontrek yang lumayan dari kerajaan Amerika. Saudagar dan tuan empunya syarikat senjata telah digalakkan untuk mencipta dan mengeluarkan senjata terbaru/tercanggih yang boleh mengalahkan Russia.

Di era ini perlumbaan senjata antara Amerika dan Russia telah dijadikan kuliah wajib oleh media dunia. Khutubah tentang kekuatan senjata Russia ini dijaja ke hulu ke hilir untuk menakut-nakutkan rakyat dunia. Hasilnya : di Eropah banyak negara dipaksa membukakan tanah air mereka untuk dijadikan pengkalan senjata nuklear Amerika. 

Pertembongan dua ideloji antara sistem kapitalis dengan sosialis ini telah menjadikan dunia tegang. Amerika terus membuat huru hara. Ketegangan dan huru hara yang berterusan ini amat baik untuk saudagar senjata.

Justeru, di zaman Perang Dingin , Amerika telah menobatkan ramai General untuk mengambil alih kerajaan sebagai langkah menentang komunis. General Pinochet di Chile, General Suharto di Indonesia, General Thanom Kitikachorn di Siam, General Pak Chug Hee di Korea adalah contoh-contoh soldadu yang dinobatkan untuk menjadi kepala negara.

Sebenarnya - keadaan tegang ini adalah cuaca dan suhu yang terbaik untuk saudagar senjata. Senjata-senjata baru terus dicipta. Senjata lama dijualkan kepada negara dunia ketika yang berjaya ditakut-takutkan dengan ‘hantu komunis’. Apabila negara-negara dunia ketiga merasa takut maka tidak dapat tidak mereka akan berpayung di bawah bendera Amerika Syarikat.

Semua ini berubah apabila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1998. Dua German – Barat dan Timur – yang dahulunya bermusuh kini bersatu. Russia menjadi lebih demokratik dan mengamalkan sistem kapitalis. China menjadi murtad dimana Parti Komunis China menjadi budak suruhan kepada kaum kapitalis.

Yang lebih menakutkan kaum kapitalis, saudagar dan tuan empunya kilang senjata ialah suasana aman damai dalam dunia ini. Jika dunia aman maka senjata tidak lagi diperlukan. Jika rakyat dunia tidak bergaduh sesama sendiri maka tidak ada negara yang ingin membeli senjata. Kilang senjata dan saudagar senjata tutup kedai. Perang menjadi sejarah.

Justeru, satu strateji baru dieram. Para pemikir yang diupah oleh kaum pemodal telah menimbulkan satu strateji baru. Samuel P. Hutington pada tahun 1992 telah menetaskan apa yang dipanggil Clash of Civilisation – Pembentrokan Tamadun. 

Teori ini diwujudkan setelah tamatnya Perang Dingin. Dalam teori ini yang dijadikan musuh dan hantu - yang dilihat sebagai masalah ialah budaya dan tamadun yang berbeza dengan budaya dan tamadun Amerika Syarikat. Kepelbagaian budaya ini tidak dilihat sebagai positif yang mengkayakan dunia tetapi dilihat sebagai masalah.

Justeru Islam telah dinobatkan oleh Samuel P. Hutington sebagai salah satu tamadun dan budaya yang akan membawa masaalah kepada tamadun dan budaya Anglo-Saxon. Maka disini terselitkanya nama Osama bin Ladin.

Sebelum serangan keatas WTC pada 9/11, para pemikir dan pembuat dasar Amerika telah lama bersedia untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan. Setahun sebelum Iraq diserang pemikir strateji tentera Amerika telah merancang untuk menyerang Iraq. Negara ini menjadi sasaran kerana Iraq adalah negara ke dua yang terbanyak menyimpan bahan bakar minyak petrol sesudah Saudi Arabia.

Justeru, racangan dua buah kapal terbang melanggar WTC bukan satu yang baru. Pada tahun 1962 telah ada perancangan yang dipanggil Operation Northwood. Dalam operasi ini CIA akan melakukan serangan terhadap tempat tempat yang telah dipilih. Serangan mengejut ini akan memeranjatkan rakyat Amerika. Mengikut skrip Operation Northwood , dengan pantas Presiden Amerika akan menuduh Castro dan Cuba sebagai penyerang.

Rakyat Amerika akan dibakar kemarahan. Ketika patriotisma rakyat Amerika tercabar, disaat inilah Cuba akan diserang. Inilah yang berlaku pada 9/11 dahulu. Kerja ‘orang dalam’ ialah melanggar WTC dengan dua buah kapal terbang untuk disaksikan oleh seluruh rakyat Amerika. Ini samalah seperti serangan Perlabuhan Pearl di Hawaii pada 7 Disember 1941 dahulu. Serangan Jepun ini memang digalakan oleh saudagar-saudagar senjata agar Amerika masuk campur dalam Perang Dunia Kedua. Kalau Amerika tak masuk perang maka kilang senjata tidak berfungsi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa serangan terhadap WTC pada 9/11 itu adalah kerja ‘orang dalam’. Nama Osama dimunculkan sebagai strateji untuk menjadikan Islam sebagai jenama musuh rakyat dunia. Media dan propaganda Amerika telah memuntahkan kepada dunia bahawa Osama ialah penjihad Islam. Islam kini dilihat sebagai musuh baru terhadap kebebasan rakyat dunia.

Strateji Perang Dingin kini telah beralih menjadi Perang Melawan Keganasan – War on Terror. Suasana reda aman damai sesudah runtuhnya Tembok Berlin hanya untuk beberapa tahun sahaja. Kini suasana dunia menjadi tegang kembali.

Kalau di zaman Perang Dingin ada perang di Vietnam, Kamboja dan Laos. Di zaman Perang Melawan Keganasan ini ada perang di Iraq, Afghanistan dan Pakistan. Hakikatnya kilang membuat senjata tidak berhenti henti membuat senjata. Saudagar senjata ketawa terbahak-bahak memasukan duit ke dalam bank. Dan kita jangan jadi bodoh untuk terus bertanya Osama sudah mati atau belum.(TT)
Read More...

MATINYA SEORANG OSAMA

KERJA ORANG DALAM
MATINYA SEORANG OSAMA

Ketika bangunan World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang aku duduk dalam satu sel dengan Tian Chua dalam kem tahanan Kamunting. Kami dikawal dari mengetahui apa yang sedang berlaku diluar penjara. Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi satelah enam bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.

Aku tidak mengetahui apabila berlakunya serangan ke atas WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu Elizebeth Wong telah datang melawat Tian Chua dan dia membawa berita ini. Aku dengan serta merta merasa agak was was tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Percambahan fikrah aku tidak membenarkan aku menerima dan menelan bulat bulat apa sahaja fakta dari kuasa daulah tanpa ditapis.

Dalam masa yang sama - tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini telah sampai ke Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku. Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri maka aku lihat mereka telah diperangkap dengan satu mondus operandi operasi hitam untuk menghalalkan pengunaan ISA – penjara tanpa bicara.

Bila aku kaji kes Al-Maunah maka aku merasakan ledakan WTC ini juga adalah satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.

Satu minggu sesudah 9/11, aku telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk bicara kes Tunjuk Perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke Rumah Pasong Sentul sebelum kami dipindahkan ke satu tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur. Di rumah pasong inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang menuju ke arah ke WTC kemudian meletup. Aku mencuri lihat klip ini dari kaca TV di rumah pasong Sentul.

Aku tidak ambil pot tentang siapa Osama bin Laden. Untuk aku nama Bin Laden ini adalah nama busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu satu ledakan di Kerpan Kedah terjadi bilamana seorang yang bernama Bin Laden telah merampas tanah sawah orang kampong untuk dijadikan kolam udang. Aku masih ingat lagi benterokan berlaku awal tahun 90an dimana orang kampong telah bangun melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah berjaya merampas tanah sawah orang kampong dengan kerja sama United Malays National Organisation.

Mara kehadapan dua tahun kemudian : Apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11 itu. Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka poyo lagi tojo dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.

Semakin banyak bahan yang aku baca - semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada hemat aku penangkapan Al-Maunah ialah agenda Mahathir pada tahun 2000. Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu. Justeru satu sandiwara rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu kepada Mahathir Muhamad. Juga dengan sandiwara bersenjata Al-Sauk Al Maunah ini Mahathir sedang menyediakan persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin Gerakan Reformasi. 

Justeru – apabila 10 orang aktivis Reformasi dan kepimpinan Keadilan di tangkap - kami dituduh yang kami sedang merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir Muhamad. Kami dituduh sedang menyusun gerakan ini secara sulit dan rahsia. Justeru, kerana ini maka aku berpendapat amat jelas bahawa Al Maunah hanyalah pembuka jalan untuk tangkapan beramai-ramai.

Sayangnya, agenda Mahathir dengan Operasi Al-Sauk Al-Maunah ini telah dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Orang ramai telah diberi tahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam masa 15 minit. Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan Mahathir Muhamad terbarai.

Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Sauk Al Maunah ini, babak rompakan ini telah dipentaskan semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang rompakan ini boleh berlaku dalam masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.

Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama manja Mahathir ketika itu. Tidak ada sesiapa ambil pot tentang lakonan semula rompakan senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini. Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush sesudah 9/11. 

Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali – akhirnya lebih dari 50% warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Puteh, Tentera atau FBI.

Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi dalam kerajaan telah mula mempersoalkan ‘kerja orang dalam ini’. Mereka yang mempertikaikan naratif resmi ini bukan ‘kecik anak’. Morgan Reynolds bekas penasehat ekonomi di bawah Bush Senior, Paul Roberts Ketua Nasa dari Jabatan Pertahanan, Michel Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) adalah diantara sosok yang bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap apa yang berlaku pada 9/11.

Manakala Andreas Von Buelow bekas Menteri Pertahanan German secara terang terang telah mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi CIA yang mewujudkan 9/11.

Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama ‘ Loose Change’. Dokumentri ini dengan berjaya telah membuktikan bahawa ledakan WTC pada 9/11 adalah kerja orang dalam. Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah ditimbulkan oleh Loose Change.

Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa pada 9/11 itu bukan dua ( not two ) tetapi tiga bangunan telah runtuh. Bangunan ke tiga ini dipanggil Building7. Yang menjadi lawak besar ( macam lawak Pajero AL-Maunah ) Building7 ini tidak ada kena mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-Qaida. Building7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh. 

Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas telah menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Ladin. Justeru, semenjak 9/11 berlaku nama Osama telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar menyokong kuasa imperilis Amerika dalam tindakan untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Di era Perang Dingin dahulu – sebelum runtuhnya Tembok Berlin - yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Russsia dan Komunis. Selesai Perang Dingin ini Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strateji yang dipanggil – perang menentang keganasan.

Dengan jelas aku melihat bahawa seperti Al-Sauk Al-Maunah dimana Mahathir Muhamad ingin meneruskan agenda politik untuk memperkayakan kroninya - George Bush juga telah menggunakan Osama untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq ‘military industrial complex’ - kuasa industri senjata Amerika ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula yang ingin ditawan ialah punca-punca gas.

Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad Pakistan aku juga tidak ambil pot. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam Kamunting. Aku tidak ambil pot kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca – amat jelas bahawa Osama ini adalah pekakas yang telah digunakan oleh CIA. Macam selipar jepun, macam skrew, macam beg palstik – semua ini boleh kita gunakan untuk satu ketika.

Skrew mungkin berkarat. Selipar jepun mungkin talinya terputus. Beg plastik mungkin telah terkoyak - maka semuanya boleh dibuangkan bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham – bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia. 

Tetapi untuk sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji tentang sejarah 9/11 dan sejarah Osama akan mengakui bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentri telah dibuat. Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil ‘asset’ dalam pengistilahan CIA. Asset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki hubungan dengan badan perisik Amerika ini.

Dari segi fakta sejarah - hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun 80’an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Russia telah menduduki Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russia secara bijak dan terancang telah melaungkan trompet ‘jihad melawan komunis’. Berbondong bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini sesiapa sahaja yang bangun melawan Russia di Afghanistan akan dipanggil Mujahidin.

Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan ‘jihad’ ini. Imej Islamik amat amat diperlukan. Maka disinilah munculnya peranan Osama Bin Laden. Seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunnah nabi dan dikatakan kaya dan memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat - Osama adalah ‘asset’ terbaik untuk CIA.

Duit mula meloroh masuk membantu Mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis. Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang kaya raya. Bayangkan betapa gembiranya para Mujahidin apabila mendengar muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka. Tetapi ada orang yang lebih bergumbira; kuasa imperial Amerika amat amat gumbira kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin Laden.

Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak anak muda yang datang ‘berjihad’ di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada tim silat Al-Maunah. Mereka kurang sedar ada agenda tersorok yang lebih besar. Mereka hanya menjadi pekakas. Dibelakang niat suci dan niat baik para Mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan Satu Kerajaan Dunia di bawah telunjuk Amerika Syarikat.(TT)

nota:
bahagian kedua minggu depan
Read More...

Dah ramai Melayu bodoh


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.

Katanya, dakwaan tersebut tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun, justeru mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu tersebut.

‘‘Sebab itu kita tidak boleh buat terburu-buru, kena siasat dulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa bukti.

‘‘Biar kita siasat (dakwaan ini) dan yang penting jangan membesarkan cerita ini sebab ia boleh menjadi api dalam sekam.

‘‘Kalau tidak bendung, boleh jadi polarisasi yang amat serius dalam masyarakat kita,’’ katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.

Fortran@
kahkahkah
kononnya najib nak jadi penyelamat
yang mainkan isu ni adalah utusan
lidah umno
cukup lah bodohkan melayu dengan isu macam ni
dah ramai melayu yang bodoh
janganlah terus tambah jumlah melayu yang bodoh
cukuplah sekadar yang ada sekarang
sekarang pun dah ramai melayu yang suka diperbodohkan
bila melayu jadi bodoh
umno akan terus berkuasa sampai kiamat
Read More...

Kempen bodohkan Melayu dipertingkatkan



KOMENTAR : Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri ! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. 

Dalam pilihanraya- pilihanraya kecil seluruh Negara selepas Mac 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat. 

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadusiber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhanliwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka. 

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. 

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu. 

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat !

Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat ! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Jikaada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno. 

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut- nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan danrasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadusiber yang berlebih- lebihan memakihamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.
Read More...
 
Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint