Mahathir menyesal


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa sedih melihat taburan hutan kecil di bandar raya ini lenyap satu persatu digantikan dengan hutan konkrit. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata hutan-hutan kecil itu mesti diperlihara sekalipun menelan belanja yang tinggi kerana ia unik dan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri Kuala Lumpur. 

"Saya takut tidak berapa lama lagi semua hutan ini akan lenyap. Kehijauannya tidak lagi mewarnai Kuala Lumpur. Ia tidak lagi meneduhi orang ramai yang lalu-lalang.

"Bahang matahari akan menjadi lebih panas kerana pancarannya dipantul oleh jalan bertar dan laluan konkrit yang memanaskan udara," katanya dalam entri terkini blog beliau chedet.co.cc, yang bertajuk ''Hutan di Kuala Lumpur''. Dr Mahathir berkata Kuala Lumpur masih hijau dan jauh lebih hijau berbanding sesetengah negara dengan landskap barunya yang mementingkan pokok-pokok dewasa. "Memang menakjubkan melihat Kuala Lumpur berkembang pesat. Di mana-mana saja kita lihat kren yang menandakan kawasan pembinaan bangunan baru. Bangunan pencakar langit dengan ketinggian dan reka bentuk yang pelbagai ada di setiap sudut. Kuala Lumpur sekarang seperti bandar raya hebat yang lain di dunia.


Fortran@
kahkahkah
bila ada kuasa tak ingat dunia
bila dah tak ada kuasa baru nak bersuara
ni mesti ada pokok di sebalik konkrit
kalau tak ada sesuatu mustahil mahathir buat isu ni
mungkin nak halang menara warisan najib
atau projek untuk anak dia. kahkahkah
mahathir ni bukannya boleh dipercayai
semua nak tipu melayu 
dan suka cakap berbelit-belit mengikut warisan keturunannya. kahkahkah
Read More...

Najib suka buat lawak

Lawak mat mongol


Najib, yang juga peminat setia pasukan Manchester United (MU), juga berjenaka mengenai pasukan-pasukan bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris.

"Saya terpaksa memohon maaf (kepada peminat Liverpool) terlebih dahulu. Kita tahu yang MU mempunyai saluran TV-nya sendiri, begitu juga dengan Chelsea. "Tapi, Liverpool hanya menpunyai History Channel," katanya disambut gelak ketawa di kalangan mereka yang berada di konti. "Saya harap peminat Liverpool jangan pula tidak mengundi saya nanti," katanya.

Fortran@
kahkahkah
memang lawak
harga minyak diselaraskan dan jadi rm2.90
sedangkan harga minyak dunia sekarang turun
ni adalah jenaka dari najib yang suka berjenaka
sebagai bonus untuk rakyat malaysia
najib cakap ron97 hanya untuk orang kaya
sedangkan ron95 untuk rakyat pertengahan dan rendah
pasal tu la ron95 yang dibekalkan tak berkualiti
walaupun kuantitinya banyak.
Read More...

Pencetus 'Idea Gila' Hot FM

oleh: Addin
Pagi tadi aku tertengok temubual Najib oleh AM Krew Hot FM di 8TV. Apa yang aku faham Fafau si deejay Hot FM telah twit ke Twitternya untuk menjemput Najib ke konti Hot FM. Idea tersebut di namakan 'idea gila' oleh Fafau. Najib antara lain menceritakan pengalamannya semasa kanak-kanak dan juga kehidupannya sebagai perdana menteri.

Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasik lemak. Katanya, beliau berbasikal dari rumahnya berdekatan Hospital Tanglin untuk membeli nasi lemak yang berharga antara 30 hingga 50 sen pada masa itu. 

Yang lucunya Najib tidak benar-benar menjawab soalan yang diajukan oleh deejay sama ada beliau pernah menggunakan pengangkutan awam. Najib bukan pernah merasa susah seperti kita rakyat marhaen ni.. 

Soalan itu timbul apabila Najib pada program temu bual selama sejam itu, juga diajukan soalan mengenai pencapaian NKRA bagi pengangkutan awam sejak dilancarkan tahun lalu. Semasa temubual tersebut berlakulah puji memuji yang terlampau oleh para deejay Hot FM... nak termuntah aku mendengarnya.

Isu di sini aku bukan nak mengenengahkan pasal temubual tersebut tetapi siapa mengeluarkan idea asal untuk menjemput Najib ke konti Hot FM. Pada pagi tadi yang menarik perhatian aku ialah kehadiran orang kuat Media Prima iaitu Farid Ridzuan dan Manja Ismail iaitu pengarang Utusan Meloya. 

Tapi yang lebih menarik perhatian aku ialah Farid Ridzuan, apa yang aku tau Farid Ridzuan telah dipinjamkan dengan beberapa pegawai kanan Media Prima ke Jabatan Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu dikhabarkan untuk mempromosikan agenda kerajaan UMNO Be End. 

Aku percaya idea asal ini datang daripada Farid Ridzuan yang merupakan 'mastermind' di Media Prima kepunyaan UMNO. Idea ini adalah idea yang cukup terdesak untuk meraih perhatian umum setelah 'kekalahan' moral Be End di PRN Sarawak. Ingat kenyataan Najib...kita guna segala 'senjata' yang kita ada untuk memenangi PRU 13... dan ini mungkin salah satu 'senjata'nya..
Read More...

CIMB bukan lagi pemegang saham kedua terbesar Tricubes

Pemegang saham kedua terbesar syarikat Tricubes Berhad, iaitu Commerce Technology Ventures Sdn Bhd telah melepaskan sebahagian besar pegangan sahamnya pada minggu lalu, setelah mencungkil kontroversi berikutan penerimaan projek "E-mel 1Malaysia" daripada kerajaan Najib.

Commerce Technology Ventures Sdn Bhd adalah syarikat yang dimiliki secara tidak langsung oleh CIMB Group, yang diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).

Menurut maklumat di Bursa Malaysia, Tricubes Bhd mengalami perubahan yang jelas dari struktur pegangan sahamnya pada 4 Mei 2011, iaitu pemegang saham kedua terbesarnya, Commerce Technology Ventures Sdn Bhd telah melepaskan 14.5 juta unit sahamnya, bersamaan 10.82% saham, beberapa hari yang lalu.

Menurut maklumat itu, Commerce Technology Ventures melepaskan 8.33 juta unit saham Tricubes pada 27 April melalui pasaran terbuka, sebelum melepaskan 1.16 juta unit saham pada 25 April dan 5 juta unit saham pada 26 April.

Setelah perlepasan saham ini, maka Commerce Technology Ventures hanya memegang 4.63% saham Tricubes sekarang.  Dengan kata lain, Commerce Technology Ventures bukan lagi pemegang saham besar Tricubes.  Menurut peraturan Bursa, pemegang saham yang lebih rendah daripada 5% tidak perlu melapor kepada Bursa Malaysia.

Untuk tiga hari kebelakangan ini, harga saham Tricubes berlegar di antara 25.5 sen dengan 29.5 sen.  Syarikat yang tersenarai dalam GN3 ini berdepan dengan kemungkinan ditarik penyenaraiannya.  Selepas tersebarnya khabar projek "E-mel 1Malaysia", harga sahamnya melonjak dari 5.5 sen pada 18 April, kepada 32.5 sen pada 22 April, dengan lonjakan 491% dalam masa satu minggu.

Menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, Commerce Technology Ventures Sdn Bhd memegang 15.63% saham Tricubes, sebagai pemegang saham kedua terbesar.  Commerce Technology Ventures adalah Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group.【Baca: 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib】

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak.  Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Perkara ini mencungkil kontroversi setelah didedahkan, namun Nazir Razak menegaskan bahawa CIMB tidak memiliki syarikat itu.  "Kami tidak terlibat dengan pengurusannya. Kami tidak mempunyai wakil dalam lembaga pengarahnya... ia adalah kepentingan pasif sepenuhnya.  Sebarang kenyataan yang membayangkan kami sedikit sebanyak terlibat dalam perniagaan itu berniat jahat," katanya. 【Baca:Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta】
Read More...

LUBANG SAIFOOL DAN SUMPAH LAKNAT

Pelik tetapi benar. Pada tahun 1998 dahulu Kementerian Pelancungan Malaysia dengan kerjasama kementerian pelancungan negara-negara Asean telah bersetuju untuk menjadikan tahun 1998 sebagai Tahun Meliwat Malaysia.

Kempen Tahun Meliwat Malaysia ini amat berjaya. Malaysia untuk pertama kalinya telah mendapat liputan media antarabangsa. Berpuluh akhbar dan stesen tv dari luar negara telah menerbus masuk ke Malaysia ketika kempen Meliwat Malaysia ini dilancarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malah untuk pertama kalinya CNN telah menghantarkan Larry King , pesauh stesen ini untuk menemui bual wartawan unggul Malaysia – Zainuddin Maidin. Sayangnya Zam, nama manjanya - ketika itu sedang mendapat rawatan sakit tekak, walau pun ada desas desus yang mengatakan bahawa Zam sengaja mengelak. Sebagai nasionalis Zam hanya ingin ditemui bual dalam Bahasa Urdu atau Punjabi – dua bahasa yang tidak difahami oleh Larry King.

Kali ini , pada tahun 2011 ini Menteri Pelancungan Malaysia telah agak berbelah bagi dalam melancarkan kempennya tahunannya. Ada beberapa cadangan telah sampai ke meja Kementerian Perlancungan. Beberapa Profesor terutama dari Universiti Sintok telah mencadangkan agar tahun 2011 ini dinobatkan sebagai Tahun Lubang Saifool. 

Mengikut cadangan dari Sintok ini satu seminar bertaraf antarabangsa sedang dirancang untuk menilai dan menyelidik cara terbaik untuk memasarkan dan memajukan Lubang Saifool sebagai satu tarikan untuk para pelancung sedunia. Mengikut Profesor Sintok ini , jika di Itali boleh berbangga menayangkan Menara Condong di Pisa kenapa Malaysia tidak berbangga dengan Lubang Saifool.

Sayangnya pandangan dan cadangan dari Profesor Sintok ini telah disangkal oleh Jawi dan Jais. Kedua-dua jabatan agama ini melihat cadangan dari Profesor Sintok ini sebagai ‘ potong jalan’. Jawi dan Jais melihat jika Lubang Saifool dinobat sebagai ikon pelancungan Malaysia maka besar kemungkinan peranan Jawi dan Jais sebagai juru jual agama akan terhad dan kemungkinan lupus.

Justeru secara bermati-matian Jawi dan Jais telah mengajukan Sumpah Laknat sebagai kempen pelancungan untuk tahun 2011. Cadangan dari Jawi dan Jais ini kelihatan telah mendapat sokongan dari ramai peniaga dan saudagar-saudagar agama. Paling jelas sokongan datang dari beberapa orang saudagar agama dari Perlis.

Para saudagar ini melihat dengan wujudnya Sumpah Laknat ini maka saham dan peranan para saudagar agama ini akan melonjak. Malah besar kemungkinan pandangan dan pendapat para saudagar akan terus dilanggani oleh Kementerian Pelancungan. 

Bayangkan selama ini, terutama anak muda, langsung tidak ambil pot terhadap para saudagar ini. Berbuih-buih mulut para saudagar menjaja agama ke hulu ke hilir tetapi tidak ada sesiapa yang ambil pot. Apabila Kementerian Pelancungan membukakan tender dan mencari cadangan untuk kempen tahun 2011, maka para saudagar agama melihat ini adalah peluang terbaik. Ini bukan lagi durian runtuh tetapi ini peluang untuk membuka jalan mendapat kontrek. Silap-silap mungkin para saudagar agama ini akan diberi slot di RTM untuk membuat program Al-Kawah – tentang kesucian makan nasi kawah.

Cadangan dari Jawi dan Jais ini telah tersebar di media. Berita ini telah menjadikan Profesor Sintok mengelabah. Para Profesor melihat saudagar agama ini telah potong jalan. Mereka merasakan jika cadangan Jawi dan Jais ini diterima oleh Kementerian Pelancungan maka ‘ soro dan pani ’ para Profesor akan tergelincir. Masa depan Profesor Sintok ini semakin gelap. Mereka tidak lagi akan dipanggil untuk berseminar dan berseMinah. Mereka mungkin akan menjadi tidak relevan. 

Ada satu pekara yang paling menakutkan para Profesor ini - tulisan ilmiah mereka tidak lagi diterima oleh Utusan Malaysia. Jika ini berlaku maka runtuhlah harapan dan masa depan mereka. Jika Utusan tidak menerima tulisan dimanakah peluang untuk Profesor ini menulis. Tidak ada journal yang sanggup menerbitkan tulisan para Profesor ini. Bayangkan, jika Juwie dari Panchaindera pun akan menolak tulisan Profesor ini bermakna dunia keprofesoran mereka akan gelap.

Justeru Profesor ini berkumpul dan berbincang untuk menyediakan strateji baru. Dengan senyap-senyap para Profesor Sintok ini telah memulakan kerjasama dengan kerajaan Melaka. Cadangan telah dibuat agar Eyes of Malaysia yang kini berada di Melaka akan di tukar dengan jenama baru - Hole of Malaysia. 

Penjenamaan baru - Hole of Malaysia - dilihat sebagai pandangan yang bijaksana. Para Profesor Sintok kini dilihat canggih dan berwibawa. Malah kempen Lubang Saifool ini bukan berhenti dengan Hole of Malaysia sahaja. Satu kertas kerja - Lubang Saifool Menjana Pelancung - telah pun disiapkan. Dalam kertas kerja ini ada cadangan dua projek besar untuk menjana kempen Lubang Saifool.

Pertama: Terowong Lebuhraya PLUS di Bukit Berapit akan diberi nama baru. Terowong ini akan dinamakan Lubang DiRaja Saifool. Satu pesta yang penuh dengan adat istiadat akan diadakan untuk menobatkan nama baru terowong ini. Seri Paduka Baginda Raja Gopal al-Marhum Raja Kapoor telah bersetuju untuk mencecah duli merasmikan Lubang DiRaja ini. Media dunia akan dijemput hadir untuk membuat liputan. Jika kali ini CNN tidak dapat menghantar Larry King, Kementerian Pelancungan akan menaja BBC untuk menghantar Musang King untuk membuat liputan. 

Kedua: Satu Project paper telah disedikan untuk mendapat kelulusan Kabinet. Kabinet telah diminta untuk bersetuju agar pintu masuk ke gua di Batu Caves di kecilkan. Ini untuk memperlihatkan pintu gua ini sebagai satu lubang kecil yang memberahikan dan menarik. Malah ada cadangan agar di bahagian akhir pintu masuk ke gua ini akan dilicinkan dengan minyak pelicir. Ini untuk membawa para pelawat dan pelancung ke ambiance ‘licin dan geli-geli’ sebelum menerbus ke Lubang Saifool.

Cadangan ini hampir-hampir diterima oleh Kabinet. Tetapi Jawi dan Jais dengan licik dan bijak telah menggunakan saudagar agama dari Perlis untuk menghidupkan cadangan agar Sumpah Laknat yang sepatutnya dijadikan simbol pelancungan tahun 2011 ini.

Menurut jurucakap Jawi, Sumpah Laknat ini berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah para saudagar agama ini , satu Sumpah Laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.

Berbanding dengan Sumpah Laknat Saifool tiga tahun dahulu, kali ini Sumpah Laknat lebih teratur dari segi media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus putus tentang Sumpah Laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan Sumpah Laknat, Masjid Sentul yang biasanya kosong tetiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.

Untuk merancakkan kempen Sumpah Laknat ini – para pelakon – telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita Sumpah Laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV.

Menurut saudagar agama dari Perlis Sumpah Laknat ini juga boleh di francaiskan. Malah beberapa buah masjid di Malaysia ini perlu menyediakan kelengkapan khas untuk menjalankan Sumpah Laknat. Masjid Sentul boleh dijadikan Masjid Contoh khusus untuk membuat Sumpah Laknat.

Para pelancung dari Eropah yang menghadapi banyak masalah undang-undang atau terbelenggu dengan kes saman menyaman boleh datang ke Malaysia untuk melafazkan Sumpah Laknat. Saksi, peterjemah dan pemandu pelancung wajib disediakan oleh masjid-masjid. Masjid juga dikawal untuk memastikan hanya yang telah mendapat lesen dari Jawi dan Jais sahaja dibenarkan untuk menjalankan upacara Sumpah Laknat.

Malah sesudah Sumpah Laknat dilafaz, Jawi akan mengeluarkan satu watikah untuk mensahehkan sumpah ini. Masjid-masjid yang menjalankan Sumpah Laknat ini wajib terus dikawal oleh Jawi atau Jais untuk memastikan perniagaan Sumpah Laknat ini terjamin kualitinya. Dengan kualiti yang terjamin bukan sahaja pelancung akan meloroh masuk ke Malaysia , malah Jawi dan Jais sendiri boleh membuka cawangan Sumpah Laknat di luar negara.

Mengikut jurucakap Jais yang tidak mahu namanya di sebut, perniagaan Sumpah Laknat ini berpotensi untuk membuka satu pasaran yang luas. Ini mungkin melebihi perniagan menjual cap Halal yang kini menjadi monopoli Jais dan Jawi. 

Di Malaysia perniagaan Sumpah Laknat ini pasti akan dilesenkan hanya kepada Melayu Bumiputera sahaja. Jais dan Jawi tidak akan mengeluarkan lesen kepada non-Bumi. Ini untuk memastikan industri Sumpah Laknat ini tidak akan jatuh ke tangan bangsa lain.

Sumpah Laknat ini juga akan membuka pasaran sampingan baru. Pelajar Bumiputera yang kini terlatih di Jordan, Saudi Arabia atau di Mesir berkemungkinan untuk menjawat kerja-kerja yang bersangkutan dengan Sumpah Laknat. Malah universiti tempatan boleh membuka kursus Sumpah Laknat sebagai mata pelajaran wajib.

Hingga ke saat ini Kementerian Pelancungan masih lagi belum membuat apa–apa keputusan. Kementerian sedang dalam dilemma. Tidak pasti cadangan dan kertas kerja mana yang akan menjadi asas kempen pelancungn tahun 2011 ini.

Cadangan dari Profesor Sintok juga memiliki merit untuk diimplementasi. Dalam masa yang sama cadangan dari Jawi dan Jais juga amat menarik. Sokongan saudagar agama dari Perlis terbukti telah membantu Jawi dan Jais. 

Pada ketika ini pelancungan adalah penjana mata pencarian utama untuk Malaysia. Ini kerana harga getah dan kelapa sawit telah jatuh. Pendapatan dari ekspot bahan bakar minyak pula telah semakin berkurangan. Semua ini menjadikan pelancungan sebagai sumber utama negara Malaysia.

Tidak dapat tidak ekonomi Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan dua pilihan. Ekonomi Malaysia kini bergantung kepada Lubang Saifool atau Sumpah Laknat. Tersalah pilih akan membawa akibat yang maha dashat. Tersalah pilih akan membawa porak peranda yang akan memerosotkan ekonomi negara. 

Apabila ekonomi merosot, harga barang mahal, inflasi akan sampai dan gaji menurun. Jika ini terjadi maka orang ramai tidak memiliki banyak pilihan melainkan turun ke jalan raya. Bila turun ke jalan raya bukan Lubang Saifool yang akan mereka cari tetapi orang ramai akan mencarai Rosmah dan Najib hingga ke Lubang Cacing.(TT)
Read More...

Umno, BN bahalol




Mahfuz dikesan berbuat demikian sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Pas meninggalkan pembangkang kerana dilihat kerjasama itu hanya membawa keuntungan kepada DAP.

Malangnya, yang menjadi sasaran maki-hamun pemimpin kanan Pas itu bukan setakat Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) mahu pun UMNO tetapi, turut 'diserang' ialah seorang rakan dalam talian Twitternya iaitu Jack Fadzli.

Fortran@
kahkahkah
padan muka kena bahalol
memang orang umno bn ni bahalol
kahkahkah

baca ni


ADUN BN Mencarut Ketika Perbahasan Titah Diraja 

Semalam 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK".

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.

Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang ADUN Bn dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan ADUN Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi.

Ini bukan kali pertama Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut, tahun lepas dia juga melakukan benda yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan perkataan tamil kepada salah seorang ADUN dalam berbangsa India.

Ini semua membuktikan

* ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.
* ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.
* ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India. 

Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India, jika tidak sengaja termencarut tidak mungkin dengan senagaj guna perkataan Tamil yang jelas bukan bahasa ibundanya.

Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar - benar ADUN Bn sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja.

Ini membuktikan juga kemunafikan Umno, media dan organisasi kononya pembela raja dan Melayu. Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui Bn sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman Bn maka ia ditutup sahaja. Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata.

che'GuBard
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini," kata Mahfuz kepada Jack Fadzli, Sabtu lalu.
Read More...

Najib Perdana Menteri Yang Lemah

oleh: MSO

TIDAK pula diketahui apakah ada umat Islam di negara ini yang melakukan sembahyang ghaib ked atas Osama Ben Laden atau tidak. Mungkin tidak ada yang berbuat begitu kerana belum pasti sama ada benar atau tidak Osama dibunuh oleh tentera Amerika atas arahan Borack Obama.

Amerika mendakwa mereka telah mengebumikan mayat Osama di lautan. Sehingga kini tidak pula ditunjukkan wajah Osama yang dibunuhnya. Sekeping gambar Osama yang di dalam keadaan luka parah disiarkan, diragui kerana posisi gambar itu sama dengan posisi gambar Osama yang disebarkan di dalam internet sebelum ini.

Bagi mereka yang sudah tahu propaganda dan tektik jahat Amerika tidak akan mempercayai bahawa gambar yang disiarkan di internet hari adalah Osama ben Laden. Kita semua akan mempercayai apabila gambar sebenar disiarkan dan juga ujian DNA dilakukan dan mengesahkan ianya adalah Osama Ben Laden.

Namun sebagai orang Islam kita tetap berdukacita atas kematian Osama itu. Seperti mana jelas Tok Guruku Nik Aziz seburuk mana dosa seseorang itu kalau ianya masih dalam Islam ia perlu dimaafkan. Serahkan soal itu kepada Tuhan. Kalau pun benar Osama syahid dan telah menghadap Allah kita redha. Kita juga merindui apa yang dicapai itu.

Itulah sikap (sikap Nik Aziz) yang kita kena ambil, bertawakuf. Tetapi malang perdana menteri kita nampaknya tidak peka dan prihatin dalam soal ini. Belum apa-apa Najib Razak sudah menyifatkan kematian Osama yang belum sah itu akan mengamankan dunia. Katanya kematian Osama menyebabkan dunia akan selamat.

Wah... begitu sekali Najib bahagia atas kematian saudara segamanya. Mungkin begitu jugalah pendirian dan sikap Najib terhadap Anwar seterus politiknya. Malaysia ini akan aman kalau Anwar dipenjara. Begitukah?

Saya settuju dengan pendapat yang mengatakan kalau pun Najib terpaksa berlutut dengan Amerika dan dunia Barat tetapi beliau perlu juga menjaga hati rakyat negara ini terutamanya orang Islam dalam menerima kematian Osama. Kalau orang bukan Islam tidak berani memberi komen terhadap kematrian itu kenapa pula Najib sanggup berbuat begitu. Nampaknya orang Islam lebih faham dan prihatin daripada Najib.

Tindak tanduk Najib itu menjelaskan bahawa dia seorang pemimpin yang yang tidak ada pendirian dan keberanian. Apa lagi keyakinan kepada orang yang berjuang atas agamanya sendiri. Saya bimbang kalau beginilah sikap lemah, takut dan bagaikan lalang Najib menyebabkan dunia tidak akan hormati Najib sebagai pemimpin dan kesannya negara kita mudah digertak dan diperkotak katikan.

Untuk Osama al Fatihan kalau saudara telah kembali ke hadrat Allah, subhanalllah kalau anda masih hidup dan mengheret senjata memburu tenteta laknautullah Amerika.
Read More...

MAT SALLEH BONTOT HITAM

HIDUNG KEMEK BONTOT ITAM



GREATER KL AMBIL KIRA ASPEK KESEJAHTERAAN – TPM
 - meloya

Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa aspek-aspek kesejahteraan telah diambil kira dalam rancangan kerajaan untuk mewujudkan “Greater KL and Klang Valley” bagi menjadikan ia sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Dia berkata, langkah itu juga bagi menjadikan kawasan berkenaan antara 20 bandar raya yang sesuai untuk didiami.

"Pembangunan ekonomi perlulah seimbang, dinamik dan berdaya saing. Ini bagi memastikan tiada jurang ekonomi wujud di kalangan kita semua,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI BAHASA APA NI…. GREATER KL… kah kah kah…

kah kah kah…TAK ADA BAHASA MELAYU KE?.... kah kah kah..

kah kah kah...NAPA TAK GUNA LEMBAH KLANG…. kah kah kah…

kah kah kah….GUNA KUALA LUMPUR BESAR… MENGAPA GUNA GREATER KL… kah kah kah..

woit….HIDUNG KEMEK… BUNTUT ITAM… MUKA SEMBAB… kah kah kah

kah kah kah….TAK PERLU TIPU ORANG KAMPONG…. kah kah kah..

kah kah kah… MI SPIK INGLIS LIKE LANDAN… kah kah kah…

woit…NAMPAK SANGAT NAK MENIPU…. kah kah kah..

kah kah kah…SEMBAB INI CEPAT LUPA …kah kah kah…

kah kah kah…..BELUM SAMPAI SEMINGGU LAGI… DAH LUPA ….kah kah kah…

nota:
lihat dan baca apa sembab ini kata
pada 25hb april yang lalu




MALU TUTUR JADIKAN BAHASA MELAYU TERPINGGIR : MUHYIDDIN – berita hairan – 25hb April 2011

Muhyiddin Yassin, berkata sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri. 

Dia berkata, fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.

"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

"Saya pergi ke China dan mereka di sana cakap semua dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara personal, barulah mereka bertutur dalam bahasa Ingeris. 

"Jadi, saya rasa ini kerana sikap, mungkin agaknya kalau tak guna bahasa Inggeris tak berapa glamour, seolah-olah bahasa Melayu ini bahasa rendah," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
fasik atau manafik
kah kah kah[tt]
Read More...

Matinya seorang Osama bin Laden



Apakah benar Osama sudah mati? Apakah sudah lama mati , baru di isytihar mati, atau belum mati di isytihar mati. Itu tidak penting, tetapi yang penting ialah kenapa US mematikan watak Osama? Apakah secara kebetulan tarikh kematian Osama pada 2/5 sama dengan tarikh Hitler secara rasminya di isytiharkan mati? 

Obama isytiharkan bahawa Osama dibunuh di daerah Abbottabad di Pakistan, secara rasminya juga secara tidak langsung mengesahkan Pakistan sebagai pengkalan pengganas al-Qaeda. Serta-merta juga US memberi amaran berjaga-jaga kepada warga dan kepentingannya di seluruh dunia terhadap serangan balas pengganas, secara tidak langsung ditujukan kepada Pakistan

Seperti biasa alasan ini digunakan untuk menyerang dan menjajah negara-negara lain seperti berlaku kepada Afghanistan dan Iraq. Dimanakah Abbottabad? Ia satu daerah terletak dalam daerah Hazara dalam wilayah Khyber Pakhtunkwa di Pakistan. Daerah ini terletak di lembah Orash, berada 50km dari timur laut Islamabad dan 150km dari Peshawar. Ia bukanlah kawasan terpencil dan merupakan kawasan peranginan terkenal pada musim panas disebabkan cuacanya yang nyaman kerana terletak dikawasan tanah tinggi. Kawasan ini merupakan juga penempatan ketenteraan kerana terletak berdekatan dengan wilayah Azad Kashmir yang menjadi pertikaian dengan India.

Sekarang kita tahu bandar manakah yang sebenarnya menjadi sasaran bagi mencetuskan peperangan di Pakistan itu sendiri. Tidak lain ialah Islamabad. Kalau dulu Osama dan al-Qaeda di gunakan sebagai alasan untuk menjajah Afghanistan, sekali lagi alasan yang sama di gunakan US untuk menjajah Pakistan. US sering mengembar-gemburkan bahawa kerajaan di Islamabad akan digulingkan oleh militan Islam yang ingin menegakkan kerajaan Islam yang boleh mengancam dunia dengan senjata nuklear. Agen-agen US sudah beberapa kali merancang untuk menjatuhkan Pakistan melalui perbalahan mazhab tetapi tidak mencapai kejayaan dan inilah usaha terdesak mereka bagi sebagai alasan untuk menjajah Pakistan.

Kejayaan pembunuhan Osama bin Laden ini selepas wikileaks dedahkan kononnya Al-Qaeda akan melakukan serangan nuklear di US tidak lama lagi;

Wikileaks: Al-Qaeda plotted chemical and nuclear attack on the West Guantanamo interrogators have uncovered a determined attempt by al-Qaeda to attack Western countries using chemical or nuclear weapons, according to the top-secret files. Khalid Sheikh Mohammed was involved in a range of plans including attacks on US nuclear plants and a 'nuclear hellstorm' plot in America. Khalid Sheikh Mohammed was involved in a range of plans including attacks on US nuclear plants and a 'nuclear hellstorm' plot in America By Holly Watt 6:45AM BST 26 Apr 2011

US sekarang ini berada diambang kejatuhan ekonomi, perbelanjaan ketenteraan di Afghanistan menyebabkan mereka hampir bankrap dan tentera-tentera Taliban sedang melancarkan serangan habis-habisan bagi menyingkirkan penjajahan tentera bersekutu. Penguasaan US di Afghanistan semakin lemah, hinggakan baru-baru ini beratus-ratus pejuang Taliban berjaya melepaskann diri dari penjara yang dikawal rapi di Kabul itu sendiri. Inilah usaha terdesak mereka bagi mencipta perang yang mengakibatkan krisis kewangan dunia semakin meluas hingga ke Asia dan rancangan jangka pendek menaikan nilai dolar. Bukanlah satu kebetulan tarikh penyelesaian hutang US pada pertengahan bulan mei ini, jika tidak dapat diselesaikan US menghadapi kemungkinan taraf kewangan US akan diturun taraf dan boleh menyebabkan keruntuhan ekonomi.


Fortran@
'MAY YANG TEGANG' dimulakan dengan berita paling kontroversi dekad ini..."matinya seorang Osama bin Laden"....mati atau tidak sosok ini bukan persoalannya,tetapi ia adalah PETANDA kepada suatu peristiwa besar tak lama lagi! Mungkin 'matinya Osama' akan menjadi satu 'modal' buat THH untuk menggerakkan agennya iaitu 'Al-Qaeda' untuk menyerang atau membuat huru-hara ke atas negara Uncle SAM ini dan sekutunya!...sekaligus menjadi episod baru pemfitnahan ke atas umat ISLAM!

Osama Laden mati lama dah,dia sendri pun adalah 'pekerja' kepada CIA itu sendiri.ni adalah satu tindakan terbaru THH untuk memulakan WW3!

STAY ALERT! STAY AHEAD!
Read More...

Akhirnya Umno akui Melayu itu bukan Islam


lihatlah melayu
pegang tangan bagi bukan muhrim
hukumnya HALAL!



Tiada satu pun parti daripada pakatan pembangkang yang mampu menjadi 'payung' kepada Melayu Islam di negara ini, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurutnya, bukti perkara itu sudah pun jelas melalui pembentukan pakatan pembangkang yang dilihat lebih banyak menguntungkan DAP.

"Kalau mahu bergantung kepada Pas, lihat saja di Kelantan. Siapa yang membina prasarana pendidikan serta agama walaupun mereka yang memerintah? Ke mana disalurkan dana kerajaan negeri?


Fortran@
kahkahkah
biasanya umno cakap melayu itu adalah islam
hari ni baru diakui oleh umno melayu itu bukannya islam
umno payung melayu islam? kahkahkah
pasal tu lah melayu islam sekarang semakin maju
sebab dipayung oleh umno. kahkahkah

kahkahkah
siapa yang bina prasarana dikelantan?
apasal lah malaun ni bodoh
yang membangungkan adalah kerajaan dengan duit rakyat dan pihak swasta
takkan yang ni pun tak boleh nak pikir? kahkahkah
yang penting hutang kerajaan negeri kelantan dengan kerajaan pusat semakin berkurangan 
berbanding negeri dibawah umno yang senakin menggunung
dan harus sedar negeri mana yang paling miskin
walau pun diperintah oleh kerajaan umno atau kerajaan pusat. kahkahkah

nak tahu kenapa malaun ni cakap menguntungkan dap?
sebabnya sokongan kaum cina, india dan melayu terhadap dap semakin meningkat
berbading sokongan terhadap mca yang hanya menunggu masa untuk tenggelam
dan rakyat sekarang sudah tak mahu diperbodohkan oleh mca dan bn
tanpa sempat memperdulikan parti sendiri. kahkahkah
Read More...
 
Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint