Perut Buncit Dan Tetek Labuh


Satu Malaysia kecoh... kerana klip video kurang dua minit.

Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli' kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walaubagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.”

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas.

Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan. Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Pantulan bayang

Jadi kenapa kamera itu digunakan? Jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya. Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang. 

Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan. 

Fakta kedua-dua pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya pada arah sama sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video tahu malah mendalangi rakaman itu.

Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku.

Perut buncit tetek labuh

Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba ditanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu' untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir.
Read More...

Mati Lagi

WOIT !!! MATI LAGI 

Seorang pegawai kastam mati jatuh dari tingkat tiga ketika disoal siasat oleh
SPRM. 

Siasatan ini bersangkutan dengan berbilion ringgit duit cukai yang tidak dibayar.

Jangan lupa kepada kes Teoh Beng Hock. Teoh juga mati jatuh ketika disoal siasat.

Pada masa ini kes Teoh Beng Hock masih belum ditemui siapa yang bertanggung jawab 
diatas kematian Teoh. Suruhanjaya Diraja sedang bersidang untuk menyelesaikan kes Teoh Beng Hock.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

nota:
satu trend
siasat sampai mati
kah kah kah


SATU LAGI SIASAT SAMPAI MATI?

Insider Latest

FLASH - Customs officer under probe for graft, dies after falling off 3rd floor of MACC KL. 8 minutes ago


PEGAWAI KASTAM DISIASAT MATI JATUH DARI BANGUNAN SPRM - minsider

Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali.
Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara [TT]
Read More...

Polis Akan Siasat Sampai Mati


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kenyataan esok berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang yang kini tersebar di Internet.

Menurut jurucakap Pusat Media PDRM Bukit Aman, sebarang kenyataan dan sidang akhbar mengenai penyebaran video seks itu akan dimaklumkan kepada media. Klip video hitam putih seminit itu disiarkan di beberapa laman web anti pembangkang dan YouTube sejak tengah hari tadi. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. 

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara. 

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan. - BERNAMA

Fortran@
kahkahkah
polis siap minta tempoh
apasal semalam tak boleh nak jawab
lagi pon video ni pukul 4 petang lagi
mesti polis tengah dok pikir ayat apa yang nak jawab
menurut datuk Tambi
video ni ada 1 salinan je
macam mana video ni boleh jatuh kat tangan orang lain?
sampaikan video ni ditayangkan di BTN dan tabika kemas. kahkahkah
cuba baca berita kat atas
"anti pembangkang"
seingat gua sepanjang 20++ tahun hidup gua
tak pernah lagi dalam berita pakai ayat "anti pembangkang"
yang sering digunakan adalah pro kerajaan
anti-anti ni lebih sinonim dengan pihak pembangkang 
contoh mereka gelar pembangkang sebagai anti kerajaan 
gua ingat ni sebab amaran hishamuddin 
dia cakap jangan sabitkan video ni dengan umno
dan yang mula-mula dedahkan pasal video ni kat blog pon orang umno
habis pembangkang nak sabitkan kepada siapa?
sebabnya video ni ada kat tangan umno
jadi terang lagi bersuluh semua ni adalah lakonan umno untuk jatuhkan anwar
dan 99% gua yakin video ni bukan dirakam guna cctv
lagi pon watak heroin dalam filem 3 mat boroi ni gagal memainkan peranannya. kahkahkah
satu lagi, gua pergi melawat blog-blog anti pembangkang ni
semuanya pakat main isu video ni sampaikan 
gua tengok ada blog tu 2-3 kali dok main post entry yang hampir sama. kahkahkah


sapa-sapa yang belum tengok boleh cari kat youtube
pandai-pandailah guna keyword
sebab dah banyak video ni di delete oleh youtube
kalau masih tak jumpa boleh minta sama gua. kahkahkah


p/s: yang kat atas ni semalam lagi gua tulis tapi  lupa nak post. kahkahkah
dan ini jawapan polis



Polis siasat video seks dimuat di Internet

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu menunjukkan beberapa kesamaan dengan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, Ismail turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Polis juga ingin tahu

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat dalam dalam satu salinan sahaja.

"Ini kata dia kan? Betul atau tidak kita pun hendak tahu juga.

"Saya tidak boleh respon kepada setiap individu yang ada pandangan tertentu. Saya dah terangkan tindakan polis, saya dah terangkan kepada semua.

"Saya yakin apa yang polis buat adalah untuk mementingkan kepentingan rakyat menyeluruh," katanya lagi.

Rakaman berkenaan dilaporkan telah diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 24 Mac lalu.

Selain Rahim, dua lagi i'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video berkenaan ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari sebuah NGO Melayu Datuk Shuib Lazim. [SELANJUTNYA]


kahkahkah
siasat sampai mati
Read More...

IC Bapa-Bapa 1Malaysia

Dari kad beras ke kad polikarbonat

BAPA KEMERDEKAAN
Kad pengenalan Tunku Abdul Rahman - Perdana Menteri dari '57 - '70

DARI tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.

Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.

JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

BAPA PEMBANGUNAN
Kad pengenalan Tun Abdul Razak - Perdana Menteri dari '70 - '76

Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.

Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.

1948: Kad pengenalan kertas
BAPA PERPADUAN
Kad pengenalan Tun Hussein Onn - Perdana Menteri dari '76 - '81

>Pengenalan: Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.

>Pelaksanaan: Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.

>Ciri-ciri: Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.

BAPA PEMBOHONGAN
Kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad - Perdana Menteri dari '81 - '03

1960: Kad pengenalan plastik

>Pengenalan: Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.

>Pelaksanaan: Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.

>Ciri-ciri: Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.

BAPA HADHARI
Kad pengenalan Tun Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri dari '03 - '09

1990: Kad pengenalan bermutu tinggi

>Pengenalan: Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.

>Pelaksanaan: Diperkenalkan pada April 1990.

>Ciri-ciri: Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.

Kad pengenalan pintar

>Pengenalan: Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.

>Pelaksanaan: Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.

>Ciri-ciri: Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.


Fortran@
kahkahkah
ic bapa anak altantuya@bapa apco@bapa judi@bapa porno belum ada lagi
sekarang pakai kad pintar yang tak berapa pintar
baru guna 2-3 kali terus rosak cip
bukan setakat cip je yang rosak
ic gua pernah terbelah dua jadi macam kuih lapis. kahkahkah
nak kata selalu guna, tak juga.
bukan setakat ic gua, member gua pon ada terima nasib macam gua
ni la akibatnya apabila orang tak pintar cuba buat benda pintar. kahkahkah
tak boleh ke mereka buat ic macam kad matrik pelajar atau kad atm? kahkahkah 
Read More...

[updated] Ini kah Video Seks Anwar?

Kalaulah ini sebahagian daripada video yang digemparkan itu, ternyata sahih bukan Anwar.

Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.

Dan sekali lagi kami menyatakan dengan tegas, Suruhanjaya Diraja diperlukan semata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini. - GreenBoc




PULAU PINANG 4 APRIL : Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.

Selain itu “puluhan” orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu  di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu. 

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.  

Mansor yang juga ADUN  Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman  lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh  dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu  menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor  menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil  membuat laporan polis.

Fortran@
kahkahkah
macam mana polis buat kerja ni. kahkahkah
3 mat baroi cakap video ni ada 1 salinan je
gua nak minta blogger umno yang ada video penuh tolong upload kat youtube
pasal video kat atas tak ada aksi ranjang. kahkahkah

Read More...

Rakyat Sarawak Wajib Undi BN

rakyat sarawak tolong lah undi bn
bn dah banyak jasa kat rakyat sarawak



Daripada sebuah kampung kecil dengan penduduknya menjalankan perniagaan kecil-kecilan, Kota Samarahan kini sudah membangun menjadi sebuah subbandar dan dikenali sebagai kota ilmu.

Pembangunan berasaskan pendidikan yang dilaksanakan di kawasan ini telah menjana peluang ekonomi kepada penduduk yang memberi ruang kepada mereka untuk mempelbagaikan kegiatan untuk menjana pendapatan selain menawarkan banyak peluang pekerjaan.

Pembinaan pelbagai pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah menjadikan Kota Samarahan yang terletak kira-kira 30km dari Bandaraya Kuching, menjadi tumpuan ramai.



Buat kali pertama dalam sejarah, kawasan rendah di bandar Sibu yang menjangkau dari Jalan Hua Kiew hingga ke Hilir Lanang kekal kering sungguhpun paras air meningkat semasa air pasang besar namun tidak mencecah paras bahaya.

Selama bertahun-tahun, kawasan rendah ini seringkali dilanda banjir tetapi sejak akhir-akhir ini semasa berlaku air pasang besar, tiada langsung kejadian banjir direkodkan di sebahagian besar jalan di kawasan itu.

Ketua Jurutera Jabatan Saliran dan Pengairan Sibu Ting Sing Kwong berkata ini disebabkan dua pintu pengendali banjir -- satu di pasar Lembangan dan satu lagi berhampiran Hotel Kingwood -- yang dibina sebagai sebahagian daripada projek Tebatan Banjir Sibu, telah pun mula digunakan.

Bagaimanapun, keseluruhan projek masih belum siap sepenuhnya sungguhpun pintu kawalan air pasang surut (tidal gate) telahpun beroperasi. Namun begitu, ia memenuhi tujuan pembinaannya iaitu mengawal banjir di kawasan rendah terutamanya semasa fenomena air pasang besar.



Kebanyakan kedai makan di sekitar pasar basah di situ seolah-olah "berlumba" menawarkan pakej hidangan di mana orang ramai hanya perlu membayar harga serendah RM4.50 untuk sepinggan nasi dan pelanggan boleh mengambil sebanyak mana lauk yang diinginkannya.

Di sini, turut terletaknya Kem Askar Penrisen yang dikatakan wujud sejak era konfrontasi komunis lagi, dan menempatkan lebih 7,000 anggota tentera.

Menurut anak jati Kota Sentosa, Mohamad Asrul Mustapha, dia menyaksikan sendiri bagaimana pembangunan pesat berlaku di kawasan itu sejak lima tahun lepas.

"Dulu waktu dikenali sebagai Batu Tujuh, tidak banyak pembangunan, daripada segi kemudahan, utiliti, dan tak ada satu bank pun wujud di sini.

"Namun sejak ia dikenali sebagai pusat peralatan elektrik, orang mula tertumpu ke kawasan ini, dan sejak itu, ekonomi di sini boleh dikatakan 'boom' (aktif)," katanya.



Beliau berkata setakat 28 Feb lalu, kira-kira RM22.1 juta peruntukan diagihkan untuk melaksana projek kecil di kawasan PBT selain tambahan RM28.3 juta lagi untuk geran tahunan dan RM9.3 juta untuk Sumbangan Membantu Kadar 2011.

"PBT diminta melaksanakan projek-projek tersebut dengan segera supaya rakyat tahu keperluan mereka tidak diabaikan," katanya ketika berucap pada majlis terima geran tahunan dan Sumbangan Membantu Kadar Tahun 2011 di sini malam tadi.

Katanya pihak kementerian sentiasa memberi perhatian kepada usaha-usaha mempertingkatkan kecekapan PBT di Sarawak dalam memberikan perkhidmatan perbandaran terbaik kepada penduduk setampat.



"Kita tidak lagi terasing," kata Henry, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) PBB, merujuk kepada hakikat bahawa semua kawasan di Lawas kini boleh dihubungi dengan menggunakan jalan raya.

"Dulu ada yang tidak boleh dihubungi langsung, terpaksa berjalan atau menggunakan bot berhari-hari namun kini ia kini semakin mudah, contohnya beberapa kampung pesisiran sungai seperti Kampung Awat-Awat yang terkenal dengan pusat pengeluaran ikan tahai," katanya.

Henry berkata daripada segi bekalan eletrik di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar, dianggarkan 80 peratus kawasan pedalaman telah menikmati kemudahan antaranya Long Jukong, Long Semadoh dan beberapa kampung kecil di Ba'Kelalan.

Beliau berkata usaha menaik taraf jalan raya menghubungkan Ba'Kelalan dengan Lawas juga dilakukan secara berperingkat melalui projek Jiwa Murni dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).



Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri, hasil inisiatif Timbalan Pengerusi daerah PBSM Miri, Datuk Lee Kim Shin, kini dapat memenuhi keperluan sehingga 400 pesakit dan dibangunkan keseluruhannya menerusi sumbangan orang ramai serta pertubuhan swasta.

Lee, yang juga Menteri Muda Komunikasi Sarawak, berkata pusat dialisis itu dibuka pada 1995 dengan kos permulaan RM1.35 juta.

apa lagi yang kamu mahu?
tak cukupkah apa yang kerajaan bn dah beri?
kalau dah cukup mari klik SINI.
Read More...

Jangan Sampai Melayu Ambil Tindakan.!

Salah satu gambar dalam blog hina melayu
Siasat blog perkauman, hina Melayu

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kewujudan laman blog http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/ yang didakwa sarat dengan elemen perkauman dan hasutan.

Menurut Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun, paparan blog tersebut yang bersifat keterlaluan boleh menimbulkan keresahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

Jelasnya, perkara itu amat berbahaya sekiranya dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tidak timbul lebih banyak perpecahan kaum di negara ini.

"Jangan sampai Melayu ambil tindakan sendiri sehingga melampaui batas undang-undang.

"Kami tidak mahu ada sebarang huru-hara dalam negara. Justeru, setiap perkara yang membabitkan perkauman seperti ini wajib disiasat pihak berkuasa sebelum terlambat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tidak setakat memadankan gambar pemimpin Melayu dengan binatang, blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap PDRM selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar.

Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menyifatkan individu yang mengelolakan laman blog tersebut sebagai bacul dan mempunyai niat jahat.[SETERUSNYA]




Fortran@
kahkahkah
tangkap si bacul ni dan bagi hukum gantung sampai mati
woii rightstoon lu jangan bagi melayu marah
nanti mampos lu dikerjakan
ini tanah melayu 
jangan bagi melayu ambil tindakan
kalau tak suka tinggal kat tanah melayu boleh pergi main jauh-jauh
kalau lu masih nak tinggal kat tanah melayu ni
lu kena ingat
ini tanah melayu
gua ulang sekali lagi
T-A-N-A-H M-E-L-A-Y-U
tanah apa?
T-A-N-A-H M-E-L-A-Y-U
kahkahkah
gua lupa nak tanya
lu ni bangsa apa?
melayu?
cina?
india?
iban?
bumiputra?
lain-lain? sila nyatakan.........
bila perasan ada orang hina melayu terus kecoh
melayu, cina, india ni bangsa/kaum
tapi bila ada orang hina agama/kepercayaan semua jadi bisu
pakat jadi setan bisu. kahkahkah
kalau kecoh pon sekejap je
Read More...

Mahathir Gembira Berjaya Tipu Pembeli Bukunya

Mahathir Gembira Buku Memoirnya Dapat Sambutan Menggalakkan

KUALA  LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di sini Ahad malam.

Beliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi.

"Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

Sementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.

Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.-- BERNAMA


Fortran@
kahkahkah
bukan semua pembeli buku mahathir ni pemuja mahathir
mereka beli sekadar nak tahu apa yang mahathir kelentong
lepas tu mereka pakat ramai- ramai tibai mahathir. kahkahkah
selanjutnya baca kat sini
Read More...

Menteri Bodoh Dan Rakyat Bangang


Undi BN Kalau Sayangkan Pembangunan Di Miri, Kata Chan

MIRI, 3 April (Bernama) -- Warga Bandaraya Miri yang selama ini telah banyak menerima pelbagai kemudahan dan nikmat pembangunan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan sokongan itu pada pilihan raya ke-10 Sarawak 16 April  ini, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan.

Beliau berkata banyak sumbangan yang telah kerajaan BN beri kepada warga bandaraya Miri dan kebajikan mereka juga sentiasa mendapat perhatian dari semasa ke semasa.

"Kalau sayang Miri, undilah BN...kita tidak janji bulan, tapi kita buat kerja yang boleh dan mampu kita buat, itulah bezanya BN dan pembangkang yang hanya tahu menabur janji yang tidak akan mampu mereka tunaikan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat kaum Iban di Bandar Baru Parmai Jaya di sini, Ahad.[SELANJUTNYA]

Fortran@
kahkahkah
bodoh punya alasan
macam mana malaun ni dapat jadi timbalan ketua menteri
sampaikan tugas kerajaan pon tak tahu
tugas kerajaan buat pembangunan, bantu rakyat, urus rakyat dan lain-lain
apalah nasib orang sarawak dapat timbalan ketua menteri bodoh macam ni. kahkahkah
lagi pon bukan pr yang jaga kewangan negara
kalau pr jaga kewangan takde guna lah bn ni jadi kerajaan. kahkahkah
bila masa pula pr janji nak beri bulan? kahkahkah
bangang nak mampos
kalau bulan bendera pas yang rakyat sarawak nak gua pon boleh bagi. kahkahkah
lagi satu yang bodoh 
memang dah tugas pembangkang tabur janji 
contoh jelas boleh rujuk negeri pr sekarang
umno bn janji nak buat itu dan nak beri ini bila dapat perintah negeri pr
buatnya tak, cuma janji
kalau umno bn betul-betul ikhlas dah lama mereka buat
sebab dah tugas kerajaan pusat tolong kerajaan negeri
tak kira lah samaada negeri tu bawah bn atau pr
tapi pemimpin bn ni lebih sayangkan kuasa, kroni, wang dari bantu rakyat
kalau bantu rakyat guna duit pemimpin umno bn sendiri takpa lah tak nak bantu pon
ni duit rakyat
bukan setakat tak bantu rakyat
harta rakyat miskin pon mereka rembat
masalahnya kat sini adalah rakyat sendiri
bila kerajaan bn naikkan harga barang mereka marah
habis pakat dok maki kerajaan
masa pilihanraya mereka tetap sokong umno bn
katanya umno bn banyak jasa, jadi mereka kena balas jasa
yang kata macam ni sebenarnya bangang
tak belajar tentang sejarah nabi musa. kahkahkah 
Read More...

Proses Pembodohan Melayu


PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.

“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.


Fortran@
kahkahkah
padan muka kena tangkap
sapa suruh makan sorang-sorang
lain kali ingat kat orang lain. kahkahkah
kes rasuah juta-juta tak pulak kecoh
yang kecohnya pasal makan sorang
tengok kes adun rasuah terbaru umno
dia dah dijatuhkan hukuman bersalah 
apasal najib tak suruh malaun ni letak jawatan
malah pertahankan malaun ni 
tak habis-habis projek bodohkan melayu
kononnya najib anti rasuah dan tak pilih bulu
cuba kesian sikit kat melayu
dah ramai melayu yang bodoh
sepatutnya umno tukar slogan
pakai slogan ni pula
"bodoh lah kamu sebelum kamu diperbodohkan". kahkahkah
Read More...
 
Powered by Blogger. Blogger templates by Bloggermint